FARHAN menuruni lif ke tingkat bawah. Fiya kata, dia nak datang rumah malam ini. Itu yang Farhan nampak bersemangat saja sewaktu turun. Dia duduk di atas sofa, bersebelahan dengan mamanya. Matanya dihalakan ke kaca televisyen. Khusyuk betul mamanya mendengar ceramah agama, sampaikan kehadirannya pun lambat disedari.
"Fiya nak datang jam berapa?" Soalan itu diajukan oleh Datin Fatiha sesudah dia sedar akan kehadiran Farhan.
"Kejap lagi datanglah tu." Farhan merespon sambil bermain telefon. Dia mana suka dengar ceramah agama. Bosan, katanya.
Datin Fatiha bangun dari duduknya. Dia tekan butang 'pause' pada alat kawalan jauh televisyen. Kalau boleh, dia langsung tak nak terlepas apa-apa ilmu yang disampaikan dalam ceramah agama tersebut. Dia menuju ke dapur.
"Kak Ti, keluarkan kek Aisy dari peti ais ya. Fiya nak datang kejap lagi," pesannya kepada Mak Cik Zati.
"Baik, datin."
"Kak Ti ni, dah berkali-kali saya pesan, tak usahlah berdatin-datin. Panggil aje Tiha..." Datin Fatiha langsung tidak berasa gah dengan panggilan datin itu. Rendah diri betul dia.
"Baiklah, Kak Ti cuba. Kekok pula rasanya nak panggil Tiha." Mak Cik Zati tersengih-sengih. Dia mengeluarkan kek Aisy yang masih berbaki sedikit dari peti ais.
"Tak payahlah nak kekok. Saya lagi kekok kalau orang panggil saya datin, kak," luah Datin Fatiha. Memang betul pun, dia bukan suka dipanggil 'datin'. Baginya, itu cumalah gelaran duniawi.
Walaupun Datin Fatiha hanyalah suri rumah, dia anak kepada seorang bekas penceramah yang hebat, Allahyarham Ustaz Ahmad Furqan. Oleh sebab itu, kehidupan Datin Fatiha dan adik beradiknya yang lain dipenuhi dengan keindahan ajaran Islam.
"Kak, akak kenal kan yang buat kek ni?" Datin Fatiha hendak membuka cerita tentang Aisy.
"Kenal. Aisy kan? Dia ada tegur Kak Ti hari tu. Bagus orangnya. Dahlah cantik, hormat orang tua pula tu." Mak Cik Zati memuji-muji kelebihan yang ada pada diri Aisy.
Datin Fatiha mengukir senyuman di bibir. Memang tak dapat disangkal kata-kata orang gajinya itu.
"Itulah, kak. Baik sangat orangnya. Saya rasa rindu pula dengan dia. Sekejaplah, saya naik atas dulu. Nak tanya khabar dia."
"Baik, datin. Eh-- Tiha." Kekok betul Mak Cik Zati mahu memanggil majikannya itu dengan nama samaran saja. Rasa pelik pun ada. Tapi, dia cuba biasakan.
Datin Fatiha keluar dari dapur itu lalu naik lif ke tingkat atas. Waktu itu, Fiya sudahpun memakirkan keretanya dalam garaj. Farhan membuka pintu utama rumah.
"Meh masuk." Farhan memberikan ruang untuk tunangnya masuk ke dalam rumah.
"Mama mana?" Fiya menjenguk kawasan ruang tamu itu. Sunyi betul. Macam mereka berdua saja yang ada di rumah.
"Kat atas," balas Farhan. Dia perasan mamanya naik lif tadi.
"Oh..." Fiya angguk tanda faham.
Sesudah Farhan tutup pintu rumah, dia terus memulakan aksi gediknya. Tangan Farhan dipegang erat. Nak kata tak tahu halal haram, dah besar panjang dah. Mustahil tak tahu!
"Sayang, rindu I tak? Dah seminggu kita tak jumpa."
Farhan agak terkejut dengan tindakan tunangnya. Dia tengok di sekeliling, tak ada mamanya jadi dia biarkan saja. Malah, dia siap usap lagi tangan gadis itu. Dua-dua sama saja! Tahu halal haram, tapi tak endahkan.
"Always." Farhan mengukirkan senyuman di bibir. Terleka pula dia memegang tangan tunangnya.
"Miss you too sayang." Farhan tergamam bila Fiya memeluk tubuhnya. Dia bertambah terkejut bila pintu lif terbuka dan Datin Fatiha melihat mereka berdua dengan riak terkejut.
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...