Bab 80 | Indahnya Takdir Dia

7.6K 152 14
                                    

SETAHUN berlalu.

Alhamdulillah.

Lahirnya Aisyah Farhana ke dunia, menghadirkan syukur dan bahagia dalam hati Aisy dan Farhan. Cahaya mata sulung mereka itu baru sahaja sebulan usianya. Masih baru memandang dunia. Aisyah anak yang baik. Tak kerap menangis dan mudah hanyut dalam lena.

Fiya dan Fakhri pula peroleh anak lelaki. Irsyad Daniel sudah genap empat bulan usianya. Terasa cepat sungguh masa berlalu.

Bercerita tentang Dahlia, wanita itu sudah sarat mengandung ketika ini. Hanya tunggu masa sahaja lagi. Haiqal orang yang paling tak sabar menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka nanti.

Ketika ini, Aisy sedang menggendong anak sulungnya. Selalunya masa-masa inilah Aisyah akan lelapkan mata. Tapi kali ini, Aisyah terlena tanpa sempat sang ibu mengulitnya.

"Tak sempat ummi ulitkan, dah lena dah si kecil ni." Aisy menggendong cahaya mata sulungnya yang sudah lelap itu. Kemudian, diletakkan Aisyah ke dalam katil bayi.

"Sayang anak solehah ummi ni." Aisy usap lembut pipi gebu Aisyah dengan jemari halusnya.

"Dua hari ni sayang ummi ni asyik merengek je. Rindu dekat ayahlah tu. Ayah pergi workstation lima hari hari je. Lusa ayah baliklah." Aisy berkata begitu sekadar untuk menenangkan hatinya yang mula rindu pada Farhan. Baru dua hari tak jumpa, rindunya macam sebulan tak jumpa.

"Tapi ummi sedihlah, Aisyah. Ayah macam tak ingat je hari ni hari jadi ummi. Ayah tak wish pun..."

"Tak apalah. Ayah busy lah tu, tak sempat nak wish..."

Aisy agak terkilan sebenarnya bilamana Farhan langsung tak beri ucapan hari lahirnya hari ini. Tapi, dia tetap berfikiran positif. Farhan mungkin betul-betul terlupa akan hari jadinya hari ini dek kesibukan kerja.

Perlahan Aisy memakai telekungnya, lalu duduk di atas katil. Kalam Allah yang sentiasa diletakkan di atas meja lampu, diambil perlahan. Surah yang ke enam puluh tujuh dibelek. Membaca Surah Al-Mulk sudah menjadi amalannya setiap malam sebelum melelapkan mata. Selagi tak baca, selagi tu dia takkan lena.

"Sadaqallahula'zim."

Kalam Allah itu ditutup perlahan lantas dibawa ke bibir, dikucup penuh sayang. Kemudian ia dilabuhkan semula ke atas meja. Saat itu terdengar bunyi ketukan di muka pintu bilik.

"Aisy, Aisyah dah tidur ke?" Suara sang ibu menyelit di sebalik ketukan. Puan Idayu juga ada di situ, menemani Aisy sementara Farhan pergi ke Singapura atas urusan kerja. Sambil-sambil itu dia tolong jaga cucu barunya juga.

Aisy bersegera ke pintu.

"Ibu, Aisyah dah tidur. Ibu nak makan atau minum apa-apa? Aisy boleh buatkan." Aisy bertanya sama ada ibunya lapar atau dahaga malam-malam begini. Makanan dan minuman hasil lebihan awal malam tadi sudahpun dia masukkan dalam peti sejuk. Boleh panaskan esok. Kan tak membazir tu?

"Ha'ah. Ibu dahaga. Aisy buatkan ibu teh panas boleh? Sementara tu ibu tengokkan Aisyah. Kut dia tersedar ke..."

"Okey. Aisy turun kejap buatkan teh untuk ibu." Aisy bersiap sedia untuk turun ke bawah. Telekungnya ditanggalkan.

Ketika dia sedang membancuh teh untuk ibunya, kedengaran ada sesuatu bunyi dari kawasan kolam renang. Bunyinya seperti belon pecah. Bulu roma Aisy meremang. Serta-merta zikir dan selawat meniti bibirnya. Tapi yang peliknya, belon tu datang dari mana? Sejak bila di kawasan kolam renang ada belon?

Dua persoalan itu bermain di fikiran Aisy. Dalam rasa gementar begitu, tangannya ringan saja untuk menyelak langsir sliding door yang menghala ke kawasan kolam renang. Ketika itu, dia perasan tempat itu dilimpahi cahaya yang agak terang. Rasanya Aisy selalu buka dua lampu saja. Macam mana boleh jadi terang-benderang begini?

Takdir DiaWhere stories live. Discover now