DAHLIA menghabiskan suapan terakhirnya. Kemudian, dia mengesat mulutnya dengan tisu. Aisy tak makan, dia cuma memesan minuman saja. Sudah kenyang katanya. Dari tadi lagi, Aisy asyik termenung memikirkan tentang apa yang telah terjadi pagi tadi.
"Aisy, tadi kau janji nak cerita kat aku kan? Aku dah tak sabar nak dengar cerita kau ni. Ceritalah. Apa jadi?" Dahlia tak sabar-sabar nak dengar cerita Aisy. Dia rasa
Aisy menarik nafas dalam-dalam. Dahlia memang harus tahu tentang perkara ini.
"Lia, pagi tadi kan... Erm." Aisy terhenti seketika. Dia jadi berdebar nak ceritakan segalanya kepada Dahlia.
"Apa dia? Ceritalah!"
"Ada orang datang nak meminang aku."
Dahlia terkejut. Matanya membulat. Mulutnya ternganga. Cepat-cepat dia menekup mulutnya.
"Masya-Allah, ya ke? Siapa? Siapa?" Dahlia teruja untuk tahu siapa gerangan yang mahu datang meminang Aisy.
"Farhan." Sepatah Aisy menjawab. Dia perhatikan saja wajah Dahlia yang mula menayangkan riak gembira.
"Seriuslah? Farhan.. datang pinang kau?"
Aisy angguk.
"Kan aku dah kata, dia betul-betul berkenan dengan kau. Ya Allah, excited pula aku! Eh kejap, kau terima ke tak pinangan dia?" Dahlia menanyakan hal itu sebelum dbiarkan rasa teruja menguasai dirinya.
"Aku belum bagi jawapan lagi, Lia. Aku tak tahu, sama ada nak terima atau tak. Aku buntu." Aisy menopang dagunya, kemudian pandangannya dihalakan ke meja. Serabut memikirkan tentang itu.
"Terima ajelah, Aisy. Mana tahu, dia tu memang lelaki kiriman Allah untuk kau." Dahlia tersengih.
Aisy bungkam mendengar kata-kata sahabatnya. Ada betulnya juga apa yang Dahlia cakap.
"Kenapa? Aku ada salah cakap ke?" Dahlia risau bila tengok wajah mendung Aisy.
"Taklah..." Aisy menggelengkan kepala tanda 'tidak'.
"Aku tengah buntu sekarang ni, Lia. Aku kena buat solat istikharah, minta jawapan dengan Allah," ujar Aisy dengan yakin. Siapa lagi yang boleh menolongnya saat ini kalau bukan Allah?
"Yes, aku setuju. Minta jawapan dengan Allah. Kejap, kalau tak silap aku, jawapan istikharah ni tak semestinya Allah bagi dalam bentuk mimpi kan?" Dahlia teringat akan kata seorang ustaz yang pernah membicarakan tentang hal-hal istikharah.
"Tak semestinya. Boleh jadi Allah berikan kita kecenderungan untuk terima si dia. Tu salah satu jawapannya," hurai Aisy. Ringkas namun tetap difahami.
"Ha, lebih baik kau istikharah, Aisy. Aku rasa Farhan tu dah tak sabar nak dengar jawapan kau. Mesti kau tak sangka kan yang dia betul-betul ada hati dengan kau." Dahlia sudah dapat mengagak perasaan Aisy tatkala ini
"Aku betul-betul tak sangka, Lia. Rasa macam mimpi." Banyak kali juga Aisy cubit lengannya selepas Farhan dan keluarganya beredar dari rumah. Ternyata, dia benar-benar tak bermimpi.
Dahlia terketawa kecil. Rasa lucu pula menengok Aisy dalam keadaan begitu.
"Kenyataannya, kau tak mimpi. Farhan betul-betul nak kahwin dengan kau. Sekarang ni, dia dengan mama papa dia tengah tunggu jawapan kau, either kau setuju or tak. Haa, nervous tak?" Dahlia mengusik sahabatnya.
"Ya Allah...." Aisy mengusap wajahnya. Tipulah kalau dia tak berdebar memikirkan tentang itu.
"Kau tahu tak, antara tanda seseorang tu betul-betul sayangkan kita ialah dia berani datang rumah untuk jumpa mak ayah kita," tutur Dahlia dengan penuh yakin. Dia kini percaya yang Farhan betul-betul cintakan Aisy. Padahal, dia tak tahu muslihat lelaki itu. Kalau dia tahu, mana mungkin dia berdiam diri.
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomantikAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...