SUDAH pukul dua lagi, tapi masih lagi tak mampu melelapkan diri. Seketika, matanya dibuka. Ketika itu, dia tenung wajah Farhan yang sudah dibuai lena. Entah kenapa, hatinya terdetik untuk memegang wajah itu. Lalu tangannya naik ke pipi Farhan, merenung wajah itu sedalamnya.
"Tak lama lagi, Aisy tak dapat tenung lagi dah wajah abang," monolognya sendiri.
"Aisy sayang abang. Dulu Aisy pernah berharap yang abang pun akan sayang dekat Aisy." Wajah lelaki itu diusapnya perlahan.
"Tapi sekarang Aisy dah tak nak berharap lagi, Aisy takut Aisy dikecewakan dengan pengharapan pada manusia. Tak apalah, Aisy terima yang abang tak ada hati dengan Aisy."
"Aisy terpaksa menjauh dari abang, sebab Aisy tak nak perasaan cinta ni makin mekar. Aisy tak nak. Tapi kenapa bila Aisy menjauh, abang buat Aisy rasa nak dekati abang semula? Abang dah ada hati ke dengan Aisy?"
Aisy tahan air matanya sedaya mungkin. Dia melepaskan pegangannya di pipi Farhan saat lelaki itu sedikit bergerak. Aisy pantas pejamkan mata. Dia tahu, Farhan telah tersedar sedikit dari lena. Matanya dipejamkan serapatnya.
"Aisy," panggil Farhan.
Sebenarnya, dia dengar segala ungkapan Aisy terhadapnya. Sejak dari tadi lagi dia hayati segala kata-kata isterinya. Dia pun tak boleh lena dari tadi, memikirkan perkara yang berlaku antara dia dan isterinya.
"Saya dengar apa awak cakap."
Aisy terpanar. Kekok di hati mula menembusi zahirnya. Perlahan-lahan dia mencelikkan mata.
"Maaf ganggu abang tidur."
"Saya memang tak tidur lagi. Entahlah, tak boleh lelap," kata Farhan bersahaja. Tangannya masih lagi berada di pinggang Aisy.
Aisy buntu nak cakap apa. Yang penting, dia sudah diselubungi rasa malu yang amat sangat.
"Aisy, cara awak cakap tadi macam awak yakin yang kita nak berpisah tak lama lagi."
Farhan rasa sedih tiba-tiba. Sepatutnya dia gembira, kerana tak lama lagi dia bakal melepaskan orang yang tak disayanginya. Tapi Farhan sedar, perasaan cintanya terhadap Aisy mula menumbuh di hati.
"Abang cakap cukup dua bulan, abang akan lepaskan Aisy kan?"
"Kalau saya ubah fikiran, awak mesti happy kan?"
Aisy menunduk.
"Kalau abang tetap tak ada perasaan pada Aisy.. Aisy tetap tak happy. Tak apalah, mungkin perpisahan yang terbaik untuk kita."
"Kenapa awak cepat mengalah? Kalau awak sayang saya, awak mesti usaha nak dapatkan cinta saya," kata Farhan, mempersoalkan mengapa isterinya cepat mengalah dalam mengejar cintanya? Walhal, dia sedari perasaannya terhadap Aisy sudah bertunas dalam hati.
"Aisy tahu, cinta abang tak akan beralih kepada yang lain, melainkan Fiya sorang. Aisy tak sepatutnya mencintai orang yang belum selesai dengan masa lalunya, sebab sekuat mana pun Aisy berusaha, dalam hati orang tu masih ada orang lain." Setelah itu, Aisy memejamkan matanya perlahan. Serasa ada air yang bergenang di pelupuk mata.
Farhan menghembus nafas berat.
"Saya tahu awak kecewa dengan saya. Maafkan saya, Aisy."
"Abang tak salah." Aisy menjawab lembut sebelum dia kembali memejam mata dengan air mata yang menitis ke pipi. Dia segera menyapunya.
Farhan benar-benar buntu kali ini. Patut ke dia luahkan perasaannya pada Aisy? Egonya keras menghalang, kerana hatinya kini hanya mahukan Fiya, Fiya dan Fiya, sehingga rasa cinta pada Aisy pun ditolak tepi.
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...