Bab 61 | Tersedar

3.5K 136 5
                                    

BARU tiga hari dua malam Aisy tinggal di rumah ibu dan ayahnya, Farhan sudah tidak keruan. Sejujurnya, dia rindu Aisy. Dia juga rindu akan masakan isterinya yang sememangnya tak pernah mengecewakan. Benarlah tiada penafian bahawa dia memang sudah jatuh cinta dengan isterinya sendiri.

Farhan termenung memandang langit, kala itu dia baru saja selesai mandi kolam. Sunyi pula suasana, selalunya Aisy akan jadi peneman. Entah kenapa, dia asyik memikirkan isterinya.

"Teringat bini ke?"

Terkejut Farhan bila Fakhri datang menyergah.

"Kalau aku teringatkan dia pun, asal?" Farhan punya soalan macam nak bawa bergaduh.

"Kau dah mula sayangkan dia, kan?" Fakhri duduk di kerusi yang bersebelahan dengan abangnya.

"Tak payah tipu hati kau, Han. Aku tengok dari cara kau pandang dia pun, aku dah tahu kau dah mula sayangkan dia. Tapi, kenapa kau pilih Fiya, Han? Sebab dia cinta pertama kau?" Fakhri bertanya dengan lembut. Dia memang tak nak bergaduh dengan abangnya.

"Sebab aku sayang Fiya, lebih daripada aku sayang Aisy. Aku takkan biarkan Fiya jadi milik kau sampai bila-bila, Ri. Kau lupa ke? Kau yang rampas dia dari aku, dah tu takkan aku tak boleh rampas dia balik dari kau?" Farhan menyilangkan tangannya ke dada. Matanya memandang tajam wajah adiknya, penuh dendam di hati.

"Kau masih dendam ngan aku?" Fakhri bertanya dengan nada sendu. Dia memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar.

"Kau ingat aku boleh lupa apa yang kau dah buat kat aku? Aku ni abang kandung kau, Ri. Sanggup kau buat aku macam ni? Kau dah rampas orang yang aku sayang." Farhan berkata-kata dengan hati yang retak.

"Aku mintak maaf, Han. Aku tahu, aku dah sakitkan hati kau, sampai kau berdendam macam ni ngan aku. Lepas ni, aku akan lepaskan Fiya. Aku dah tak sanggup bermusuhan ngan abang sendiri." Jauh di sudut hati Fakhri, dia nak hubungannya dengan Farhan kembali mesra seperti dulu. Dia rindu akan detik-detik berharga itu.

"Baguslah kalau macam tu. Tak payah aku nak susah payah hancurkan rumah tangga korang berdua lepas ni, kalau kau sendiri dah rela hati nak lepaskan Fiya," jawab Farhan dengan mudah. Entah apalah yang istimewa sangat pada diri Fiya sehinggakan wanita itu menjadi wanita teragung dalam hatinya.

"Aku buat semua ni pun demi kita, Han. Demi hubungan kita adik beradik. Aku tak nak terus renggang, bermusuh macam ni ngan kau. Kalau ikutkan, aku masih sayangkan Fiya. Aku sayang dia, Han. Tak salah kan kalau aku cakap yang kita berdua ni tengah mencintai orang yang sama pada masa yang sama?"

Di hujung bicara, Fakhri melepaskan keluhan berat. Tak sanggup sebenarnya untuk menyebut tentang hal itu, tapi apakan daya, itulah hakikat yang harus ditelan oleh mereka dua beradik.

"Kenapa Fiya? Dah tak ada orang lain ke dalam dunia ni yang kau nak sayang?" Farhan bersuara seakan-akan tak puas hati dengan hakikat itu.

"Nak buat macam mana, kalau hati aku dah memang sayang dia. Aku dah lama simpan perasaan kat dia, Han. Sejak sebelum dia kenal kau lagi. Kau tahulah aku ni macam mana. Aku ni pemalu sikit. Aku takut nak bagitahu dia yang aku nak jadikan dia isteri aku."

"Kau dah lama kenal dia?" Farhan semacam tak percaya saja.

"Ha'ah. Tapi aku bodoh, sebab lambat confess hajat aku untuk halalkan dia. Bila tahu je kau ngan Fiya ada hubungan, aku macam tak percaya. Masa tu, aku rasa macam mustahil, bila orang yang aku suka bakal jadi tunang kau. Aku tak bagitahu kau yang aku pun ada perasaan yang sama kat Fiya, sebab aku tak nak hubungan kita jadi tegang." Fakhri menghela nafasnya sedikit sebelum menyambung kembali.

"Tapi bila tahu kau dengan Fiya dah putus tunang, aku terus dapatkan cinta Fiya. Aku tahu, hubungan kita memang akan tegang, tapi aku tak kisah pun masa tu. Apa yang nak jadi kat kita, jadilah, asalkan aku dapat Fiya. Bila aku fikir balik, aku memang bodoh. Disebabkan seorang perempuan, sanggup aku gadaikan hubungan adik beradik kita yang dulunya rapat."

Takdir DiaWhere stories live. Discover now