Aisy masuk ke dalam bilik. Ketika itu, Farhan sedang elok baring di atas katil. Kelihatan, lelaki itu mengelamun jauh. Aisy rasa tak sedap hati pula. Farhan marahkan dia ke? Dia ada salah cakap ke tadi? Aisy jadi serba salah.
"Abang marah Aisy ke?"
Farhan memandangnya. "Tak. Kenapa nak marah?"
"Oh, ingat abang marah. Kutlah Aisy ada salah cakap tadi. Aisy minta maaf." Aisy mengalah juga, merendahkan egonya.
"Takdelah."
"Abang okey ke? Sejak tadi Aisy tengok abang termenung je. Ada apa-apa nak cerita kat Aisy?" Aisy rasa tak sedap hati bila tak tanya keadaan suaminya.
"Em, tak ada apa kut. Jomlah tidur."
Aisy dapat rasa, Farhan sembunyikan sesuatu daripada dia. Tapi, nak buat macam mana kalau lelaki itu tak nak cerita. Dia tak mahu paksa. Tiba-tiba, telefon pintarnya berbunyi. Aisy mendapatkannya untuk memeriksa notifikasi yang masuk.
Tak sangka, Fiya yang menghantar mesej kepadanya malam-malam macam ni.
"Hei pompuan, nak tahu tak... tadi, sebelum Han pergi rumah kau, aku enjoy ngan dia berdua dalam bilik tau. Tak sangka aku berjaya bawa masuk dia dalam bilik tau!" — Fiya Razila
'Ha lepas tu, kitaorang pun.... ala kau faham-faham la kan. Takkanlah kau bengap sangat tak faham yang aku nak cakap. Hahaha! Aku rasa Han rasa bersalah sebab dah buat ngan aku, tu yang dia pergi rumah kau. Kononnya nak hilangkan rasa bersalah dia tu." — Fiya Razila
Tak berkelip mata Aisy membaca mesej yang dihantar oleh Fiya. Dia takkan mudah percaya dengan perempuan ini. Dia lebih mempercayai suaminya.
"Abang.. Fiya mesej." Aisy menunjukkan mesej itu kepada Farhan. Muka Farhan berubah tegang.
"Aisy tahu, ini semua fitnah. Abang tak buat macam tu kat Fiya kan?" Aisy menahan air matanya. Entah kenapa, dia rasa nak menangis bila tengok Farhan memicit pelipisnya setelah membaca mesej itu.
"Haish tak guna punya perempuan. Pandai dia tambah cerita. Dah biarkan je. Tak payah reply." Farhan memberikan telefon Aisy semula.
"Astaghfirullahalazim." Farhan beristighfar. Pandai-pandai saja Fiya tambah cerita. Dia tahu, Fiya memang mahu merenggangkan hubungan dia dengan Aisy tapi tak perlulah sampai buat fitnah bagai! Farhan naik darah dengan sikap Fiya.
Aisy rasa lega sedikit bila Farhan berkata begitu. Tapi dia rasa pelik, kenapa sampai begitu sekali Fiya reka fitnah terhadap Farhan?
"Kenapa dia fitnah abang sampai macam ni sekali? Aisy tahu, dia nak renggangkan hubungan kita. Dia nak Aisy benci abang. Tapi, abang kan dah buat pilihan untuk lepaskan Aisy dan kahwin ngan dia nanti. Kenapa dia perlu buat macam ni lagi sedangkan dia tahu abang lebih memilih dia?"
Aisy rasa nak menangis, dia terus palingkan mukanya.
"Aisy."
"Boleh ke kalau abang nak tarik balik kata-kata tu?"
Aisy terkesima bila Farhan berkata begitu. Tarik balik? Maksudnya, Farhan takkan melepaskan dirinya dan tak mahu berkahwin dengan Fiya?
"Maksud abang?"
"Abang nak tarik balik kata-kata abang. Abang tak jadikan perempuan tu isteri abang. And abang tak nak lepaskan Aisy."
Aisy bagaikan tak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Ta-tapi abang kan sayang Fiya? Bukan Aisy."
"Abang sayang Aisy. Abang tak tipu. Abang dah mula sayang Aisy."
Mengalir air mata Aisy. Ya Allah, semua ini bagaikan mimpi. Nyatanya doa yang terungkap di bibirnya selama ini dikabulkan jua. Dia menatap lama mata suaminya, mencari keikhlasan di sebalik zahirnya ungkapan keramat itu. Ya Allah, sedih dan terharu meruntun jiwanya.
"Percaya abang," ucap Farhan lagi.
"Aisy pun sayang abang."
"Mesti sayang happy sebab doa sayang makbul kan?
Aisy mengangguk. Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah! Terima kasih! Ucapnya dalam hati tanda syukur pada Allah.
"Katil ni kecil, abang. Takut abang tak selesa pula. Aisy boleh tidur bawah." Aisy lebih mementingkan keselesaan suaminya berbanding keselesaan dirinya.
"No need to. Abang selesa je tidur atas ni."
Ya Allah, terima kasih! Aisy begitu terharu saat ini, sampaikan ucapan terima kasih pada Allah bertalu-talu dalam jiwanya, seolah-olah bertali arus tiada putus. Rasa bahagia di hatinya terasa kian mekar.
"Terima kasih abang, sebab sudi sayang Aisy. Aisy tak tahu nak cakap apa. Aisy tak sangka..." Makin sebak suara Aisy dihujung ayatnya.
"Sepatutnya abang yang ucap terima kasih kat Aisy. Sebab Aisy sayang abang seikhlasnya. Keikhlasan tulah yang buat abang jatuh cinta kat Aisy," kata Farhan. Dia pegang erat tangan Aisy.
Aisy jadi kelu, hilang kata-kata. Tak sangka juga, cintanya berbalas jua. Mulanya dia sangat yakin bahawa Farhan akan melepaskan dirinya dan takkan mengubah fikiran lagi. Tapi akhirnya, lelaki itu membuat keputusan untuk setia dengan dirinya.
"Abang, Fiya okey ke dengan keputusan ni?" Tiba-tiba saja nama Fiya menyinggah pemikiran Aisy. Risau juga kalau wanita itu memberontak bila Farhan mengubah fikiran.
"Pandai-pandailah abang cakap ngan dia nanti."
Farhan mengeluh kecil apabila memikirkan tentang Fiya. Tertekan dengan sikap wanita itu membuatkan rasa sayangnya terhadap Fiya makin memudar. Tak sangka, Fiya sanggup menggodanya. Mujur saja Farhan masih bisa mengawal dirinya di pertengahan waktu. Nampaknya, Fiya memang betul-betul gilakan dirinya!
"Tapi kan abang, bukan ke abang sayang Fiya? Kenapa abang ubah fikiran?" Sebenarnya, Aisy nak tahu juga kenapa lelaki itu memilih dia kali ini? Bukankah cinta Farhan pada Fiya begitu besar?
"Abang dah tak suka dia."
Berkerut dahi Aisy. Takkan tiba-tiba saja Farhan boleh jadi tak suka dengan Fiya? Mesti ada sebab. Tapi, kenapa lelaki itu tak nyatakan puncanya?
"Dahlah abang ngantuk dah."
"Okey, then. Good night."
"Abang, Aisy nak tutup lampu kejap." Aisy menyuarakan hasratnya. Dia selalunya buka lampu meja saja sebelum tidur. Dia segera bangun lalu menutup lampu bilik, membiarkan hanya lampu meja yang menyala.
Sukar untuk Aisy tafsirkan rasanya ketika ini. Terharu, bahagia, terasa hilang sekelip mata luka di hatinya.
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...