HARI yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya. Hari ini Aisy dan Farhan akan terbang ke Maldives, Sri Lanka. Farhan orang paling yang tak sabar nak ke sana. Maklumlah, sebelum ini dia tak pernah pergi lagi ke Maldives. Dia hanya perhatikan negara asia selatan itu melalui Google dan YouTube saja. Lama-lama, keinginan untuk pergi ke negara itu membuak-buak dalam dada.
"Sini jap Aisy." Farhan panggil Aisy yang sedang menyikat rambut di depan meja solek. Mereka sedang bersiap-siap untuk ke lapangan terbang.
Aisy tak henti senyum dari tadi. Gembira semacam dia rasa. Biasalah, nak pergi berbulan madu katakan. Sebelum ini, mana pernah dia pergi berbulan madu dengan suaminya.
"Ya, abang?" Aisy meninggalkan meja solek itu lalu mendekati suaminya.
"Tolong pasang," Farhan tunjukkan butang kemeja biru tua yang dipakainya. Mengada nak suruh bini pasangkan butang-butang itu. Padahal boleh saja pasang sendiri.
"Okey." Aisy tanpa ragu, terus mengerjakan apa yang Farhan suruh. Aisy sempat mengerling wajah Farhan. Leka betul Farhan tatap muka dia.
"Cantik isteri abang."
Aisy rasa jantung dia nak meletup bila Farhan puji sebegitu.
"Alhamdulillah. Semuanya dari Allah." Jawapan yang sudah sering Aisy berikan tiap-tiap kali dipuji. Merah padam pipi Aisy dibuatnya.
"Farhan, Aisy..."
Kedengaran suara Puan Idayu bergema dari luar bilik. Serentak Aisy dan Farhan berpaling ke arah pintu.
"Ibu panggil. Abang keluar dulu ya, cakap Aisy tengah bersiap."
"Alright." Farhan sangkut kaca mata hitam berjenama Lacoste di poket kemeja biru tuanya. Rambut diperkemaskan sedikit sebelum keluar dari bilik.
"Ya, bu? Aisy tengah siap," kata Farhan sebaik saja bertemu pandang dengan ibu mentuanya di depan pintu bilik.
"Maaflah ganggu korang bersiap. Ibu nak ajak kamu sarapan sama-sama dulu sebelum korang bertolak ke airport. Ke tak sempat?" Puan Idayu sedia maklum bahawa Aisy dan Farhan akan berada dalam penerbangan ke Maldives pada pukul 12 tengah hari. Sekarang ini baru jam 9 pagi.
"Sempat, bu. Baru pukul sembilan." Farhan teliti jam tangannya.
"Ha kalau macam tu, marilah sarapan sama-sama. Ayah kamu dah tunggu kat meja makan. Han pergi dulu, ibu nak cakap dengan Aisy sekejap," arah Puan Idayu. Seperti ada benda penting saja yang dia mahu bicarakan dengan anak bongsunya. Farhan tak nak masuk campur urusan mak dengan anak.
"Okey.." Farhan senyum nipis lalu figuranya menghilang ke ruang makan.
Puan Idayu ketuk pintu bilik itu.
"Aisy, ibu nak masuk sekejap, nak cakap sikit dengan kamu..."
"Okey, sekejap ya bu." Aisy bangun dari kerusi. Dia bukakan pintu untuk ibunya. Sambil itu, dia perkemaskan tudung bawal shawl yang dipakainya.
"Haih, anak perempuan ibu ni... asyik cantik je memanjang. Jealous ibu!" Puan Idayu bergurau.
"Ibu ni... ibu lagi cantiklah. Dari dulu sampai sekarang cantik ibu tak pernah hilang. Masya-Allah, bu..." Aisy saja nak buat ibunya tersengih. Bukannya dia tak tahu, ibunya seorang yang suka diusik dengan pujian sebegitu.
"Kamu ni, puji ibu pula dah." Sedaya upaya Puan Idayu menghalang bibirnya daripada tersengih sepanjang masa.
"Ni, ibu nak tanya sikit ni. Tapi, kamu janganlah terasa ke apa. Ibu bukan niat nak buat kamu terasa ke apa..."
Keadaan riuh dengan jenaka kini bertukar serius. Aisy agak kaku bila Puan Idayu berkata begitu. Dari kerusi meja solek, dia kini beralih ke katil. Melabuhkan punggung bersebelahan dengan ibunya.
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...