Bab 21 | Hari Pertama

2.9K 116 10
                                    

HARI ini hari pertama Aisy kerja di Rennaisance Hotel. Dengan ucapan Bismillah, dia melangkah masuk ke dalam hotel itu. Boleh tahan berdebar dadanya saat ini. Biasalah, hari pertama masuk kerja. Awal-awal pagi lagi Aisy datang ke hotel lima bintang itu.

Dari jauh, Aisy nampak Dato' Mikail berjalan bertentangan arah dengannya. Dia memberikan senyuman kepada bosnya.

"Assalamualaikum, Dato'."

"Waalaikumussalam, Aisy. Awal datang. Bagus-bagus." Dato' Mikail memuji Aisy.

Aisy hanya sengih.

"Boleh ikut saya ya, Aisy." Dato' Mikail hendak membawa Aisy ke bahagian dapur restoran miliknya. Restoran itu berada di tingkat pertama hotelnya.

"Baik, Dato'." Aisy akur sahaja. Mereka menaiki lif ke tingkat atas. Di dalam lif itu ada juga beberapa orang staf yang menegur Dato' Mikail. Ramai betul pekerjanya. Biasalah, hotel besar.

"Aisy ada buat business kek kan?" Dato' Mikail menanya, sekadar ingin menghilangkan kesepian suasana di antara mereka.

"Ada." Aisy mengangguk.

"Saya pernah rasa kek Aisy. Memang sedap. Aisy ni mesti terror buat desserts," kata Dato' Mikail lagi.

"Alhamdulillah, Dato'." Aisy merendah diri. Malas dia hendak bermegah-megah dengan kelebihan dirinya. Lagipun, semuanya datang daripada Allah.

Sesampainya mereka di restoran, Dato' Mikail menunjukkan Aisy bahagian dapur kedua. Dapur di restoran itu terbahagi kepada dua, dapur pertama untuk memasak masakan panas, manakala dapur kedua pula untuk membuat pastri.

Dahlia yang juga pekerja baru di sana, cepat-cepat menutup mulutnya dengan menggunakan topeng muka. Dia seperti tahu-tahu saja yang sahabatnya hendak datang. Sebenarnya, sudah lama dia rancang untuk melakukan kejutan buat sahabatnya. Pasti Aisy akan terkejut beruk!

"Aisy boleh perkenalkan diri kat staf-staf," suruh Dato' Mikail.

"Baik."

Aisy memberanikan diri untuk memandang staf-staf yang lain. Nafas dihela.

"Assalamualaikum, hai. Saya Aisy Wardina, boleh panggil Aisy."

Dahlia tidak memberikan apa-apa respon. Takut pula jika Aisy mengenali suaranya. Pecah rahsia nanti!

"Waalaikumussalam, hai Aisy!" Salah seorang staf di situ menegur Aisy dengan ramahnya.

"Hai, si cantik manis," tegur Rasydan. Mengorat nampak.

Aisy tak peduli akan kata-katanya. Dia pandang muka Rasydan pun sekejap saja.

"Aisy, so awak akan kerja kat bahagian ni ya. Saya jenis yang tak suka explain banyak kali. Jadinya, saya harap awak ingat penjelasan saya masa interview hari tu, ya? Happy working." Dato' Mikail sepertinya sudah hendak meninggalkan tempat itu.

"Baik, bos. Terima kasih." Aisy memberikan tundukan hormat kepada bosnya.

"Sama-sama," ucap Dato' Mikail sebelum melangkah pergi dari dapur itu.

"Hai, Aisy! Cantiklah awak ni. Tak ada jerawat langsung kat muka. Boleh share tips penjagaan kulit tak?" Farah, salah seorang staf di situ sibuk pula menanyakan tentang tips penjagaan kulit.

Aisy sengih tepi.

"Alhamdulillah, semuanya dari Allah. Erm, saya tak pakai banyak produk. Saya pakai pencuci muka je."

Farah sepertinya terkejut bila Aisy kata dia tidak pakai apa-apa produk kecantikan melainkan pencuci muka. Macam tak logik saja!

"Ya ke, Aisy? Seriuslah awak tak pakai apa-apa produk? Kulit awak cantik! Kan bagus kalau kulit saya pun cantik macam awak! Ni, tak. Insecure lah bila tengok kulit awak. Kulit Lia pun sama!" Farah menuding jarinya ke arah Dahlia yang sedang mencuci tangan.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now