PAGI itu, Aisy dan Dahlia menghantar kek yang dipesan oleh Farhan. Aisy kalau boleh sentiasa nak berteman, walau ke mana jua dia pergi. Masa-masa ini, Dahlia lah yang boleh diharapkan untuk menemaninya.
"Aisy, aku rasa, Farhan tu memang suka dekat kaulah."
Dahlia mula melontarkan tanggapan, memecahkan hening suasana di dalam kereta. Radio pun tak dipasang. Memang sunyi sepilah kalau dia tak bercakap.
"Jangan nak merepek boleh tak, Lia? Tak mungkinlah dia suka kat aku."
Lama-kelamaan, Aisy jadi serabut pula bila Dahlia tak habis-habis cakap tentang Farhan. Sudahlah fikirannya pun masih berserabai memikirkan tentang lelaki itu.
"Kalau dia betul-betul suka dekat kau macam mana? And kalau dia nak kahwin dengan kau macam mana?" Jauh betul pemikiran Dahlia. Tapi baginya, tak ada perkara yang mustahil dalam dunia ini.
"Ya Allah, kau ni Lia. Sampai ke situ pula dah."
Aisy mengeluh perlahan. Dia bungkam seketika.
Kalau benarlah Farhan sukakannya, apa yang dia harus lakukan? Dia tak ada hati pun dengan Farhan. Biarpun lelaki itu sememangnya rupawan, dia tak tengok dari segi itu.
Hatinya mudah jatuh kepada lelaki yang jaga ikhtilat, hormat kaum wanita dan yang baik akhlaknya. Itulah sebabnya dia pernah sukakan Fakhri. Lelaki itu baik dan menjaga batas-batas pergaulan. Tapi, hasratnya untuk berkahwin dengan Fakhri telah hancur dan dia sudahpun menyingkirkan Fakhri jauh dari hatinya.
"Tapi tak mustahil tau dia sukakan kau. Hati manusia kan berbolak-balik," ujar Fiya. Dia tak mahu Aisy meremehkan saja perkara ini.
"Kalau betullah dia sukakan aku, apa yang aku perlu buat, Lia? Aku tak ada hati ngan dia." Aisy meminta pendapat sahabatnya.
"Seriuslah kau tak ada hati dengan dia? Hensem apa dia tu! Dia tu kalau petik jari, habis beratur perempuan nakkan dia." Dahlia berjenaka.
"Aku tak kisah dia hensem ke tinggi ke apa ke. Dah aku tak ada hati dengan dia, nak buat macam mana? Cinta mana boleh dipaksa, betul tak?" Aisy berhenti di depan pagar rumah agam milik Datin Fatiha dan keluarganya.
"Hmm, yalah." Dahlia mengiyakan saja.
"Kau jelah turun, aku duduk dalam ni je."
"Aku je turun? Ala, temanlah aku Lia." Aisy menarik lengan sahabatnya.
"Ha, tu, mamat macho tu dah datang. Dia senyum dekat kau tu." Dahlia menyiku lengan Aisy.
Aisy automatik pandang ke depan. Kelihatan Farhan yang segak berbaju kemeja hitam dan jean biru datang ke arahnya. Alamak, dia dah dekat! Aisy rasa nak pitam angkara terlalu kekok.
Farhan membongkokkan badannya seraya mengetuk cermin kereta di sebelah Aisy. Aisy terus memandang ke hadapan, tak mahu memandang wajah lelaki itu. Makin semput jawabnya nanti.
"Dia nak cakap apa tu? Bukalah cermin," suruh Dahlia.
Aisy membuka cermin keretanya sambil matanya menghala ke depan. Langsung tak pandang wajah Farhan. Bukan apa, dia kekok!
"Aisy, err my mum suruh awak masuk dalam. Dia nak jumpa," kata Farhan tanpa rasa janggal langsung. Bila dia tengok wajah Aisy, dia perasan gadis itu cantik walaupun wajahnya hanya dihias dengan solekan tipis.
"Err, Lia..." Aisy menghadap wajah sahabatnya. Farhan masih menunggunya di sebelah.
"Kau masuklah Aisy. Aku.. aku nak pergi kedai. Aku pakai kereta kau tau. Nanti bila kau nak balik, aku ambil kau." Dahlia bersuara, sengaja dia tak nak ikut Aisy masuk dalam. Dia tak nak menjadi penyibuk.
YOU ARE READING
Takdir Dia
عاطفيةAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...