Bab 20 | Kerisauan

2.4K 123 6
                                    

FIYA masuk ke dalam rumah dengan pipi yang masih basah lencun dengan air mata. Dia menghenyakkan punggungnya ke atas sofa dengan kuat. Sakit hatinya dengan apa yang terjadi. Padahal, semua itu silapnya kerana tak mempercayai Aisy dan Farhan. Sedangkan apa yang keluar dari mulut Aisy dan Farhan itu benar belaka; tiada penipuan.

"Fiya, kenapa dengan kamu ni?" Puan Zalina muncul dari arah dapur. Terkejut dia melihat Fiya mengalirkan air mata.

"Mummy!" Fiya terus memeluk Puan Zalina setelah wanita itu duduk di sebelahnya. Fiya menangis teresak-esak.

"Ya Allah budak ni... apa dah jadi ni? Kenapa Fiya nangis? Cuba cakap dengan mummy!" Puan Zalina merungkaikan pelukan itu. Dipegangnya pipi anaknya yang basah lencun.

"Mummy, Farhan curang dengan Fiya!" Fiya mencebikkan bibirnya. Langsung tak ada riak ceria di wajahnya.

"Ya Allah, biar betul? Farhan curang dengan kamu!" Puan Zalina meninggikan oktaf suaranya. Dia betul-betul terkejut dengan apa yang dikatakan oleh anak sulungnya itu.

"Fiya tak sangka dia akan buat Fiya macam ni, mummy." Fiya mengesat air matanya.

"Betul ke ni dia curang dengan kamu? Kamu nampak?" Puan Zalina sepertinya tidak percaya saja bahawa Farhan sanggup mencurangi Fiya. Selama ini, dia tahu betapa besarnya cinta Farhan pada Fiya.

Fiya menganggukkan kepalanya.

"Fiya akan putuskan pertunangan ni. Fiya benci dia, mummy! Fiya benci!" Fiya menggenggam buku limanya. Kalau boleh nak saja dia tumbuk muka Farhan. Bukan Farhan saja, tapi juga Aisy.

"Mummy tak sangka dia akan curang dengan Fiya. Ya Allah, kenapa dia buat anak mummy macam ni!" Puan Zalina betul-betul geram dengan Farhan. Wajahnya bengis. Amarahnya membara.

"Kau takkan bahagia Farhan! Setelah apa yang kau buat pada aku! Kau takkan bahagia!" Fiya menumbuk meja yang berada di hadapannya itu. Merah habis tangannya. Tapi, dia tak peduli. Asalkan dia dapat melepaskan kegeramannya, cukuplah.

"Fiya, sabar...." Puan Zalina menggosok belakang badan anak sulungnya itu.

"Habis tu, kiranya kamu tak jadi kahwin dengan Farhan?" Puan Zalina bertanya. Dia betul-betul kecewa jika Fiya tak jadi bernikah dengan Farhan.

"Yes! Fiya tak nak kahwin dengan dia!" Fiya nekad. Dia tidak mahu menjadi isteri kepada Farhan.

"Fiya, diorang tu kaya-raya, berharta, apa je yang diorang tak ada. Semua ada. Takkanlah kamu tak nak kita jadi sebahagian dari keluarga diorang? Huh?" Puan Zalina sememangnya gilakan harta. Kalau boleh dia mahu semua anaknya kahwin dengan orang kaya.

Fiya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Fiya tak nak kahwin dengan Farhan. Full stop." Fiya bangun dari duduknya lalu menyusun langkah ke bilik tidurnya di tingkat atas.

"Rugilah kalau Fiya tak jadi kahwin dengan Farhan... Keluarga diorang tu kaya-raya. Kalau Fiya kahwin dengan Farhan, bolehlah aku tumpang senang sekali," monolog Puan Zalina. Dia cuba memikirkan cara untuk menyatukan hubungan Fiya dan Farhan kembali. Dia tak kisah. Asalkan dia dapat menjadi besan kepada Datin Fatiha dan Dato' Mikail, itu sudah memadai.

.
.
.

"Aisy ada sakit kat mana-mana?" Datin Fatiha menegur Aisy ketika menyedari gadis itu asyik berdiam sejak tadi. Dia tahu, Aisy pasti memikirkan tentang peristiwa tadi. Sewaktu makan tadi pun dia nampak tak berselera.

"Tak ada." Aisy menggeleng-gelengkan kepalanya. Mujur sakit di kakinya cepat reda. Kalau tidak, agak sukarlah untuk dia berjalan.

Fakhri juga ada di ruang tamu. Dia asyik melihat Aisy. Dia tahu, betapa resahnya perasaan gadis itu. Walaupun bukan silapnya, Aisy tetap rasa bersalah. Bila dilihat wajah Aisy, satu perasaan menerjah kalbunya kini. Cinta? Dia tak pasti. Sukar untuk Fakhri menafsirkan perasaannya saat ini.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now