Bab 54 | Kecewa

3.7K 142 12
                                    

AISY menunggu suaminya di bilik. Farhan cakap, nak keluar sekejap jumpa Naufal. Aisy pun tak pasti atas tujuan apa, mungkin untuk membincangkan hal kerja. Dalam sejam lagi, mereka akan ada aktiviti. Kali ini aktiviti main permainan tradisional pula. Aisy tak sabar. Sebut tentang permainan tradisional, dia pandai main congkak.

"Assalamualaikum." Ucapan salam itu diberikan dari arah belakang. Aisy cukup mengenali empunya suara itu. Siapa lagi kalau bukan Fakhri?

"Waalaikumussalam," jawab Aisy.

"Saya ada benda nak cakap dengan awak," kata Fakhri, menyampaikan hajatnya.

Dia nampak Aisy tak selesa dengan kehadirannya. Oleh itu, dia duduk jauh sedikit daripada Aisy. Mereka tak berdua di situ, ada ramai lagi staf lain sedang buat kerja masing-masing.

"Saya dah tahu pasal semalam. Fiya cakap dia jumpa dengan Han dekat taman. Cakap pasal hal diorang berdua. Fiya cakap, dia akan mintak cerai dengan saya sebelum dia nikah dengan Han. Tapi awak jangan risau, apapun yang jadi, saya takkan lepaskan dia. Saya sayang dia sangat-sangat. Mana mungkin saya nak lepaskan dia macam tu je," jelas Fakhri panjang lebar.

Aisy tak tahu nak bagi respon apa. Untuk melepaskan Fiya atau tidak, itu hak Fakhri.

"Saya tahu awak sedih dengan apa yang jadi. Awak sedih sebab Farhan akan lepaskan awak kan?" Fakhri dapat mengagak kesedihan Aisy berpunca dari situ.

"Saya sedih, tapi saya terima kalau itulah takdir-Nya. Perancangan Allah jauh lebih baik daripada perancangan kita," kata Aisy, ringkas namun padat.

"Awak kuat Aisy. Saya tak pernah jumpa lagi perempuan kuat macam awak," kata Fakhri. Dia tak sangka Aisy sekuat ini.

Aisy tak merespon, cukup diam dan menekur lantai saja.

"Saya pun akan cuba terima kenyataan, kalau betullah Fiya akan berpisah dengan saya tak lama lagi," kata Fakhri. Dia juga mahu buat persiapan untuk menerima ketentuan Tuhan.

"Aisy, kalau saya berpisah dengan Fiya dan awak berpisah dengan Han, nak tak awak jadi isteri saya?"

Aisy mengangkat wajah, bagaikan tak percaya dengan apa yang mencelus di gegendang telinganya saat ini. Kelihatan Farhan ada di belakang Fakhri. Sejak bila dia muncul?

"Dia tak nak kahwin ngan kau. Sedarlah sikit. Dulu kau juga yang tolak pinangan dia kan? Yang kau cari dia balik nak buat bini kenapa? Kau ingat dia still nak kau? Mimpilah," sembur Farhan dengan nada menyindir.

Fakhri terus senyap. Terkejut Farhan ada di situ.

"Meh sayang, kita gi luar jap." Farhan menarik tangan isterinya. Aisy hanya menurut.

"Tak payahlah kau nak berlakon, Han. Kau bukan sayang pun dekat Aisy. Kau siap nak lepaskan dia semata-mata nak kahwin ngan Fiya. Kau jangan berangan nak kahwin ngan Fiya. Sebab aku takkan lepaskan dia," ujar Fakhri tanpa sedikitpun sandiwara.

"Aku tak kisah. Apa cara sekalipun, aku akan pastikan Fiya cerai ngan kau and jadi milik aku." Ikutkan hati, memang Farhan nak berbalah dengan Fakhri sekarang, tapi dia cuba profesional. Lagipun, mereka berada di tempat umum.

"Aku takkan biarkan kau menang, Ri."

Fakhri diam. Malas nak berperang mulut lagi.

Farhan pegang tangan Aisy, menarik isterinya itu ke bahagian belakang hotel, iaitu taman rekreasi dan taman permainan. Farhan duduk di atas bangku bersama isterinya. Aisy hanya pandang depan, sedikitpun tidak mahu melihat Farhan ketika ini.

"Benci sangat dah ke tengok muka saya?" Farhan beri teguran kasar.

Kalau diikutkan hati, memang Aisy nak kata benci. Benci sangat-sangat! Tapi, ditahan saja rasa itu.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now