FIYA menyaksikan Farhan dan Aisy berpelukan dari balkoni biliknya. Hatinya begitu hancur tatkala ini. Hancur sehancur-hancurnya! Matanya kian merah, setitis dua air jernih mula menimpa pipi mulusnya.
"Eiii, benci!" Fiya teriak sekuat hati saat dia melangkah semula ke dalam bilik. Air matanya mengalir deras.
"Kenapa ni, sayang?" Fakhri duduk di sebelah Fiya. Dia memegang wajah isterinya.
"Hish, jangan pegang I." Fiya tepis pegangan itu. Allahu akbar. Sampai hati dia berbuat begitu kepada suaminya.
"Salah ke I pegang? I ni suami you, Fiya."
Fiya hanya diam. Sempat lagi dia menjeling ke arah Fakhri.
"Kenapa you nangis?"
"I sakit hati tengok diorang berdua bermesra dekat pool." Fiya mengatakam hal yang dicemburuinya.
"Han dengan Aisy ke?"
"Dah tu, siapa lagi?" Fiya memang tak pernah cakap elok-elok dengan suaminya. Itu yang Fakhri selalu makan hati dengan sikapnya.
"You cemburu?"
"Yes, I am. I cemburu sangat."
"I faham, you still sayangkan Han kan? Tapi, Han dah jadi milik orang. Jodoh dia bukan dengan you, tapi dengan Aisy. Jodoh you pula dengan I. Allah dah tetapkan semuanya." Fakhri memberi secebis kata nasihat buat isterinya.
"Tapi I tak boleh terima." Fiya tetap berkeras tak mahu terima kenyataan.
"Then, learn to accept it."
"I tak nak. I nak Farhan juga." Kata-kata Fiya seolah-olah menandakan bahawa dia obses dengan Farhan.
"Apa lebihnya Farhan? And apa kurangnya I, Fiya?"
"I sayang dia, I tak sayang you."
Fakhri menahan pedih di hati.
"Ri, I nak minta you lepaskan I."
"Apa?" Fakhri tergamam dengan permintaan isterinya. Biar betul, tak sampai sebulan kahwin sudah minta cerai?
"Kalau you tak mampu lepaskan I buat masa ni, then I bagi you masa lagi dua bulan. Cukup dua bulan kita kahwin, you kena lepaskan I."
"I akan cari cara untuk buat you jatuh cinta dengan I dalam masa dua bulan. Percayalah, you akan tarik balik kata-kata you tu." Fakhri tetap mahu berusaha. Faiz lah yang sedikit sebanyak memberikannya semangat.
Hampir saja Fiya membuka mulut, Fakhri menyambung kata-katanya lagi.
"Lagipun, kalau I lepaskan you sekalipun, you nak kahwin ngan siapa? Farhan?"
"Yes. I sanggup jadi madu dia!" Laju Fiya menjawab. Bukan main semangat nak jadi isteri Farhan.
"You yakin ke Han akan jadikan you yang kedua? Yakin?" Kata-kata Fakhri membuatkan Fiya sentap.
"Y-yes. I yakin. Kalau dia tak nak, I akan usaha habis-habisan supaya dia nak kahwin dengan I."
"You nak sihir dia?"
"Tak adalah sampai macam tu!" Fiya tak rasa dia akan guna cara syirik itu untuk mendapatkan Farhan.
Fakhri terketawa kecil.
"Fiya, kalau Allah kata kita tak berjodoh dengan seseorang tu, sampai bila-bila pun kita dengan dia takkan bersatu," pesan Fakhri lagi.
"Tapi, I yakin dia jodoh I." Fiya jawab dengan angkuh.
"So you yakin I ni just jodoh sementara you?"
"Yes, I yakin sangat. Kita memang jodoh, tapi tak lama. I yakin sangat, Ri." Begitu yakin Fiya dalam berkata-kata.
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...