Bab 71 | Menemui Aisy

4.5K 137 5
                                    

SELAIN daripada berjuang mencari Aisy sendiri, Farhan juga meminta pertolongan daripada Faiz, kawannya yang berkhidmat sebagai anggota polis. Faiz juga merupakan kawan baik kepada Fakhri. Maka dengan itu, senanglah mereka nak berhubung.

Tadi, Faiz memberitahu Farhan bahawa dia sudah menemui identiti lelaki yang menculik Aisy. Muhammad Rizal bin Tahir namanya. Farhan tak pernah dengar nama itu sebelum ini. Tapi menurut Faiz, lelaki ini pernah dipenjarakan beberapa tahun yang lalu atas tuduhan mencuri.

"Han, ni gambar laki tu." Fakhri menunjukkan gambar Rizal yang dihantar oleh Faiz sebentar tadi.

"Asal macam pernah tengok je muka dia eh? Bukan dia ni ke yang..." Fakhri cuba mengingatkan peristiwa lama, di mana ada kejadian yang berlaku pada Aisy di hotel papanya.

Farhan menghentak kuat stereng keretanya. Api amarah kini membara di dadanya.

"Jantan ni lah yang nak rosakkan Aisy kat hotel papa hari tu, kau ingat?"

"Ha'ahlah, aku dah ingat. Apa jantan ni nak dari Aisy eh?" Fakhri buntu memikirkannya.

"Kau tunggu. Aku cari kau sampai lubang cacing. Kalau kau buat apa-apa kat bini aku, mati kau aku kerjakan." Nafas Farhan sudah turun-naik. Sungguh dia geram dengan Rizal. Apa yang lelaki itu nak sebenarnya?

"Sekarang ni aku nak kau call Faiz. Aku nak mintak Faiz alamat jantan tu," arah Farhan kepada adiknya.

"Okey. Jap." Fakhri cepat-cepat menelefon Faiz menggunakan IPhone 12 miliknya.

"Hah Faiz, bagi aku alamat rumah laki tu." Farhan terus memulakan bicara tanpa salam terlebih dahulu.

"Rumah dia dekat Taman Wirawati, rumah nombor lapan." Faiz berkata sambil meneliti sebaik mungkin alamat rumah lelaki jahat itu.

"Han, tadi Azhar cakap laki ni memang selalu pergi kelab malam. Azhar nampak kereta dia ada dekat situ hampir setiap malam. Aku rasa elok kau cari dia kat situ dulu kut? Aku rasa kemungkinan besar dia ada dekat situ." Faiz memberikan cadangan yang bijak dan bernas.

"Kat KL ni banyak club, club mana satu yang jantan tu selalu pergi?"

"Warm Nightclub. Nanti aku send location club tu."

"Hah, kau send sekali ngan location rumah jantan tu," arah Farhan.

"Alright." Setelah itu, Faiz mematikan panggilan. Dia pantas menghantar lokasi kelab malam yang selalu disinggah oleh Rizal. Tak lupa juga, lokasi kediaman lelaki itu.

"Club tu tak jauh dah dari sini. Kau straight. Lepas traffic light depan tu, belok kanan," kata Fakhri. Dia sudahpun mendapat mesej daripada Faiz berkaitan lokasi kelab malam dan rumah Rizal.

Farhan menekan pedal minyak dengan kuat kali ini. Meter kelajuan kereta sudah mencecah seratus dua puluh kilometer per jam.

"Weh, aku tak ready lagi nak jadi arwah ni." Sempat lagi Fakhri bergurau dengan abangnya. Namun, tak dibalas dengan tawa langsung jenakanya itu.

Farhan hanya fokus memandang hadapan. Wajahnya tegang, jelas menunjukkan amarah yang tersimpan dalam dada.

"Ingat, mama tak bagi kita drive laju-laju malam-malam," pesan Fakhri.

"Masa-masa macam ni, takkan aku nak bawak slow macam mama?" Setelah melepas lampu isyarat, Farhan terus ke kanan. Bangunan 'Warm Nightclub' yang tertegak hampir dua tahun kini menyapa mata mereka.

"Bawak slow sikit. Tengok kalau-kalau ada kereta dia kat sini," ujar Fakhri yang kali pertamanya menjadi seorang penyiasat tak berbayar.

Lama juga mereka berpusing di sekeliling kelab malam itu, namun tak jumpa juga Produa Axia milik Rizal. Akhirnya, Farhan menempatkan keretanya di kotak pakir lalu keluar bersama Fakhri untuk mencari lelaki itu.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now