Bab 7 | Tertanya

2.5K 132 5
                                    

AISY membawa ibunya ke shopping mall. Puan Idayu bukan jenis yang suka keluar rumah, kalau boleh tiap-tiap hari nak terperuk saja dalam rumah. Tapi, kali ini Aisy paksa juga ibunya supaya meluangkan masa bersama-samanya. Dulu, Dahlia sajalah yang selalu mengajaknya keluar. Tapi, kini sudah genap sebulan Dahlia berumah tangga. Rindu, memang rindu. Mereka berdua hanya berhubung di dunia maya.

"Ibu, jom kita masuk butik tu..." Aisy menunjukkan butik pakaian ekslusif itu kepada ibunya. Nama butik itu Feeya's Hub. Tengok dari pakaian yang dijual, boleh tahu harganya mesti mahal.

"Ha, yelah." Puan Idayu ikutkan sahaja. Tangan kanannya erat dipegang oleh Aisy. Memang jaranglah Aisy tak pegang tangannya bila mereka keluar berdua.

"Welcome," ucap seorang pekerja yang berada di sebelah pintu masuk itu. Manis senyuman yang diukirkannya kepada Aisy dan Puan Idayu.

"Terima kasih..." Aisy dan Puan Idayu membalas senyuman yang dilemparkan oleh wanita itu.

"Jubah Lily dah habis stock dah kan?" Aisy menangkap satu suara yang pernah dikenalinya. Aisy melihat ke arah empunya suara itu. Fiya?

"Fiya, assalamualaikum." Aisy menegur saat dia menuju ke arah kaunter. Puan Idayu hanya mendiamkan diri, reaksi wajahnya kelihatan hairan sedikit.

Fiya memandang ke arah Aisy dan Puan Idayu. Dia senyum.

"Waalaikumsalam. Anyway, welcome to my boutique. Erm, you tahu ke ni butik I?"

"Oh, saya baru tahu. Sejak bila awak buka butik ni?" Aisy menanya. Baru dia tahu butik itu ialah butik Fiya.

Fiya mengingatkan kembali. Sebenarnya, tidaklah terlalu lama dia menceburi bidang perniagaan. Baru-baru sahaja.

"Erm, tahun lepas..."

"Oh..." Aisy mengangguk tanda faham.

"Fiya, ni ibu saya."

"Oh, hai aunty," tegur Fiya. Bukannya nak salam. Selalunya dia akan bersalaman dengan orang-orang berada sahaja. Memilih sungguh.

Puan Idayu hanya membalasnya dengan senyuman.

"Ibu, jom tengok baju-baju kat sini," kata Aisy kepada ibunya.

Fiya mengerutkan kening. "Tengok-tengok je? Alang-alang dah masuk, jangan tengok-tengok aje..."

Aisy senyum nipis bila ditegur begitu. Dia dengan Puan Idayu meronda di sekitar butik itu. Lama juga mereka di situ.

"Cantik jubah ni. Ni kalau Aisy pakai, mesti lawa macam permaisuri," ujar Puan Idayu seraya mengambil jubah itu dari tempat penyangkutnya.

"Mana ada, bu. Ibu pakai lagi cantik." Saling berbalas pujian mereka berdua.

"Kalau ibu pakai, mesti ayah cakap ibu macam bidadari Syurga!" Bukan main Aisy memuji ibunya.

"Ada-ada je kamu ni..." Puan Idayu menepuk lengan anaknya. Sambil itu, dia terketawa kecil. Geli hati dengan kata-kata Aisy.

"Berapa harga jubah ni eh? Aisy nak belikan untuk ibu..." Aisy melihat tanda harga yang ada pada tempat penyangkut jubah itu. RM359. Agak mahal bagi Aisy, tapi dia tetap nekad ingin membeli jubah itu untuk Puan Idayu.

"Mahal ni, Aisy... Tak payahlah." Walaupun Puan Idayu menolak, Aisy tetap teguh dengan tekadnya.

"Tak apa, bu. Aisy belanja ibu. Ala, sekali-sekala, bu," jawab Aisy dengan wajah ceria.

"Ibu nak yang ni je ke? Ke nak tambah lagi?"

Puan Idayu lekas menggeleng. "Dah, cukup dah tu. Aisy nak yang mana?"

Takdir DiaWhere stories live. Discover now