Bab 72 | Mengikhlaskan

3.7K 112 2
                                    

SEJAK dari kejadian hari itu, Aisy memang tak boleh renggang dengan Farhan. Ke mana-mana sekalipun, Aisy tetap nak dengan suaminya. Hari ini, Farhan menghantar Aisy pulang ke rumah ibu dan ayah buat seketika. Kata Aisy, dia rindu pada ibu dan ayahnya. Tambah pula, peristiwa hitam yang berlaku tempoh hari sungguh menyesakkan dadanya. Mungkin dengan melihat wajah ibu dan ayah, dapatlah mengurangkan bebanan fikirannya.

"Aisy, kamu ni buat ibu runsing! Nasib baiklah tak ada apa yang jadi kat kamu. Allahu akbar, nak..." Puan Idayu peluk anak bongsunya sebaik saja Aisy menceritakan tentang apa yang terjadi pada dirinya tempoh hari.

"Alhamdulillah, dia tak sempat pun buat benda tak elok kat Aisy. Tapi, bu... dia hampir-hampir rosakkan Aisy. Itu yang buatkan Aisy trauma sampai sekarang. Aisy langsung tak boleh lupa apa yang jadi malam tu."

"Aisy kalau ingat kejadian tu, Aisy rasa nak menangis bu. Aisy rasa diri Aisy jijik sangat masa tu bu." Mata Aisy sudah berair, memenuhi tubir mata.

"Ya, Aisy. Ibu faham perasaan kamu. Kalau ibu ada kat tempat kamu masa tu pun, ibu akan alami benda yang sama. Trauma. Tapi syukur, Alhamdulillah nak. Mahkota kamu tak sempat dicemarkan oleh dia."

Aisy angguk-angguk. Betul kata ibunya itu. Kalaulah lelaki itu sempat memperkosanya, Aisy tak tahu apa yang terjadi pada dirinya saat ini. Mungkin terlalu emosi.

"Ibu rasa, elok kita rahsiakan jelah cerita ni daripada ayah kamu. Bukan apa, ibu takut kalau dia terkejut sangat bila dengar semua ni." Puan Idayu tak mahu ceritakan tentang perkara itu kepada suaminya. Lagipun, Encik Rahman tak boleh terkejut sangat. Takut terkena serangan jantung pula.

"Okey, bu." Aisy cuma akur. Ketika itu, ayahnya belum pulang dari kerja.

"Ibu.. ibu dah tahu pasal Lia?"

Kedengaran, ada suara keluhan dari bibir Puan Idayu. Dia menepuk paha anaknya.

"Ibu dengar-dengar dia lupa ingatan. Betul ke?"

"Ha'ah, bu. Ya Allah. Aisy sedih sangat. Dia dah tak ingat Aisy, bu. Janin dalam rahim dia pun, dah tak ada bu. Dia keguguran."

"Allah.... Kesiannya Lia." Puan Idayu tak menyangka begitu sekali Allah menguji Dahlia. Itu tandanya Dahlia orang yang hebat. Allah menguji hamba-Nya sesuai dengan kesanggupannya.

"Tapi tak apa, Allah uji sebab Allah sayang kan, bu? Lia orang yang hebat, Allah tahu Lia mampu. Sebab tu Allah uji." Kata-kata Aisy membuatkan Puan Idayu mengangguk setuju. Tergaris senyuman di bibir wanita itu.

"Betul, Aisy. Jadi sekarang ni, kamu tak pergi tengok Lia ke?" Kamu pergilah jumpa dia. Mana tahu kalau kamu selalu ada dengan dia, dia akan ingat siapa kamu?"

Aisy tak mampu nak nafikan kata-kata ibunya. Ada banyak betulnya.

"Betul juga tu, bu. Aisy cuba contact Aunty Salma." Puan Salma ialah ibu kepada Dahlia. Aisy lama tak dengar khabar wanita itu.

Dia perasan, Puan Salma banyak menyepi semenjak dua menjak ini di Facebook. Selalunya, Puan Salma selalu buat kiriman tentang kuih-kuih jualannya melalui laman media sosial. Mungkin kerana wanita itu sedang memberikan tumpuan dan perhatian kepada Dahlia.

"Ha, yalah. Ibu pun kalau boleh nak juga datang melawat Lia. Nak tengok macam mana keadaan dia sekarang."

Aisy mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja. Dia meneliti nama Puan Salma yang disimpan di dalam kenalan. Sejurus menemuinya, Aisy terus menelefon wanita itu.

"Assalamualaikum, Aunty Salma."

"Waalaikumussalam, Aisy. Lama tak dengar khabar..." Suara Puan Salma kedengaran serak sedikit. Macam baru lepas nangis.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now