Bab 30 | Rancang

2.5K 121 9
                                    

AISY mengusap perutnya yang rasa sakit. Dia rasa dia salah makan semalam. Dia termakan lauk yang hampir basi. Itu yang sakit sampai begitu sekali perutnya.

Dia tanggalkan apronnya. Sudah berkali-kali dia ulang-alik ke tandas. Memang parah betul cirit-biritnya kali ini.

"Sakit perut lagi ke, Aisy?" Dahlia jadi risau bila tengok sahabatnya asyik buka dan pakai apron saja dari tadi. Itu tandanya Aisy nak ke tandas.

"Ha'ah, Lia. Aku nak pergi tandas." Tak payah cakap pun, Dahlia sudah tahu ke mana hala tuju Aisy.

"Lepas ni aku bawa kau jumpa boss lah. Cakap ngan boss yang kau tak boleh sambung kerja sebab tak sihat. Teruk sangat dah ni, Aisy," kata Dahlia. Kalau Aisy protes, dia akan paksa juga. Dia tak sanggup melihat Aisy bekerja dalam keadaan tak sihat.

"Okey..."

Aisy akur. Lagipun, dia sendiri tak selesa bekerja dalam keadaan sakit begitu. Usai meleraikan apron, dia melangkah ke bilik air. Waktu itu, dia terpandang wajah seorang lelaki yang dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan Farhan yang masih berbual dengan Naufal di situ? Anak sulung kepada majikannya. Aisy terus tundukkan wajah bila mereka bertembung mata.

Dia melangkah laju ke tandas. Dia tak kisah apa orang nak komen atau umpat dia. Yang penting, dia betul-betul tak tahan. Apatah lagi bila tengok muka Farhan. Makin semput jadinya.

Bila sudah lega, barulah Aisy keluar dari bilik air. Itupun pedih di perutnya masih ada. Keluar saja dari ruangan bilik air, Farhan ada di depan pintu. Hampir saja dia nak terlanggar figura lelaki itu. Terus dia berundur ke belakang. Dah kenapa lelaki ini berdiri di depan bilik air perempuan?

"Encik Farhan? Erm, toilet lelaki kat sana."

Aisy jadi kekok tiba-tiba.

"Saya ni kan anak owner hotel ni. Of courselah saya tahu. Awak kerja kat sini?" Bukan main lagi Farhan berbahasa saya-awak dengan Aisy. Selama ini aku-kau saja. Bila tengok Aisy menuju ke bilik air, dia cepat-cepat mengejar langkah gadis itu. Sanggup dia tunggu di depan pintu sampai Aisy keluar dari bilik air.

Aisy menganggukkan kepala.

"Erm, saya sambung kerja dulu." Baru saja Aisy ingin berjalan keluar dari ruangan bilik air yang agak besar itu, Farhan menghalang.

"Aisy, awak kerja bahagian mana?"

Yang Aisy hairan, kenapa lelaki itu berlembut bahasa dengannya? Bukan ke lelaki itu tak suka dengannya?
Yalah, lelaki itu asyik-asyik mengutuk Aisy. Hari tu dah kena sembur dengan Aisy. Siapa suruh, mulut tak ada insurans!

Aisy cuba berfikiran positif saja. Mungkin ini tanda Farhan rasa bersalah dan ingin meminta maaf dengannya.

"Pastri," jawab Aisy sepatah. Ringan saja kakinya ingin melangkah pergi, tapi soalan Farhan menegah hasratnya sekali lagi.

"I see." Farhan angguk kepala. Bukan main lagi dia berlakon baik depan Aisy. Kononnya nak menambat hati gadis itu.

"Saya nak ikut awak boleh?"

Hairan Aisy dibuatnya. Apa yang telah membuatkan lelaki itu jadi baik begini dengannya? Bahasa pun tidak sekasar dulu.

"Encik Farhan nak ikut saya ke dapur?"

"Yes. Saja nak tengok-tengok." Selamba badak saja Farhan menjawab.

"Kalau macam tu Encik Farhan jalan dululah." Aisy rasa tak selesa kalau dia berjalan di depan Farhan. Lagipun dalam Islam, lelaki kena utamakan dulu sewaktu berjalan. Perempuan seeloknya jalan di belakang lelaki.

Saidina Umar Al-Khattab R.A. berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Seorang wanita solehah takkan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya, kerana dia tahu itu akan menimbulkan fitnah.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now