Bab 43 | Sakit

4.3K 159 6
                                        

Tak khusyuk terus Aisy solat lepas dengar suara Farhan tadi. Selepas doa, dia memakai tudung bawal labuhnya, sarung tangan dan sarung kaki, kemudian barulah dia turun ke bawah. Tutup aurat sempurna, insya-Allah Syurga ganjarannya.

Tak sangka pula masa dia masuk lif, Fakhri berjalan laju ke arah lif. Nak turun sekali dengannya.

"Sorry. Saya nak turun pakai tangga, tapi penat."

"Oh..."

Aisy jawab tanpa sedikitpun matanya terarah pada Fakhri. Tak berani dia. Tapi, bagus betul Fakhri, menjarakkan kedudukannya dengan Aisy. Dia berdiri jauh daripada Aisy dalam lif itu.

Aisy sudah berselawat dan berzikir dalam hati. Dia sememangnya gerun dengan ajnabi. Selepas lif terbuka, dia beri Fakhri keluar dulu. Kemudian, baru dia.

Farhan tak puas hati bila nampak Fakhri dan Aisy turun lif berdua. Kalau diikutkan, nak saja dia marah Fakhri sekarang. Aisy pun sama. Tapi, dia buat profesional saja depan ahli keluarganya yang lain.

"Ha, turun dah Aisy. So korang nak makan dulu ke, nak buka hadiah dulu?" Datin Fatiha menanya.

Malam itu, dia suruh Mak Cik Zati masak sedap-sedap untuk makan malam. Banyak juga lauk yang wanita itu masak. Aroma masakannya pun sudah membangkitkan selera.

"Aisy okey aje. Kalau nak makan malam dulu pun boleh," kata Aisy.

"Ha'ah kan, sayang? Kita dinner dululah," celah Farhan pula. Sengaja bersayang-sayang dengan Aisy depan keluarga dia.

Pelik Aisy dibuatnya. Sayang? Bila mereka berdua, tak ada pun Farhan nak bersayang-sayang bagai dengan dia? Kenapa di depan ahli keluarga yang lain, berbeza pula bahasanya? Macam ada sesuatu yang tak kena saja.

Aisy senyum kelat.

"Sayang, suapkan abang boleh?" Bukan main lagi Farhan meminta isterinya suap ketika makan malam.

Datin Fatiha dan Dato' Mikail tersengih. Tak sangka anak lelaki mereka manja sebegitu dengan Aisy.

Aisy yang duduk di sebelah Farhan lantas terkaku dengan permintaan itu. Dia kekok.

"Pleasee." Farhan merengek. Dia memeluk erat pinggang Aisy membuatkan bulu roma Aisy terpacak.

"Erm.. okey." Aisy patuh saja.

Farhan mengheret kerusi Aisy merapatinya, supaya senang Aisy nak menyuapnya. Terkejut Aisy bila kerusinya diheret sekali dengan dia.

Kala ini, dia teringat pesan ibunya yang menyuruhnya untuk mendengar kata Farhan sepenuh masa. Selagi tidak bercanggah dengan hukum, dia turutkan sajalah.

Aisy menyuap nasi ke mulut Farhan. Bukan main besar Farhan nganga mulut. Gayanya macam tak sabar nak disuap. Tapi hakikatnya, bukan tak sabar nak disuap, tapi sengaja nak sakitkan hati Fiya.

Geram betul Fiya melihat aksi romantik Farhan dan Aisy. Kalau boleh nak saja dia hentak meja makan sekuat hatinya. Geram!

'Minta suap bagai. Macam tak ada tangan nak suap sendiri!' Fiya mengata Farhan dalam hati. Kalau dikeluarkannya kata-kata itu, mahu berdesing telinganya dengan bebelan Datin Fatiha nanti. Terpaksa dia tahan dalam hati saja kata-kata itu.

"Amboi, manja betul anak sulung mama ni," kata Datin Fatiha.

"Manja dengan bini, tak salah kan ma?" Farhan senyum.

"Ya, tak salah. Baguslah manja dengan bini. Jangan asyik nak gaduh aje. Jadi suami isteri ni, kena ada persefahaman. Tak bolehlah hari-hari gaduh, hari-hari masam muka," kata Datin Fatiha.

Walaupun dia tak berniat untuk menujukan kata-kata itu kepada sesiapa, Fiya tetap terasa. Boleh dikatakan hari-hari juga dia gaduh dengan Fakhri. Semuanya sebab dirinya yang suka cari gaduh.

Takdir DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang