FAKHRI sedang berada di atas tikar sejadah masjid. Dia menadahkan tangannya dengan berkiblatkan langit, ingin memohon doa pada Allah. Namun akhirnya, dia hanyut dalam fantasi ketika tangannya masih dalam posisi itu. Lama dia berkeadaan begitu, sehinggakan jemaah-jemaah yang lain pun beredar terlebih dahulu.
"Ri..."
Dato' Mikail pegang bahu anak bongsunya itu. Kemudian, dia duduk perlahan-lahan sebelah Fakhri. Mati terus lamunan Fakhri.
"Kamu ni berdoa ke mengelamun?"
Fakhri senyum segaris. Tak sangka pula begitu lama dia mengelamun di atas sejadah ini. Entah sempat ke tidak dia mengungkap doa pada Allah.
"Lain macam je papa tengok kamu dua tiga hari ni. Nak kata tak sihat, makan selera aje? Cuma selalu sangat mengelamun. Cerita kat papa. Ada apa-apa yang tak kena ke?" Dato' Mikail sebenarnya dapat mengagak apa yang berlegar dalam fikiran anaknya, tapi dia tak mahu menyebut tentang itu terlebih dahulu.
"Teringatkan Fiya."
"Haih, teringat Fiya pulak? Yalah kan, Fiya tu masih bergelar isteri kamu selagi dia dalam tempoh iddah."
"Sebenarnya, perasaan sayang Ri pada dia masih hidup lagi, pa. Ri tak tahu sama ada betul ke tak apa yang Ri dah buat ni. Ri dah talakkan dia."
"Papa faham perasaan kamu, Ri. Dah kamu masih sayangkan isteri kamu, mestilah kadang-kadang tu rasa menyesal sebab kamu dah lafazkan talak pada dia. Papa cadang, lepas ni kamu kena fikir masak-masak. Fikir, sama ada dengan rujuk Fiya lebih baik ataupun tidak," kata Dato' Mikail, cukup ringkas namun padat.
"Papa nak pergi jumpa Pak Imam kat luar kejap," kata Dato' Mikail seraya bangun dari sejadah itu.
"Sayang betul kau ngan Fiya kan?" Farhan yang sudah lama menghayati butir bicara Dato' Mikail dengan Fakhri tadi, muncul juga akhirnya. Dia duduk di sebelah adiknya.
"Aku bukan apa, Ri. Aku tak nak kau buat keputusan salah dengan rujuk Fiya balik. Bukan apa, kita semua tak suka dengan perangai dia tu. Kau sendiri pun dia tak hormat." Farhan burukkan Fiya di hadapan adiknya.
"Satu lagi aku nak nasihatkan kau. Nak pilih isteri baru nanti, jangan just tengok rupa, jangan just pilih yang cantik, tapi pilih yang berakhlak. Kalau akhlak dia cantik, luaran dia automatic cantik Ri. Sedap mata memandang. Jujur aku kata."
Fakhri memandang abangnya. Sedikitpun dia tak mampu untuk menafikan pesanan abangnya itu. Benar belaka apa yang dilontarkan oleh abangnya.
"Untung kau kan, dapat dua-dua sekali. Dapat bini solehah, berakhlak. Cantik pulak tu." Fakhri tak segan untuk memuji kakak iparnya.
Farhan sengih. Nak mendabik dada tapi rasa serba salah pula. Kesian Fakhri.
"Dah takdir Allah, Ri. Aku ni sepatutnya kena banyak bersyukur, sebab Dia bagi aku jodoh yang baik. Sampaikan aku rasa Aisy tu tak layak untuk aku. But actually kalau dah jodoh, perkataan 'tak layak' tu tak valid dah. Sebab aku layaklah Dia jodohkan Aisy untuk aku. Kan?" Farhan menanyakan persetujuan adiknya.
"Ha'ah. Betul. Kau layak untuk dapat isteri yang baik macam dia. Sebab kau pun baik. Allah kan ada kata dalam al-Quran, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, begitu juga sebaliknya."
"Kau tak yah lah puji aku. Tak nampak hidung aku dah kembang?" Farhan saja bergurau.
"Kau ni, aku puji sikit je dah kembang. Tu belum aku cakap hensem lagi. Silap hari bulan, lori minyak pun muat dalam lubang hidung kau tu." Fakhri menambah perasa. Dia kalau bab-bab kenakan orang memang nombor satu.
"Haish lebih dah kau ni." Farhan gelengkan kepala.
"Weh, kau kata nak pindah rumah baru ngan Aisy? Bila?"
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...