Bab 46 | Senyuman

3K 138 7
                                    

AISY mengejutkan Farhan yang nyenyak tidur di sebelahnya. Waktu itu, subuh belum tiba. Aisy teringat bahawa ayahnya tiap-tiap hari menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid. Ada baiknya jika Farhan ikut sekali. Adalah juga peneman ayah.

"Abang, bangun..." Aisy menepuk perlahan lengan suaminya. Rapat betul kedudukan mereka di katil yang kecil ini.

"Hmm. Pukul berapa dah?" Farhan masih memejamkan matanya. Nampak liat nak bangun awal. Betullah kata Datin Fatiha, dia liat nak bangun solat subuh. Apatah lagi nak bangun solat subuh berjemaah di masjid?

"Pukul lima. Abang bangunlah awal sikit. Solat subuh dekat masjid sekali dengan ayah. Ayah mesti seronok kalau abang ikut sekali," kata Aisy. Dia berharap agar suaminya berlembut hati untuk solat subuh di masjid.

Farhan buka mata perlahan. Perkara pertama yang dilihatnya ialah senyuman Aisy. Ada secebis pengharapan di mata isterinya itu.

Farhan teringat akan pesanan mamanya kelmarin, supaya rajinkan diri untuk solat di masjid. Dah lama dia tak menapak ke masjid. Rindu tu, rindu jugalah.

Dia bangkit dari perbaringannya. Dari berbaring bertukar ke posisi duduk. Dia perasan, di depannya sudah tersangkut elok baju melayu hitamnya. Sudah digosok rapi pula tu. Bagus betul Aisy, menyediakan pakaian untuknya awal-awal. Tak perlulah dia susah-payah lepas ni.

"Okey. Saya gi mandi dulu." Bersemangat Farhan bangkit dari katil bila tengok bajunya sudah tersedia. Selalunya, dia akan bangun dan gosok sendiri saja bajunya. Inilah kelebihan ada isteri.

"Okey."

Aisy senyum bila tengok Farhan bukan main bersemangat bangun dari katil.

Kemudian bila Farhan sudah menghilang ke luar bilik, Aisy termenung sendiri. Dia tak faham dengan perasaannya sekarang ini. Adakah dia sudah mula mencintai Farhan?

Tapi, tak salah pun mencintai suami sendiri. Tapi yang sedihnya, jika dia cuma bertepuk sebelah tangan. Buat masa sekarang, dia memang tak nak luahkan rasa sayang pada Farhan. Kelak dia juga yang kecewa. Lebih baiklah dia berharap pada Allah, meminta-Nya untuk membukakan hati Farhan untuk menyayanginya. Nescaya takkan kecewa bila berharap pada Allah.

Aisy bangun dari katil. Dia harap katil lamanya itu masih kukuh. Yalah, sebelum ni dia tidur seorang saja. Tapi bila Farhan tidur berdua dengannya malam tadi, risau pula jika katilnya itu buat hal.

.
.
.

Farhan dan Encik Rahman melangkah masuk ke dalam masjid. Ketika itu, Farhan terlihat ayahnya juga ada bersama Fakhri. Dia tak hairan mahupun terkejut. Memang masjid inilah yang mereka selalu pergi. Almaklumlah, dekat dengan rumah. Kalau dari rumah Aisy pula memakan masa sedikit untuk ke masjid itu.

Farhan yang berpandangan dengan Dato' Mikail yang berdiri di saf depan terus mengangkat tangannya. Senyuman nipis dilemparkan buat papanya. Fakhri pula langsung tak dipandangnya. Jelas kebenciannya terhadap Fakhri.

Usai solat, semuanya bersurai. Farhan menapak ke arah papanya. Kalau dah terjumpa dengan ayah sendiri, kenalah bertegur sapa.

"Assalamualaikum, pa." Farhan mencium tangan papanya.

"Waalaikumussalam. Rajin pula Han bangun awal hari ni? Isteri kejutkan ke?" Dato' Mikail sudah dapat mengagak.

Farhan sengih. Kalau Aisy tak kejutkan dia, memang taklah dia solat berjemaah di masjid.

"Ha'ah, pa. Isteri kesayangan Han yang kejutkan." Sejurus berkata begitu, Farhan pandang adknya. Mengendur wajah Fakhri, sepertinya terkesan dengan kata-kata Farhan.

"Tulah kelebihan ada isteri yang baik. Boleh bangunkan kita awal, lepas tu sedia pakaian, makan minum kita," kata Dato' Mikail. Hujahnya cukup ringkas, namun bermakna.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now