Bab 8 | Kutuk

2.5K 159 5
                                    

DATIN Fatiha menghenyakkan punggung di atas sofa empuknya. Dia menghidupkan televisyen lalu menonton rancangan keagamaan. Seketika itu, Fakhri menuruni tangga ke tingkat bawah. Sejurus dia sampai di ruang tamu, dia duduk di sebelah mamanya.

"Ma, Ri ngidam nak makan kek hari tu lah," luahnya kepada sang ibu. Jujur, kek Aisy memang membuatkan dia ketagih.

"Kek Aisy?" Datin Fatiha mengangkat kening. Bibirnya menyimpul senyuman. Sebut nama gadis itu sahaja sudah mampu membuat dia tersenyum. Mana tidaknya, dia suka dengan sikap Aisy. Baik, cantik, sopan, ayu, cukup sempurna di matanya.

Fakhri mengangguk. "Ha'ah, ma."

"So, kalau macam tu mama bagi Ri number phone Aisy. Nanti Ri sendiri chat dia, okey?"

Kata-kata Datin Fatiha sedikit sebanyak melahirkan perasaan hairan di hati Fakhri. Kenapa pula dia yang perlu menghantar pesanan kepada Aisy? Mamanya kan ada?

"Kenapa pula Ri yang chat? Mamalah," suruhnya selamba. Bukan apa, dia dengan Aisy pun bukannya rapat. Kalau terjumpa pun, dia perasan gadis itu seperti mahu tidak mahu saja melayannya. Pendek kata, Aisy nampak kekok bila terserempak dengannya.

Ini kalau dia yang mesej, sudah tentu bertambah kejanggalan gadis itu.

"Ri yang nak makan, Ri lah yang chat. Jap, mama bagi number dia." Datin Fatiha mengambil telefonnya lalu menghantar nombor telefon Aisy kepada Fakhri.

Datin Fatiha sebenarnya mahu Fakhri mengenali Aisy dengan lebih dalam. Manalah tahu, kalau dua-dua sudah berkenan bolehlah satukan dalam hubungan yang halal. Dia cuba usaha yang terbaik untuk anak bongsunya. Dia yakin, Aisy gadis yang terbaik untuk dijadikan isteri Fakhri.

"Lain macam je mama ni. Mama nak Ri ngurat dia ke apa?" Fakhri seperti dapat menghidu bait-bait rancangan mamanya.

Datin Fatiha terketawa kecil.

"Bukan ngurat. Kenal-kenal..."

Fakhri memandang wajah mamanya semacam. Kenal-kenal? Nak kenal-kenal apanya? Dia bukannya ada perasaan dengan Aisy.

"Ri chatlah dia. Mama nak ke dapur kejap." Datin Fatiha bangun lalu menapak ke dapur.

Ha sudah! Fakhri garu kepalanya yang tak gatal. Tapi, kenapa dia jadi kekok sangat? Sebelum ini, dia okey saja dengan Aisy. Terutamanya sewaktu majlis perkahwinan Haiqal dan Dahlia, dia bolehkan puji gadis itu cantik lagi. Pelik pula dia rasa, kenapa dia kekok sebegini? Mungkinkah kerana dia dapat menghidu rancangan mamanya, yang sepertinya hendak menyatukan dia dengan Aisy?

Fakhri hela nafas. Dia mula menaip.

'Assalamualaikum. Fakhri ni. Nak order kek boleh?'

Setelah itu, dia terus mematikan skrin telefon. Dia menyandarkan kepala ke sofa.

'Macam something je mama ni. Mama dah berkenan dengan Aisy ke? Nak jadikan menantu? Nak dia kahwin ngan aku? Haih, tak nak aku. Tak cinta, takkan nak suruh kahwin?'

Fakhri membebel dalam hati. Serabut benaknya. Sambil menunggu Aisy balas, dia baring. Mengantuk pula rasa. Biadalah, baru lepas pulang dari kerja. Kelasnya petang hari itu. Itu yang dia balik dekat-dekat maghrib. Farhan pun, sampailah tak lama lagi. Waktu-waktu beginilah baru dia pulang dari kerja.

"Assalamualaikum..." Farhan memberi salam sesudah dia masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam," jawab Fakhri yang hampir lelap di atas sofa itu. Kalau abangnya tak beri salam tadi, sudah tentu dia sudah diulit lena.

Berbeza dengan Fakhri, Farhan kalau baru lepas pulang dari kerja dia akan naik atas dulu untuk bersihkan diri.

Dia merupakan pemilik syarikat I-Tech yang diberi nama Haze Holdings. Sudah masuk tiga tahun dia bekerja di syarikat itu. Dia amat mencintai kerjayanya, kerana sejak dulu lagi dia bercita-cita untuk bekerja dalam industri teknologi, lebih spesifiknya, dalam sektor perkakasan komputer. Sekarang, sudah tercapai cita-citanya dengan izin Yang Esa.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now