Bab 13 | Debar

2.3K 123 2
                                    

KINI sudah lebih seminggu mereka menanti jawapan. Aisy memang sudah dapat mengagak bahawa Fakhri tak bersetuju. Mungkin, Datin Fatiha berat hati hendak memberitahunya tentang jawapan lelaki itu. Sebab itulah sampai sekarang dia asyik menunda-nunda untuk beritahu Aisy.

"Dah ada jawapan daripada pihak sana?" Encik Rahman menyoal sambil memakai kopiah putihnya.

"Belum, yah." Aisy yang sedang mengemas meja makan itu menjawab dengan hati yang lara.

"Hai, dah dekat dua minggu dah ni. Kamu tak mesej diorang ke?" Kalau sudah tak diberi jawapan, tidak ada salahnya untuk tampil bertanya.

"Ha'ah. Ibu rasa kamu perlu mesej Aunty Fatiha. Tanya sama ada setuju ke tak untuk satukan Aisy dengan Fakhri," kata Puan Idayu. Tipulah kalau dia tak ternanti-nanti jawapan daripada mereka.

"Hmm, okey. Lepas ni Aisy mesej," jawab Aisy. Walaupun dia agak berdebar hendak menanya soal itu, dia cuba menguatkan diri.

"Sekaranglah..." Puan Idayu seperti tak sabar-sabar lagi hendak mengetahui jawapan.

"Okey," jawab Aisy sepatah. Dia menapak ke bilik tidurnya. Telefonnya yang berada di atas katil dicapai. Perbualan dia bersama Datin Fatiha di WhatsApp dibuka. Datin Fatiha tengah berada dalam talian.

Dengan ucapan Bismillah, Aisy mula menarikan tangannya di atas papan kekunci.

'Assalamualaikum, aunty. Aunty sihat?' ─ Aisy Wardina

Tidak sampai seminit, Datin Fatiha laju membaca mesejnya. Ya Allah! Berdebar-debar dadanya saat wanita itu mula menaip.

'Waalaikumussalam Aisy. Mama sihat Alhamdulillah. Aisy macam mana?' ─ Datin Fatiha

Aisy baru teringat, Datin Fatiha menyuruhnya memanggil wanita itu dengan panggilan 'mama'.

'Alhamdulillah sihat.' ─ Aisy Wardina

Aisy rasa berdebar lain macam pula saat nak menanyakan tentang Fakhri. Dia cuba menangkis debaran itu, namun dia sendiri tak mampu. Agak lama perbualan itu menyepi, sebelum Datin Fatiha menyambung bicara.

'Aisy, malam ni datang rumah mama boleh? Kita dinner sama-sama.' ─ Datin Fatiha

Aisy terkedu. Datang rumah Datin Fatiha? Malam ini? Ya Allah, kekok pula dia rasa. Tapi, kalau sudah dipelawa, takkan nak tolak semena-mena? Mana tahu, ada perkara penting yang nak dibincangkan.

'Insya-Allah boleh, mama. Dalam jam berapa ya?' ─ Aisy Wardina

'Lepas Isyak Aisy dah boleh datang. Jumpa malam ni ya?' ─ Datin Fatiha

'Baik, mama. Assalamualaikum.' ─ Aisy Wardina

'Waalaikumussalam.' ─ Datin Fatiha

Aisy keluar dari aplikasi WhatsApp. Sejurus meletakkan semula telefonnya di atas katil, dia melangkah pula ke ruang tamu. Ibunya dicari. Rupanya, Puan Idayu sedang berperang dengan dapur.

"Ibu..."

"Ha ye?" Puan Idayu menyahut.

"Aisy dah mesej dah. Malam ni aunty ajak Aisy datang rumah, lepas Isyak," jelas Aisy.

"Oh, okey. Aisy pergilah. Mana tahu ada benda pentingvyang dia nak bagitahu. Dah tu, dah tanya ke belum setuju ke tak?" Puan Idayu mengharapkan soalan itu yang ditanya.

Aisy menggeleng. "Belum, bu. Malam ni mungkin aunty akan bagitahu sama ada setuju atau tak."

"Betul juga tu. Malam ni kut baru dia bagitahu. Hmm, nampak gayanya macam setuju aje ni?" Puan Idayu tersengih-sengih.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now