Bab 40 | Jawapan

2.1K 108 6
                                    

AISY perasan, Fiya memandangnya dengan wajah tak puas hati. Bila diberi senyuman, langsung tak dibalasnya. Aisy sendiri tak tahu apa salahnya terhadap gadis itu. Bila Aisy mendekat, gadis itu mengelak. Mungkinkah gadis itu cemburu bila tahu bahawa Farhan mahu memperisterikan Aisy?

Dato' Mikail yang baru tiba di tingkat tiga itu terus mencari kelibat Aisy. Dia dapat makluman daripada penjaga bilik CCTV bahawa Aisy dipaksa mengikuti seorang lelaki. Dimaklumkan juga bahawa lelaki itu mungkin ingin memperkosa Aisy.

"Aisy, kamu okey ke? Saya dapat makluman yang ada seorang lelaki paksa kamu masuk bilik dia."

Dato' Mikail menanya. Ketika itu, semua mata memandang ke arah Aisy. Fakhri dan Fiya menayangkan muka terkejut. Tak sangka, Aisy yang bertutup litup pun boleh diperlakukan sebegitu.

"Ya.. tapi tak apa, saya okey." Aisy cuba senyum, walaupun hatinya pedih bila mengingatkan peristiwa tadi.

"Sure?" Dato' Mikail inginkan kepastian. Dia betul-betul risau, apatah lagi bila melihat wajah Aisy yang redup.

Aisy menganggukkan kepala.

"Alhamdulillah. Mama bersyukur sangat, sebab Aisy tak apa-apa. Risau mama, kalau jadi apa-apa dekat Aisy." Datin Fatiha memeluk bahu Aisy sambil mengusapnya lembut.

Aisy memberikan senyuman saja. Tak tahu nak kata apa. Tapi, dia selesa dengan kasih sayang Datin Fatiha terhadapnya. Seolah-olah wanita itu menganggap Aisy seperti anak kandung sendiri.

"Jangan risau. Papa dah suruh staff call polis, bawa lelaki tu ke balai," kata Dato' Mikail. Dia membahasakan dirinya sebagai 'papa' pula.

"Siapa lelaki tu? Dia buat apa kat awak, Aisy?" Fakhri mendekati Aisy, menanyakan soal itu. Dia nampak risau.

Fiya mengerutkan dahi. Dah kenapa Fakhri runsing sampai begitu sekali?

Farhan memandang Fakhri. Nampak sangat Fakhri masih ada perasaan terhadap Aisy. Farhan bukan ada perasaan pada Aisy, tapi dia nak Fakhri, Fiya, mama dan papanya tahu yang dia ada perasaan pada Aisy.

"Tak payah risau sangat. Laki tak guna tu tak sempat buat apa-apa pun kat Aisy." Farhan laju menjawab. Pandai betul dia berlakon, sepertinya cemburu bila Fakhri mengambil berat terhadap Aisy.

"Peliklah. Macam mana lelaki tu boleh terliur dengan Aisy? Yalah, Aisy ni kan tutup aurat sempurna, baju besar, tudung labuh. Entah macam manalah lelaki tu boleh terlintas nak buat benda tak senonoh kat Aisy." Fiya memberi pendapatnya.

Aisy tak tahu nak respon apa. Dia lebih cenderung mendiamkan diri.

"Ada sesetengah lelaki, walaupun dia nampak perempuan tu tutup aurat sempurna, dia tetap nak jadikan perempuan tu as bahan pemuas nafsu. Tapi, tak semua lelaki macam tu. Sebab tu kita sebagai perempuan, kena jaga aurat, jaga maruah diri. Itu salah satu usaha kita untuk elakkan diri daripada dikhianati kaum lelaki," hujah Datin Fatiha.

Fiya terdiam sejenak, hatinya seperti tersentap dengan kata-kata bakal ibu mentuanya. Datin Fatiha memang hebat memberi hujah tentang agama.

Aisy mengangguk, setuju dengan setiap patah kata yang keluar dari mulut Datin Fatiha.

"Aisy!" Dahlia menyapa dengan wajah yang risau. Kelihatan matanya berair, seperti baru lepas menangis.

"Lia?" Aisy mendakap tubuh sahabatnya. Salah satu kekuatannya. Dahlia pasti sudah sedia maklum tentang apa yang terjadi pada dirinya.

"Aisy, kau tak apa-apa kan? Ya Allah. Aku risau tau tak?" Dahlia melonggarkan pelukan lantas memegang wajah sahabatnya.

"Alhamdulillah, aku tak apa-apa. Jangan risau. Aku okey." Aisy senyum. Hebat sungguh gadis yang bernama Aisy Wardina ini. Masih mampu melontarkan senyuman kala diuji sebegini.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now