Bab 14 | Pasrah

2.4K 132 2
                                    

Usai menjamu selera, Aisy meminta izin daripada Datin Fatiha untuk ke ruang dapur. Katanya mahu cuci tangan. Biasalah, dia makan nasi menggunakan tangan. Baguslah, itu sunnah Rasulullah S.A.W..

"Mama nak ke bilik air kejap ya." Datin Fatiha terus menuju ke bilik air yang tak jauh dari sana.

Aisy tidaklah terlalu cuak bila ditinggalkan seketika oleh Datin Fatiha. Dia sebenarnya agak kekok dengan Farhan. Tiba-tiba dia teringat pula kejadian dua bulan yang lepas. Selamba saja Farhan menuduh dia yang bersalah? Haih, sakit pula hatinya bila teringatkan tentang itu.

"Kesian orang tu, bertepuk sebelah tangan." Sengaja betul Farhan nak menyakitkan hati Aisy. Dia buat muka selamba saja.

Aisy tergamam dengan kata-kata yang keluar dari mulut Farhan. Dari situ, dia sudah dapat tahu bahawa Fakhri memang tak setuju untuk berkahwin dengannya. Fakhri tak mencintainya. Terlukakah dia? Tidak!

Dia tahu, cinta itu tidak boleh dipaksa.

"Kau nak kahwin dengan dia sebab rupa ke sebab harta?" Farhan menanya lagi. Namun Aisy hanya mengunci bibirnya dari berkata-kata. Hatinya betul-betul sakit apabila disoal seperti itu. Tergamak betul Farhan menanya dia sebegitu.

Menyedari kebisuan Aisy, Farhan bersuara lagi.

"Sepatutnya kau cermin diri kau tu dulu, sebelum buat keputusan untuk kahwin ngan adik aku. Kau bukan taste Fakhri lah. Kau ingat dia suka perempuan selekeh macam kau? Gaya macam orang tua. Dahlah pakai kereta buruk. Mesti keluarga kau orang susah kan?" Farhan menambahkan lagi sakit di hati Aisy. Tak habis-habis dia melukakan hati gadis itu.

Aisy memilih untuk mendiamkan diri walhal dia benar-benar geram dengan kata-kata lelaki itu. Kala itu juga, ada rasa sedih yang bertandang di hatinya. Dia sedih kerana dirinya tak habis-habis diperlekehkan orang. Hari itu, Fiya yang memperlekehkannya. Kali ini, Farhan pula. Teruk sangat ke diri Aisy Wardina ini?

"Aku tahulah family aku ni kaya, ada rumah besar, kereta pula mewah-mewah. Tak macam kau. Pakai kereta buruk. Seminggu dua lagi punahlah tu. Yang kau pakai cantik-cantik malam ni dah kenapa? Nak goda Fakhri supaya jatuh cinta kat kau? Huh, tak tahu malu. Orang tak nak pun still terhegeh-hegeh." Farhan menggeleng-gelengkan kepalanya dengan senyuman sinis di bibir.

Kali ini, Aisy betul-betul tak tahan dengan kata-kata Farhan. Sampai hati lelaki itu memperlekehkan dirinya. Tak cukup dengan itu, lelaki itu menuduhnya ingin menggoda Fakhri pula. Sebesar hama pun dia tidak ingin menggoda Fakhri!

"Untuk pengetahuan Encik Farhan, saya sikitpun tak terfikir nak goda adik encik. Saya tahu jaga maruah saya sebagai seorang perempuan," kata Aisy dengan tegas. Dia sudah tak mampu berdiam diri lagi apabila dihina dan dituduh sedemikian rupa.

Farhan buat muka selamba sahaja apabila mendengar jawapan daripada gadis itu. Sebenarnya, dia tak sangka yang Aisy pandai menjawab. Dia ingat gadis itu akan berdiam diri sahaja apabila dia berkata begitu. Tapi, tanggapannya salah.

Farhan pun satu. Kalau tak ada benda baik nak cakap, lebih baik diam daripada melontarkan kata-kata yang mampu menyakiti perasaan orang lain.

Aisy bangun dari kerusinya lalu melangkah ke dapur untuk mencuci tangan. Tatkala itu, Datin Fatiha keluar dari bilik air. Dia mencari-cari Aisy.

"Aisy mana?"

"Kat dapur," jawab Farhan. Dia juga membawa dirinya ke dapur.

Dia hampir terlanggar Aisy yang sedang berjalan keluar dari dapur. Tapi, dia boleh buat muka toya saja. Wajah Aisy nampak serius semacam. Dia tahu gadis itu tak puas hati dengannya. Dia bukannya kesah pun. Minta maaf? Jauh sekali.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now