SUASANA dalam kereta senyap sunyi saja. Dengan radio kereta yang tak berpasang, menambahkan kesepian suasana. Waktu itu mereka dalam perjalanan ke rumah ibu dan ayah Aisy. Aisy hanya memandang ke depan, langsung tak nak toleh ke arah Farhan. Dia bukannya benci pada suaminya, tapi hatinya sakit saat mengingatkan tuduhan lelaki itu terhadapnya. Kalau tak percaya isteri sekalipun, tak perlulah tuduh sampai begitu sekali.
'Hei, kau ingat aku lupa ke yang kau pernah sukakan Ri dulu, aku rasa sampai sekarang kau still sukakan dia kan? Sebab tu kau menggatal dengan dia kat dapur tadi.'
Air jernih mula bergenang di pelupuk mata Aisy. Sedih mengingatkan tohmahan Farhan. Farhan bukan saja menyakitkan hatinya dengan melemparkan fitnah, tapi juga dengan melakukan sandiwara di depan ahli keluarga yang lain. Kata-katanya itu tak lain tak bukan hanyalah manis di bibir saja.
Farhan perasan mata Aisy sudah berkolam, tinggal melimpah saja lagi.
'Mungkin dia sedih sebab aku tuduh dia goda Ri. Aduh, teruk betullah kau ni Han! Percaya bulat-bulat cakap si Fiya tu,' getus Farhan dalam hati.
Sejujurnya, sekarang ini Farhan tak tahu nak buat apa. Dia bukannya sejenis manusia yang pandai memujuk.
"Awak okey ke?" Soalan itu terbit dari bibirnya. Lembut saja nada suaranya.
Aisy terkejut bila ditanya begitu. Lagi-lagi bila Farhan tak memanggilnya 'kau'. Sekejap saya-awak, sekejap aku-kau. Tak faham betul dengan Farhan ni.
Nak cakap okey, takut menipu pula. Aisy hela nafas.
"Sejujurnya, tak okey."
"Awak marahkan saya?" Farhan tanya. Padahal dia tahu jawapannya.
Aisy melontarkan pandangannya ke cermin kereta di sebelahnya. Tanpa sedar air matanya mengalir perlahan. Dia cepat-cepat mengesatnya, tak mahu Farhan perasan.
Farhan diam, menunggu jawapan daripada Aisy. Namun, hampa. Sepatah ayat pun tak keluar dari bibir isterinya.
"Berapa lama kita duduk rumah ibu ayah?" Farhan laju tukar topik.
"Saya ikut awak je," kata Aisy.
"Saya cuti tiga hari. Lusa kita balik rumah mama papa. Rumah mama papa dekat dengan office. Senang saya nak ulang-alik," jelas Farhan. Entah kenapa dia jadi bersemangat pula nak bercakap dengan Aisy. Dan pada ketika itu pula, Aisy tak ada mood nak bercakap dengannya. Hiba sungguh.
"Okey." Itu saja yang dibalas oleh Aisy. Malas nak bagi respon berperenggan-perenggan.
Farhan sepertinya tak puas hati dengan respon ringkas Aisy. Lain betul sikap Aisy. Seperti bukan Aisy yang dikenalinya sebelum ini.
Turun dari kereta, Aisy segera mendapatkan ibu dan ayahnya yang sedang menjenguk tanaman-tanaman mereka di halaman rumah.
"Assalamualaikum, ibu, ayah." Aisy senyum gembira. Dua insan inilah yang banyak menghadirkan gembira di jiwanya. Kadang dia rasa rindu nak membujang, boleh bermanja sepenuh masa dengan ibu ayah.
Bila dah berkahwin ni, dia dah tak banyak masa dengan ibu ayah macam dulu. Yang lagi menyedihkan, bila dia berkahwin dengan orang yang langsung tak ikhlas berkahwin dengannya. Niat nak pergunakan dirinya saja. Aisy sedih, namun apakan daya, itulah takdirnya. Aisy percaya ada hikmah di sebalik kesedihan yang dirasainya saat ini.
"Sihat, ibu, ayah?" Farhan menanyakan khabar mentuanya. Dia bersalaman dengan Puan Idayu dan Encik Rahman.
"Alhamdulillah. Sihat walafiat," jawab Encik Rahman, mewakili dia dan juga isterinya.
"Marilah masuk dulu. Panas ni dekat luar." Sudah pastinya, Puan Idayu orang pertama yang ajak mereka masuk ke dalam.
Aisy dan Farhan angguk setuju. Sewaktu mereka mendekati pintu rumah, baru Aisy teringat dia lupa nak ambil begnya di bahagian tempat duduk belakang kereta.
![](https://img.wattpad.com/cover/236818742-288-k52324.jpg)
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...