TAK terkata rasa teruja di hati Fiya tatkala dia melihat Farhan menuju ke arahnya. Dengan rasa gembira, dia membetulkan tudungnya dan menyediakan senyuman yang manis buat Farhan. Lelaki itu membalas senyumannya. Farhan nampak bahagia bila dengan Fiya. Sedangkan, mereka tak terikat dengan apa-apa hubungan pun lagi.
"Sayang." Fiya menegur dengan panggilan 'sayang'. Sewaktu itu, Fakhri sedang tidur kepenatan di tingkat atas, sempat pula dia pergi ke taman untuk bertemu dengan Farhan.
"Ri mana?" Farhan terus saja bertanya tentang keberadaan Fakhri. Dia bukannya takut pada adiknya, tapi dia cuma nak tahu apa yang Fakhri lakukan.
"Dia tidur. I keluar senyap-senyap je ni, semata-mata nak jumpa you," kata Fiya sambil memegang lengan Farhan. Walaupun berlapik, tetap haram kerana tak menjaga ikhtilat.
"Erm, lepas tangan tu boleh?" Entah kenapa, Farhan tak selesa pula dengan pegangan Fiya. Mungkin kerana dia mula sedar perkara itu berdosa.
Fiya mengerutkan dahi.
"Why? Selama ni you okay je pun bila I pegang you. Kenapa tak boleh pula?" Fiya wujudkan persoalan.
"I tak selesa," jawab Farhan, ringkas.
"What? Means you dah tak suka I?" Fiya buat muka kecewa. Muram wajahnya.
"Not like that but, cuba jaga sikit pergaulan. Lagipun, kita bukan mahram kan?" Farhan mengingatkan tentang perkara itu. Padahal dia tahu, berjumpa dengan bukan mahram tanpa membawa mahram juga merupakan satu dosa.
"So you jumpa ngan I ni tak apa? Tak dosa ke?" Fiya sengaja nak mengenakan Farhan.
Farhan teguk air liur, sentap dengan kata-kata adik iparnya itu.
"Erm, wife you mana?" Fiya memilih untuk bersuara kembali saaat melihat Farhan kematian bicara.
"Ada dengan Nana Nini. Kenapa you tanya pasal dia?" Farhan agak pelik. Sebelum ini, jarang sekali Fiya menanyakan soal Aisy.
"Saja tanya. I tengok Aisy tu sayang sangat dekat you. Semalam I nampak macam dia nak nangis masa tengok kita dua dekat sini. Mesti dia cemburu kan?" Fiya membuahkan anggapan. Apa yang dilihatnya, Aisy memang nampak cemburu semalam.
Buat seketika, Farhan memilih untuk mendiamkan diri. Memang betullah apa yang dikatakan oleh Fiya. Aisy cemburu dan sakit hati melihat kemesraan Fiya dan Farhan semalam.
"Dia jealous sebab dia sayangkan I," balas Farhan dengan selamba. Dia memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluar.
"You sayangkan dia?" Fiya pandang depan, menunggu jawapan daripada Farhan.
Lama Farhan berdiam diri, mencari jawapan.
"Jangan cakap... you dah jatuh cinta ngan dia? Habis I ni macam mana?" Fiya meninggikan sedikit suaranya. Dia mempamerkan muka tak puas hati.
"I tetap nak kahwin ngan you. Tu pun kalau you berpisah dengan Ri. Kalau tak, macam mana kita nak kahwin?" Farhan masih tak putus asa untuk memiliki Fiya.
"Kejap, kejap. You tak cakap pun yang you akan ceraikan Aisy? You nak jadikan I wife kedua you ke apa?" Fiya dah pucat lesi. Tak sanggup dia jadi isteri yang kedua.
"Actually, I dengan Aisy akan cerai tak lama lagi. Tapi makin hari makin I rasa berat hati nak ceraikan dia, I tak tahu kenapa." Farhan luahkan apa yang dirasainya.
"That means kau dah sayang dia," kata Fakhri dari arah belakang. Dia menyilangkan tangannya ke dada.
Farhan dan Fiya terkujat.
"Habis I ni macam mana Han? I tak nak jadi yang kedua!" Fiya semacam hendak mengamuk.
"I akan buat satu pilihan je. Sama ada nak stay dengan Aisy, atau I pilih you," kata Farhan tanpa memandang Fiya dan Fakhri.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...