Bab 69 | Amnesia

4.2K 115 1
                                    

KETIKA Aisy turun ke bawah, Aisy nampak Fiya sedang leka menyusun lauk di atas meja makan. Kehadirannya disambut dengan senyuman lebar Fiya. Sejujurnya, Aisy terharu melihat diri Fiya yang jauh berbeza daripada sebelum ini. Aisy nampak kesungguhan wanita itu untuk berubah.

Sungguh, Allah benar-benar telah mengurniakan hidayah kepada wanita ini. Aisy tak sangka secepat ini dia boleh melihat perubahan pada diri seorang Fiya Razila.

"Morning, Aisy!" Fiya sapa birasnya itu.

"Tengok, banyak I masak hari ni. Lama dah I tak masak," katanya mesra.

Yang paling menyedapkan mata Aisy sekarang, Fiya pakai handsock, menutupi lengannya. Hijrah sekecil itu pun, membuatkan Aisy tumpang bahagia.

"Masya-Allah, banyaknya Fiya masak. Mesti sedap." Aisy tengok satu per satu hidangan yang terbentang di atas meja. Semuanya nampak menyelerakan. Tengok warna dengan penampilan lauk itu pun membangkitkan ketidaksabaran Aisy untuk makan.

"Hee. I tak pandai masak. Semua ni I google je. Ala, sekarang kan semua ada di hujung jari," jawab Fiya sambil meletakkan jag berisi air oren di atas meja. Kemudian, gelas-gelas disusun di atas dulang segi empat tempat.

"Sini, Aisy tolong." Aisy angkat jag itu, lalu menuangkan air oren itu ke setiap gelas yang disusun tadi. Sambil berbuat sedemikian, senyumannya melebar. Gembira dengan perubahan birasnya.

"Cantik Fiya pakai handsock," kata Aisy.

"Thank you. Alhamdulillah, I baru sedar kepentingan menutup aurat dengan sempurna. As we know, tutup aurat ni memang perintah Allah. Ianya satu kewajipan bagi semua umat Islam. Allah suruh kita tutup aurat, bukan saja-saja kan Aisy? Dengan tutup aurat, kita juga dapat tundukkan pandangan lelaki."

Hujahan Fiya membuatkan Aisy terangguk-angguk setuju. Jauh di sudut hati, Aisy bangga dengan hujah wanita itu. Walaupun tak panjang meleret, sekurang-kurangnya Fiya tahu kepentingan menutup aurat.

"Betul. Kita sebagai perempuan, kita kenalah tundukkan pandangan lelaki dengan menutup aurat. Kita juga tak boleh bertabarruj, iaitu melampau-lampau dalam berhias. Contohnya, pemakaian bulu mata palsu. Kita diharamkan untuk pakai bulu mata palsu. Tetapi kita dibolehkan memakainya hanya untuk suami. Tengok kepada keadaan, kalau kita nak berhias hanya untuk suami, maka tak jadi masalah untuk memakainya.

Selain tu, kita tak boleh pakai wangian yang terlalu kuat. Kenapa? Iman lelaki mudah lemah dengan wangian yang terlalu kuat. Bukan semua lelaki macam ni. Tapi, kita kena berhati-hati. Kita tak boleh tarik perhatian mereka dengan apa-apa perkara sekalipun," kata Aisy yang sememangnya selalu berhati-hati dengan kaum ajnabi. Dia sangatlah tak suka dipandang oleh lelaki.

"Yes, betul tu. I setuju sangat. Doakan I tau, semoga I istiqomah sengan perubahan ni."

Sejurus Fiya berkata begitu, Farhan muncul di situ. Dia sempat menangkap kata-kata Fiya tadi. Tapi, kenapa sedikitpun hati Farhan tak terkesan dengan kata-kata Fiya? Sakit hatinya dengan wanita itu masih tak terbendung rasanya. Wanita itu telah menyakiti isterinya. Wanita itu hampir buat Aisy hilang nyawa. Allah. Farhan tak boleh lupakan semua itu dengan mudah.

"Abang, nak pergi dah? Tak nak breakfast dulu? Fiya masak hari ni." Aisy menghampiri suaminya. Dia lihat wajah Farhan yang sedikitpun tidak menayangkan senyum padanya. Sebaliknya, lelaki itu lepaskan keluhan kecil.

"It's okay abang breakfast kat office je. Tak nak abang makan masakan dia ni," kata Farhan sambil memakaikan jam tangan di pergelangan tangan kirinya.

Tak nak dia makan masakan Fiya. Sedikitpun dia tak hairan bila orang kata dia 'tak ambil hati adik ipar'. Dia sangatlah tak kisah dengan semua itu.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now