SUDAH dua minggu berturut-turut, Fiya menunjukkan sikapnya yang seratus peratus berbeza dari yang dulu. Solat sunat tahajud tak pernah tinggal. Baca Al-Quran tak pernah lupa walau masih kekok bacaannya. Dia tetap usaha memperbaiki bacaannya.
Fakhri semakin terharu dengan sikap wanita itu. Sengaja dia melewat-lewatkan tindakannya untuk merujuk Fiya kembali, kerana dia ingin melihat sejauh mana keikhlasan Fiya ingin pulang ke jalan Allah. Nyatanya, wanita itu memang tidak bercanda dalam hijrahnya.
Selalu juga Fakhri menghayati doa yang dilangitkan oleh Fiya di malam hari. Sungguh sebak dan meruntun jiwa. Wanita itu berkali-kali memohon keampunan Allah atas dosa-dosanya, disertai dengan air mata keinsafan.
Hari ini, Fakhri membulat tekad. Dia inginkan Fiya kembali. Dia ingin Fiya pulang ke pangkuannya. Sedang Fakhri tenggelam dalam lamunannya, Datin Fatiha terus menerjah.
"Ri. Mama nak cakap sikit ni."
Fakhri agak terkejut. Terus saja dia menggantikan posisi baringnya ke posisi duduk di atas sofa itu.
"Nak cakap apa tu ma?"
"Kamu tak perasan ke perubahan pada diri Fiya tu? Ikhlas mama cakap, mama tengok dia dah lain, tak macam dulu lagi dah. Maksud mama, perubahan dia tu ke arah yang lebih baik." Datin Fatiha jujur dalam bicara. Dia sendiri tersentuh melihat Fiya yang berusaha sungguh-sungguh untuk dekati Allah.
"Ri perasan, ma. Tersentuh hati Ri tengok dia berubah sampai macam tu sekali. Rasa tak sangka pula. Fiya dah tak macam dulu."
"Betul. Itu yang mama nak sampaikan. Fiya dah tak macam dulu. Kali ni mama saksikan sendiri keikhlasan dia untuk berubah. Pemakaian dia pun makin menyejukkan hati. Dah bertudung labuh, tutup aurat sempurna.
Lepas tu, mama dengar-dengar dia suruh assistant butik dia untuk tutup butik diorang buat sementara. Sebabnya dia nak singkirkan pakaian-pakaian yang tak menepati syariat. Masya-Allah. Mama jadi terharu dengan perubahan dia."
Fakhri baru tahu tentang hal ini. Fiya tak pun memberitahu dia.
"Baguslah kalau macam tu. Dia totally berubah, ma. Ri tak expect langsung dia berubah sampai macam ni sekali."
"Mama dengan papa perasan sangat perubahan diri dia. Mama adalah bincang dengan papa pasal Ri denga Fiya. Kitaorang tak kisah pun kalau Ri nak rujuk Fiya semula. Lagipun, firasat hati mama kata, itu yang terbaik, Ri." Itu dia kata-kata Datin Fatiha. Jangan main-main dengan kata hati seorang ibu.
"Ri pun rasa itu yang terbaik, ma. Kalau mama papa dah setuju, apa kata Ri mulakan langkah?"
"Ya, mulakanlah Ri. Sedikitpun mama tak bantah kalau kamu nak rujuk dia semula."
Ketika itu, kemunculan Fiya di ruang tamu menyentakkan mereka. Wajah wanita itu kelihatan berseri, dihiasi pula dengan senyuman manis di bibir. Mungkin, dia sudah dengar semuanya.
"Fiya, duduk sekejap." Datin Fatiha mengarah wanita muda itu untuk labuhkan punggung ke atas sofa.
Fiya angguk lantas ikuti arahan itu. Hatinya sungguh terharu saat ini. Dia sempat menangkap perbualan Datin Fatiha dan Fakhri tadi.
"Fiya okey ke kalau Ri nak rujuk Fiya semula?" Tidak mahu lengah-lengah, Datin Fatiha terus saja menanyakan tentang itu.
Senyuman Fiya melebar. Kepalanya dijatuhkan berulang kali, tanda mengiyakan pertanyaan Datin Fatiha.
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...