SEMENJAK dua menjak ini, hati Fiya agak terkilan dengan layanan Fakhri terhadapnya. Memanglah lelaki itu tidak melukakan zahirnya, tapi batinnya sedikit terluka dengan sikap lelaki itu. Lelaki yang dicintainya itu sudah tidak mengendahkan dirinya.
Fiya yang sedang berada di balkoni bilik, membiarkan angin malam menyapa tubuh tingginya di sini. Sedang dia mengelamun, Fakhri muncul tiba-tiba di sebelahnya.
"Dah makan?"
"Belum lagi. Lepas ni Fiya makan."
"Pergilah makan. Jangan tak makan pulak. Kesian baby." Fakhri menunjukkan rasa prihatinnya terhadap anak dalam kandungan Fiya. Dia sebenarnya bukan risaukan anaknya saja, dia juga risaukan Fiya. Tapi dia tak nak tunjuk yang dia risaukan Fiya.
"Okey abang..." Fiya angguk, tidak protes. Dia ukirkan senyuman kecil. Walaupun Fakhri tak runsing akan dirinya, setidaknya lelaki itu merisaukan kandungannya.
Fiya pusingkan badan, ingin berjalan masuk ke bilik. Tapi bicara Fakhri menegahnya.
"Fiya, kejap."
"Ya?" Fiya agak berdebar sekarang ini. Apa yang Fakhri nak katakan agaknya?
"Besar sangat kan rasa sayang awak kat Han?"
Fiya kaku seketika. Terdiam bisu di situ. Memanglah sebelum ini perasaan sayangnya pada Farhan masih bersisa, tapi sekarang ini, perasaannya buat lelaki itu seakan memudar tanpa sedar.
"Yelah, awak tak boleh terima yang dia berjodoh dengan Aisy. Awak sampai plan macam-macam untuk musnahkan hidup Aisy, lepas tu..." Belum habis lagi Fakhri bercakap, Fiya sudah mencelah.
"Jangan sebut balik pasal tu. Fiya dah tak nak ingat lagi. Fiya tak nak ingat balik betapa kejamnya Fiya pada Aisy. Lagipun, Fiya sendiri dah minta maaf pada Aisy." Ketika ini baru Fiya mengatakan kepada Fakhri bahawa dia sudah memohon maaf daripada Aisy.
"Ya ke? Bila awak jumpa dia?"
"Hari khamis lepas. Kitaorang tak sengaja jumpa dekat mall. Masa tu, Fiya minta maaf sungguh-sungguh kat Aisy. Fiya rasa bersalah sangat, apatah lagi bila tengok wajah Aisy. Dia langsung tak berdosa, tapi.. Fiya hampir buat dia rasa jijik pada diri sendiri. Fiya jahat sangat." Fiya menunduk, mengenangkan kesalahan dia terhadap Aisy.
"Alhamdulillah, Allah jaga dia. Allah tak izinkan benda tu berlaku pada dia. Tapi tulah, kesian Aisy. Mesti dia trauma dengan apa yang jadi hari tu." Fakhri lontarkan pendapatnya. Dia tak terdetik pun untuk memujuk Fiya agar tidak hanyut dalam perasaan sesalnya.
"Kalaulah boleh undur masa semula, Fiya tak nak buat semua tu. Sekarang ni, Aisy mesti dah trauma sangat. Semuanya sebab Fiya. Fiya yang buat dia jadi macam tu..." Penuh kekesalan suara Fiya waktu menuturkan hal itu.
Fakhri berdiam lama, seakan menyetujui kata-kata Fiya.
"Fiya turun makan dulu ya. Abang dah makan?"
"Dah. Pergilah turun makan. Ada mama kat bawah, macam biasa tengok tazkirah." Fakhri menyebut hobi mamanya.
"Okey. Fiya turun makan dulu."
Fakhri tak menjawab, membiarkan Fiya beredar dari situ. Pandangan matanya dilemparkan ke arah langit hitam yang suram. Tiada bintang. Tiada bulan. Hanya kelihatan awan yang menebal. Langit kelam itu seolah mencerminkan hatinya yang libu.
"Ya Allah, patut ke aku rujuk dia balik? Aku sayang dia. Tapi aku takut kalau dia ulang kesilapan yang sama. Aku takut kalau dia tak mampu jadi isteri yang terbaik buat kedua kalinya. Aku tak nak dia tanggung dosa sebab tak jadi isteri yang baik. Ya Allah, Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik di sisi-Mu. Andai merujuknya itu yang terbaik, aku redha ya Allah."
YOU ARE READING
Takdir Dia
Любовные романыAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...