Bab 51 | Rampas

3.3K 136 7
                                    

PEJAM celik pejam celik, sudah sebulan lebih usia pernikahan Aisy dan Farhan. Aisy tiap-tiap hari berusaha untuk lenyapkan rasa sayangnya pada Farhan. Dan sekarang, dia dapat rasa rasa cintanya pada Farhan tak seperti dulu. Rasa itu semakin lenyap dari hatinya. Hubungan mereka pula semakin hari semakin jauh.

"Aisy!" Dahlia menyergah sahabatnya yang sedang hanyut dalam fantasi. Ketika itu, mereka sedang makan tengah hari di restoran.

"Ya? Ada apa?" Aisy terkejut bila disergah sebegitu. Mujur dia tak melatah.

"Jauh betul termenung. Ada problem ke?" Dahlia kalau boleh tak nak menyibuk tentang urusan rumah tangga Aisy. Tapi bila tengok sahabatnya itu asyik termenung memikirkan sesuatu, dia terdetik untuk menegur.

"Tak ada apa." Aisy berselindung. Dia tak mahu Dahlia tahu apa-apa soal rumah tangganya. Lagipun, tak ada benda yang menarik untuk dikongsi.

"Hmm, ya ke tak ada apa-apa? It's okay. Aku tak kesah kau tak nak share problem rumah tangga kau kat aku. Tapi kalau problem yang tak melibatkan rumah tangga kau, kau wajib share tau tau tau. Dilarang berahsia."  Awal-awal lagi Dahlia bagi amaran.

"Ya, okey," jawab Aisy, pendek dan ringkas. Dia menyambung suapan nasi gorengnya.

Kadangkala, Aisy rasa macam Dahlia mampu menghidu perkara yang terpendam di benaknya. Yalah, tiba-tiba sahaja Dahlia menyebut tentang hal rumah tangga.

"Lia, hari ni aku nampak kau happy semacam. Ni mesti ada apa-apa kan?" Aisy tukar topik. Tapi dia tak nafikan, sahabatnya nampak ceria semacam hari itu.

Makin lebar sengihan Dahlia.

"Hmm, kau pregnant?" Aisy cuba meneka.

"Tak." Laju Dahlia menafikan tekaan itu.

"Dah tu?"

"Tadi, Haiqal cakap dekat aku yang dia dah book ticket ke Maldives minggu depan. Kitaorang nak pergi bercuti dekat sana. Tu yang aku excited tu." Dahlia sengih sampai ke telinga.

"Oh, ya ke? Bestnya." Aisy teruja. Dalam hati, dia meronta-ronta inginkan suami yang menyayangi dirinya, serta ingin meluangkan masa dengannya.

"Tu lah. Tak sabar pula aku." Dahlia menghirup jus orennya.

"Kau dengan Han belum pergi honeymoon kan?"

Aisy gelengkan kepala.

"Oh, Han busy kerja eh?"

"Ha'ah."

Aisy mengangguk pula. Dia malas nak respon panjang lebar tentang Farhan. Seketika dia jeda, telefon pintarnya berbunyi menandakan ada notifikasi baru yang masuk. Rupanya, Farhan mengirimkannya mesej di WhatsApp.

'Assalamualaikum.' - Izz Farhan

Aisy menarikan jarinya di atas papan kekunci telefon. Wajahnya bersahaja, tiada mendung tiada teruja.

'Waalaikumussalam.' - Aisy Wardina

'Saya balik lewat sikit malam ni. Mama cakap malam ni ada family meeting. So saya tak dapat join.' - Izz Farhan

Aisy hairan. Family meeting?

'Oh, ya ke?'- Izz Farhan

'Yup. It's okay. Kalau saya tak balik lagi, awak join je dorang. Ada perkara pentinglah tu mama nak cakap.' - Izz Farhan

'Oh, okey.' - Aisy Wardina

Setelah itu, Aisy meletakkan telefon semula. Perkara penting apa agaknya yang ingin ibu mentuanya sampaikan malam ini? Bunyinya macam serius saja.

Dahlia yang baru siap mengisi perut, rasa loya tiba-tiba. Dia menekup mulutnya. Isi perutnya terasa macam nak keluar.

"Kenapa ni Lia? Okey ke ni?" Aisy pula yang runsing.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now