Bab 70 | Agenda

3.6K 116 8
                                    

LAMA bersendirian di situ, barulah Aisy memeriksa mesej yang masuk di telefon pintarnya. Dia memang tak ada 'mood' dah nak main telefon. Banyak songeh dah telefon lamanya itu. Almaklumlah, sudah bertahun-tahun telefon berjenama Samsung itu berkhidmat padanya.

"Sayang, lambat lagi ke? Baru nak breakfast sama-sama dalam office." - Izz Farhan

"Aisy on the way. Maaf buat abang tunggu." - Aisy Wardina

Farhan tak membalas mesej itu. Dia hanya meninggalkan 'blue tick' sahaja dan terus menyambung kerjanya.

Aisy bangun dari situ lalu berjalan masuk ke bangunan syarikat IT milik suaminya. Bila dia masuk, dia menyapa mata dengan ramai staf di dalam. Tapi, tak semua staf itu memandang ke arahnya. Ada yang terlalu sibuk dengan kerja, sehinggakan tidak terfokus ke arahnya.

Masuk saja ke dalam tempat kerja Farhan ini, baru Aisy tahu betapa ramainya pekerja lelaki. Mungkin Farhan lebih selesa dengan lelaki, sebab itu staf dia tak ramai perempuan.

"Eh- ini Puan Aisy kan? Isteri boss?" Izlan, salah satu staf tetap di situ, menegur Aisy dengan sopan. Dia lindung perasaan hairannya bila nampak sisa air mata di pipi Aisy. Mata wanita itu pun nampak berair.

"Ha'ah, ya." Aisy angguk.

"Puan menangis ke?" Sejurus Izlan tanya begitu, mata Aisy membulat. Baru dia sedar sejak tadi lagi dia lupa nak sapu sisa air matanya. Cepat-cepat dia seka.

"Puan nak ke bilik boss?"

Aisy angguk saja. "Bilik dia kat mana ye?"

"Tingkat atas sekali. Puan naik lif, lepas tu nanti Puan akan nampak bilik Encik Farhan kat depan." Izlan menerangkan dengan lebih terperinci. Tapi tak adalah terperinci sangat. Cukup sekadar Aisy faham saja.

"Okey. Terima kasih."

"Sama-sama, Puan."

Aisy susun langkahnya ke lif. Sampai saja di tingkat teratas, Aisy hanya halakan langkah ke depan saja. Nama bos besar sudah terpapar di depan pintu itu. Encik Izz Farhan bin Mikail.

Dia ketuk pintu bilik itu.

"Masuk je," kata Farhan bersahaja.

Aisy masuk ke dalam. Dia mengambil tempat duduk di atas sofa empuk berona hitam itu. Bilik ni dah macam Mafia dah. Semua warna hitam.

"Abang dah makan ke?"

"Tak, tunggu awak. Nak makan sekali. Kenapa lama sangat jumpa Lia?" Farhan kerling jam tangannya sambil berjalan ke arah Aisy. Dah dekat pukul sebelas dah. Lebih kurang dua jam juga Aisy jumpa Dahlia tadi.

"Abang, Lia..."

"Lia lupa ingatan."

Farhan kerutkan dahi, tanda terkejut.

"Lupa ingatan? Amnesia?"

Aisy jatuhkan kepala. Manik jernih jatuh ke pipi buat kesekian kalinya. Tak tahulah kenapa air matanya asyik rasa nak jatuh saja selepas dapat tahu Dahlia lupa ingatan. Dia betul-betul sedih.

"Dia tak ingat Aisy... Aisy sedih, abang."

"Allah. Macam mana boleh jadi macam tu?"

"Tadi, Haiqal pun ada. Dia ceritalah kat Aisy macam mana Lia boleh lupa ingatan. Dua hari lepas, diorang piknik kat air terjun, Lia jatuh lepas tu kepala dia terhentak kat batu. Baby dalam perut Lia pun... dah gugur." Kalau tadi Aisy tak teresak-esak, kali ini dia biarkan esakannya menggemakan seluruh ruang.

Farhan bawa Aisy ke dalam pelukan. Tersentuh batin lelakinya bila melihat Aisy menangis seteruk itu.

Aisy hanya mampu menangis, tak terkeluar bicaranya saat ini.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now