TERKEJUT Fiya sebaik saja pintu biliknya dikuak oleh Puan Zalina. Sudahlah dia sedang berendam air mata. Semenjak dua menjak ini, itulah saja yang dia mampu lakukan. Menangis, menangis dan menangis. Adakalanya, dia akan marah angkara tidak puas hati.
"Fiya, mummy ada something nak cakap dengan Fiya. Mummy harap Fiya tak terkejut dengan apa yang mummy nak cakap ni."
Puan Zalina sepertinya dapat membayangkan riak terkejut yang akan terpamer di wajah anak sulungnya itu setelah dia beritahu tentang peristiwa petang tadi.
"Mummy nak cakap apa?"
Fiya mengesat air mata. Dia tahu ibunya sudah bosan melihatnya menangis sepanjang masa, itu yang ibunya sudah tidak mengambil berat akan tangisannya.
Puan Zalina labuhkan punggung di sisi Fiya. Dia menarik nafas dalam-dalam.
"Ada orang datang nak pinang kamu petang tadi." Tidak mahu Fiya terlalu terkejut, Puan Zalina hanya menyampaikan begitu saja.
"What? Ada orang datang nak pinang Fiya?"
Fiya tak adalah terkejut sangat. Dia tahu ramai lelaki yang menyukainya. Tapi dia buat tak layan saja sebelum ini.
Puan Zalina mengangguk. Hatinya jadi resah. Kalau dia sebut nama Fakhri selepas ini, pasti Fiya akan terkejut beruk.
"Siapa dia, mummy?" Fiya ingin tahu siapa gerangan yang telah meminangnya.
"Kalau mummy cakap, Fiya jangan terkejut," pesan Puan Zalina sebelum dia memberikan jawapan kepada sialan anak sulungnya.
"Siapa, mummy?" Fiya bertambah hairan bila ibunya berkata begitu. Berdebar juga dadanya saat menunggu jawapan daripada sang ibu.
"Fakhri."
"Fakhri? Maksud mummy, adik Farhan?" Mata Fiya membuntang. Mana taknya dia terkejut, dia rasa seperti tak logik saja Fakhri yang meminang dirinya!
"Ya, Fakhri adik Farhan." Puan Zalina beri jawapan yang sah.
"Dia pinang Fiya? Untuk siapa? Untuk dia sendiri?"
Fiya seakan-akan tak percaya langsung dengan pemberitahuan itu. Dia rasa ini semua bagaikan mimpi semata.
Puan Zalina menjatuhkan kepala.
"Mummy pun terkejut jugak, tiba-tiba je dia datang nak pinang Fiya. Mulanya mummy ingat dia nak bagi penjelasan tentang Farhan."
Fiya mengerutkan dahinya. Dia tertanya, sejak bila pula Fakhri menyukainya?
"Fakhri cakap dia dah lama simpan perasaan pada kamu, Fiya."
Persoalannya telah dijawab oleh Puan Zalina. Namun, ingin dia tahu dengan lebih mendalam, bagaimana Fakhri boleh ada hati dengannya? Walhal dirinya hampir saja menjadi kakak ipar kepada lelaki itu. Sudah lamakah Fakhri memendam rasa terhadapnya?
"Mummy nampak keikhlasan dia masa dia cakap dia ada perasaan dengan Fiya. Mummy tak rasa dia berpura-pura," luah Puan Zalina. Memang dia perasan, Fakhri nampak tenang saja sewaktu meluahkan perasaan dan hasratnya. Dia yakin, lelaki itu sama sekali tidak berlakon.
"Dia bawa mama papa dia sekali?"
Fiya tak berminat untuk membalas kata-kata ibunya. Dia masih berada dalam lembah kehairanan.
"Tak. Dia datang dengan kawan dia je. Mummy tak pasti, mama papa dia tahu ke tak tentang hal ni. Mustahillah diorang tak tahu kan?" Puan Zalina berandaian.
"Haish, pening! Macam mana dia boleh ada hati dengan Fiya? Sebelum ni Fiya tak tahu apa-apa pun," getus Fiya.
"Han tahu tak pasal ni?" Fiya menanyakan soal itu pula. Kalau Farhan tahu, masakan lelaki itu tak melenting? Fiya tahu, Farhan masih menyimpan hati terhadapnya. Tak mungkinlah tak bersisa langsung rasa cinta Farhan terhadapnya.
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...