KALI ini, Aisy nekad mahu pulang ke rumah ibu dan ayahnya. Dia tak mahu tinggal bersama suaminya. Dia tak mahu hatinya terus tersiksa menahan rasa. Mungkin dengan buat keputusan untuk pulang, hatinya aman sedikit. Taklah dia kena tengok wajah Farhan selalu.
Sesudah Farhan keluar dari bilik air, Aisy duduk di atas katil. Apa-apapun kena minta izin suami dulu. Selagi Farhan masih bergelar suaminya, selagi itu dia perlu mendapatkan keizinan lelaki itu sebelum pergi ke mana-mana.
"Abang, Aisy nak balik rumah ibu ngan ayah hari ni. Abang izinkan?" Aisy sedikit gentar.
"Awak nak balik sorang je?"
Aisy mengangguk. Kepalanya ditundukkan.
"Lagipun rumah ibu ayah tak jauh dari sini. Aisy pergi sorang pun tak apa."
"Sure?" Farhan macam tak ada masalah kalau Aisy nak pulang ke rumah Puan Idayu dan Encik Rahman.
Aisy mengangguk. "Aisy kemas baju dulu."
"Awak nak tinggal sana berapa malam?"
"Tak pasti. Tengoklah macam mana..." Aisy tak tahu nak kata apa, yang penting dia nak tinggal di sana dengan lebih lama.
"Bunyi macam lama je. Jangan pergi lama sangat," pesan Farhan, tak membenarkan Aisy berlama-lama di rumah itu.
"Kalau Aisy pergi lama pun kenapa?" Aisy mempersoalkan tentang itu. Riaknya biasa saja, tak begitu serius.
"Tak ada apa. Kutlah ada orang rindu kalau awak pergi lama sangat."
"Taklah, tak ada siapa nak rindu," rajuk suaranya. Aisy mengeluarkan bagasinya lalu mengeluarkan beberapa pakaian dari almari.
'Hai, dia ni macam nak pergi lama je? Mesti dia merajuk ngan aku.' Farhan garu kepala. Tak tahulah macam mana dia nak pujuk Aisy dalam hal ini. Kalau dia pujuk Aisy pun, tak lama lagi dia nak berpisah dengan wanita itu. Baginya, lebih baik dia berdiam dan biarkan Aisy sendirian.
"Erm, hari ni awak tak kerja?"
Aisy geleng.
"Pakaikan saya tie jap." Farhan sengaja nak menyuruh isterinya pakaian tali leher.
Aisy hanya menurut. Kalau bukan Farhan tu suami dia, jangan harap dia nak ikut kata Farhan. Dia pun dah tawar hati dengan lelaki itu.
"Kecil betul awak ni." Farhan membongkok sewaktu Aisy memakaikannya tali leher. Almaklumlah, ketinggian Aisy cuma di paras bahunya saja.
Aisy membisukan diri saja. Dia memakaikan tali leher itu tanpa sedikitpun memandang wajah Farhan.
"Awak tak pandang pun muka saya. Mesti awak dah tak suka saya kan?" Farhan meluahkan tanggapannya. Dia sedihlah juga bila Aisy langsung tak mahu pandang mukanya. Tapi semuanya memang salah dia. Dia yang buat Aisy ingin menjah daripadanya.
"Pukul 9 dah ni. Nanti abang lambat pergi kerja." Aisy yang sudah selesai memakaikan tali leher kepada suaminya, terus menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Saya kan bos. Lambat pun tak apa. Ni awak nak pergi rumah ibu ayah naik apa?"
"Nanti Aisy tempah grab."
"Tak payah. Saya hantar."
"Tak apa. Aisy boleh naik grab..."
"Aisy, dengar cakap saya. Biar saya hantar. Bersiap cepat," suruh Farhan.
"Okey," jawab Aisy perlahan. Dia mula bersiap-siap setelah Farhan meninggalkan bilik itu.
Keluar dari bilik, dia bertembung mata dengan Fiya. Kalau boleh, dia tak nak pun terserempak dengan birasnya itu. Hatinya sakit bila melihat Fiya.
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...