"ABANG, kita nak pergi mana ni?" Aisy menanyakan soalan itu sebaik sahaja dia masuk ke dalam Audi R5 milik suaminya. Dia pakai ringkas saja malam ini. Cukup mengenakan tudung bawal, blaus labuh dan skirt pleated. Tak lupa juga, handsock dan stokin.
Farhan pula pakai T-shirt lengan panjang dan jeans. Tabiat lelaki ini kalau pakai baju lengan panjang, dia pasti menyinsing lengan bajunya hingga ke siku.
"Nak gi Syurga." Farhan sekadar bergurau, nak tengok reaksi isterinya. Dia pandang isterinya sekilas.
"Betul-betul lah..."
"Kita nak sampai dah." Farhan langsung tak bagi jawapan kepada soalan Aisy. Akhirnya, Aisy dah malas nak ulang soalan yang sama. Tapi matanya tetap jua merenung suaminya.
"Sejak tadi lagi orang tu tengok abang. Abang tahulah abang hensem."
"Perasannyaaaa." Aisy pantang betul bila Farhan berkata begitu. Tahulah dia hensem, tak payahlah mendabik dada!
"Dah tu? Tak hensem?"
Aisy tak jawab soalan itu. Dia pandang ke depan. Farhan rasa tak puas hati bila isterinya tak jawab pertanyaannya itu.
"Jawablah. Hensem ke tak?"
Mengada pula Farhan ni. Aisy terus pandang suaminya. Kecil besar kecil besar je dia tengok Farhan.
"Tak."
"Fine. Tak hensem." Farhan angguk-angguk, menerima apa adanya respon Aisy. Dia tahu Aisy cuma bergurau. Gila ke kata dia tak hensem?
"Gurau je lah abang." Aisy tak sedap hati pula bila suara Farhan kedengaran serius saja. Lah, dia bergurau je pun!
Farhan diam, serius wajahnya. Pandai betul dia berlakon. Aisy jadi tertanya, kenapa emosi sangat suaminya malam ni?
"Hmm, abang marah ke? Aisy gurau je. Aisy minta maaf."
Masih tiada respon dari Farhan. Padahal lelaki itu habis-habisan menahan senyum. Namun, dia tetap zahirkan wajah tegangnya. Saja nak mengenakan Aisy.
"Abanggg." Aisy capai tangan kasar Farhan, namun lelaki itu terus jauhkan tangannya.
Aisy mencebik. Pandangannya dihalakan ke hadapan. Lama-kelamaan, dia rasa suasana semakin kabur. Air matanya tengah bertakung sekarang ini. Aisy merintih dalam hati, kenapalah dia cengeng sangat?
Lama betul Farhan berdiam diri sehinggalah dia terdetik nak pandang isterinya. Dia tak boleh tahan ketawa bila dia tengok mata Aisy dah berair. Ketika itu, mereka sudah tiba di Pavillion, antara pusat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur.
Kedengaran tawa Farhan meletus tiba-tiba. Aisy terus tersentak.
"Abang berlakon je lah. Hahahaha."
"Abang ni hmm. Ingatkan abang marah tadi." Aisy sapu air matanya. Mati-mati dia ingat Farhan marahkan dia.
Farhan menempatkan kereta ke dalam kotak parkir yang tersedia di kawasan basement itu. Aisy jadi berdebar pula bila melihat kawasan ini. Dia terus teringat peristiwa tempoh hari, di mana Rizal menculiknya di tempat sebegini. Sejenak, dia teringat kembali apa yang lelaki kejam itu lakukan padanya.
"Hai, Aisy Wardina."
"Kau ingat aku? Lelaki yang nak rosakkan kau hari tu."
"Hei, kau nak gi mana!"
"Aku rasa aku dah nampak kau."
"Kau nak call siapa?"
"Abang! Tolong Aisy!"
"Jangan sentuh aku!"
Dialog-dialog itu masih segar dalam ingatan Aisy. Tambah pula bila tengok kawasan seperti ini. Sungguh dia tak kuat untuk menegah dirinya daripada terus mengingatkan hal ini. Tanpa sedar, air matanya jatuh.
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...