Bab 64 | Sakit Hati

3.9K 144 2
                                    

SEMALAM, Fiya tak tidur pun dalam bilik dia dengan Fakhri. Dia tak nak tengok muka Fakhri. Bukan apa, dia tak tahu nak jelaskan macam mana tentang tragedi semalam. Memang semuanya berpunca dari dia. Dia yakin, Fakhri pun tahu tentang itu. Lagipun, Farhan sendiri yang menghalaunya keluar dari bilik semalam, memang dah sahlah semuanya salah Fiya.

"Fiya, dari semalam lagi you asyik asyik berkurung je dalam tu. Buka pintu ni."

Terdengar suara Fakhri di depan muka pintu. Dari semalam lagi, Fakhri tak henti memujuknya untuk keluar. Sekarang ini, mungkin dia patut mengalah saja. Pintu bilik dibuka. Dia menyilangkan tangannya ke dada.

"Okey dah buka. Puas hati?"

Fakhri cengkam tangan Fiya sekuatnya. Dia cuba mengawal amarahnya, namun dia gagal. Bila teringatkan hal semalam, dia betul-betul tak boleh sabar.

"Hei, kenapa ni? Sakitlah!"

"Bagitahu I, apa you buat kat Farhan semalam!" Fakhri meninggikan suara.

Fiya tersenyum sinis. Dah agak, itulah soalan yang bakal keluar dari mulut suaminya. Hatinya mula ingin melakar sandiwara. Dia mahu menghamburkan fitnah yang sama seperti yang disampaikan kepada Aisy semalam.

"I goda Farhan. Tak sangka betul, dia ikut je I masuk bilik. Lepas tu kitaorang pun... ala faham-faham je la." Hebat Fiya memperlakonkan wataknya, namun Fakhri sedikitpun tak terperdaya.

"Tak payah nak tipulah, Fiya. Han sendiri cakap ngan I, dia tak buat apa-apapun kat you. You yang beria goda dia, ajak masuk bilik. Then Farhan halau you keluar." Fakhri dapat meramal kronologi pendek insiden semalam.

Fiya lepaskan tawa.

"So you lagi percaya dia daripada I? Okay, fine. I tak boleh paksa you untuk percayakan I, kan? So, up to you lah nak percaya ke tak.

Kalau you perasan, Han nampak pucat lepas dia halau I keluar dari bilik. Mesti dia rasa bersalah gila sebab dah terlanjur dengan I kan? Hahaha!" Tanpa rasa bersalah, Fiya menghambur segala fitnah dan penipuan.

"Kurang ajar!" Fakhri tak dapat mengawal marahnya lagi.

"Yang you pergi goda si Han tu dah kenapa? Lupa dah siapa Tuhan you? Allah tengok apa yang you buat, Fiya. Takkan you tak takut ngan azab Dia?" Sambil melontarkan amarah, Fakhri sertakan sedikit pesanan yang sudah tentunya membelah jiwa Fiya.

"Ah, I tak kisahlah! Janji, I dapat Farhan! I nak Farhan! I nak kahwin ngan dia! You ceraikanlah I, Fakhri!" Fiya memaksa dengan kerasnya

"You memang dah gila sangat nakkan Farhan kan?"

"Ya, I gilakan dia! I nak kahwin ngan dia!" Fiya masih berani melawan dan berkeras.

"You tak boleh kahwin dengan Farhan selagi I tak ceraikan you, Fiya." Fakhri memegang tangan isterinya. Dadanya berombak menahan kemarahan.

"Kalau kau tak nak ceraikan aku, aku nak tuntut fasakh!" Fiya merentap pegangan itu.

"Atas sebab apa? Aku pernah tak bagi kau nafkah? Tak pernah kan? Aku bagi semua yang kau nak. Aku tak pernah zalimi kau...."

Dalam keadaan masih marah, Fakhri bergerak mengambil sejadah. Dihamparkannya sejadah itu ke atas lantai.

"Pergi ambil wuduk. Solat subuh gajah you tu," arah Fakhri, disertakan dengan sindiran kecil.

"Macam mana you tahu I tak solat lagi?" Fiya hairan.

"I tahulah you tu. Kalau I tak kejut, manalah you nak bangun. Tapi sayang, orang yang kita selalu kejut bangun Subuh, yang kita ajar untuk tutup aurat, tak pernah pun hargai kita, pandang usaha kita. Huh, it's okay. I yakin suatu hari nanti, you akan hargai usaha I."

Takdir DiaWhere stories live. Discover now