Bab 41 | Pening

2K 107 6
                                    

AISY perasan, dari tadi lagi sahabatnya asyik tersengih lebar. Gembira sungguh Dahlia, bila dapat tahu bahawa Aisy akan menjadi isteri Farhan tak lama lagi. Tiap-tiap hari dia sengih, kalau boleh setiap saat dia nak tayang sengihan dia tu. Aisy pula yang berdebar bila tengok senyuman Dahlia. Mana taknya, dia tahu yang dia dan Farhan akan bernikah tak lama lagi.

"Sahabat kesayangan aku dah nak kahwin! Alhamdulillah, akhirnya bertemu jodoh jugak sahabat aku ni. Eee tak sabarnya!" Dahlia bersuara sambil tangannya sibuk mengelap mangkuk adunan kek yang dicucinya tadi.

"Ya Allah, dia excited. Kita nervous." Aisy menyuarakan perasaannya. Semakin meningkat hari semakin bercambah debar di dadanya. Yalah, hari perkahwinannya pun tinggal dua minggu saja dari sekarang.

Majlis perkahwinan dia dan Farhan akan diakan selang tiga hari selepas majlis perkahwinan Fakhri dan Fiya. Keluarga Fiya tak bersetuju untuk adakan dua perkahwinan pada hari yang ditetapkan. Apakan daya, Datin Fatiha dan Dato' Mikail akur sajalah.

"Jap aku kira." Dahlia menghitung tempoh hari perkahwinan Aisy dan Farhan dengan jari-jemarinya.

"Uish, lagi dua minggu je dari sekarang. Nak dekat dah!"

"Ya Allah, dah nak dekat dah. Macam tak percaya je aku dah nak kahwin," kata Aisy. Dia rasa semuanya bagaikan mimpi saja.

"Lagi dua minggu kau nak jadi bini orang. Dah ready ke?" Dahlia saja nak buat Aisy makin berdebar.

Aisy hanya diamkan diri. Kedengaran keluhan kecil terbit dari bibirnya.

"Doakan aku tau, Lia."

"Of course lah aku doakan kau. Kau kan sahabat aku. Ha ni, nanti kahwin siapa jadi pengapit kau?" Dahlia baru teringat untuk menanya tentang pengapit Aisy nanti.

"Sepupu aku, Ayu."

"Oh..." Dahlia angguk berkali-kali.

"Eh, jomlah lunch. Dah pukul satu dah ni. Lepas makan, macam biasalah, solat zohor berjemaah," ujar Aisy.

"Ala, aku tak boleh. Allah bagi cuti."

"Tak apalah kalau macam tu, aku solat sorang-sorang. Jom kita makan dulu?"

"Jom!" Semangat betul Dahlia nak menjamu selera. Mana taknya, dari pagi lagi mereka gigih bekerja. Perut pun sudah buat bunyi.

"Nak makan apa Aisy, Lia?" Diyana menanya sewaktu Aisy dan Dahlia sampai di kaunter restoran.

"Saya nak mi goreng hailam dengan sirap laici," pesan Dahlia.

"Aisy?" Diyana menanya Aisy pula.

"Bagi saya... nasi ayam dengan teh ais ya kak."

"Alright." Diyana menulis setiap apa yang dipesan dalam buku nota kecil yang dipegangnya.

Untung jadi pekerja Rennaisance Hotel milik Dato' Mikail. Tak payah bayar kalau nak makan dekat restoran. Yang penting, kena berdisiplin dan rajin buat kerja. Makan minum pekerja semua ditanggung.

Dahlia berpaling ke belakang, cari di mana tempat yang bakal mereka duduk untuk menjamu selera. Aisy pun sama.

"Kita duduk sini." Dahlia memilih meja yang dekat dengan tingkap restoran. Dapatlah mereka makan sambil memandang suasana luar.

"Okey."

Sesudah Dahlia duduk, dia pandang depan. Dia melihat figura Farhan bersama kawannya masuk ke dalam restoran.

"Eh, bakal suami kau datang Aisy."

"Ha? Bakal suami?" Aisy terkejut dengan ayat Dahlia.

"Ha'ah. Tu, Farhan."

Takdir DiaWhere stories live. Discover now