Bab 27 | Lupakan

2.4K 121 8
                                        

SELEPAS pulang dari rumah Fiya, Datin Fatiha dan Fakhri tidak terus pulang ke rumah mereka. Datin Fatiha meminta Fakhri untuk singgah ke hotel suaminya terlebih dahulu. Lagipun, dia baru saja teringat yang Aisy baru saja berkhidmat di hotel itu. Dia belum lagi jenguk-jenguk gadis itu.

"Aisy kerja kat hotel papa kan, ma?"

Fakhri menyoal tentang itu, meriuhkan semula suasana yang hening di dalam kereta. Sesekali wajah Datin Fatiha dipandang. Hairan Fakhri dibuatnya bila mamanya nampak ceria. Tadi, bukan main masam mencuka muka mamanya. Apa yang membuatkan mamanya tersenyum sampai begitu?

"Ha'ah. Ni mama baru teringat nak jumpa Aisy. Tak sabar pula nak jumpa dia. Rindu pula mama pada dia," luah Datin Fatiha.

Dia sudah menganggap Aisy seperti anaknya sendiri. Mana mungkin dia tak rindu bila lama tak bersua dengan gadis itu?

"Macam mana Ri tahu Aisy kerja kat sana?"

"Ri ternampak dia hari tu kat restoran hotel papa," beritahu Fakhri, tak mahu jelaskan secara terperinci. Cukuplah mampu difahami.

"Oh, patutlah. Aisy baru aje kerja dekat sana. Minggu nilah dia mula kerja," kata Datin Fatiha. Dia kalau kupas topik tentang Aisy, mulalah bersemangat. Dia suka akan gadis itu, bukan saja dari segi penampilannya tetapi dari segi akhlaknya.

Fakhri hanya mengangguk, menunjukkan dia faham. Dia memakirkan keretanya betul-betul di sebelah kereta ayahnya. Almaklumlah, anak bos. Letak kereta di sebelah kereta bos pun tak jadi masalah.

Mereka naik lif ke tingkat pertama. Terus saja mata mereka tersapa dengan Dato' Mikail.

"Abang." Datin Fatiha menyapa suaminya, disertai dengan senyuman di bibir.

"Lah, tak cakap nak datang?" Dato' Mikail mengerutkan dahi.

"Saya yang beria ajak Ri singgah sini, nak jumpa dengan Aisy. Dia kan kerja kat sini," kata Datin Fatiha. Teruja betul dia.

"Ha'ah. Dia ada kat restoran. Nak abang panggilkan ke?"

Walaupun sebenarnya Dato' Mikail agak sibuk dengan kerjanya, dia masih punya masa untuk melayani isterinya.

"Tak payahlah, ganggu abang kerja pula. Nanti saya cari dia sendiri," jawab Datin Fatiha.

"Okeylah kalau macam tu. Papa sambung kerja dulu," pamit Dato' Mikail sebelum meneruskan berjalan ke lif untuk ke ruang bawah tanah. Ada hal yang perlu diselesaikannya di situ.

Datin Fatiha dan anak bongsunya itu pun berjalan masuk ke dalam restoran. Ramai pekerja di dalam restoran itu. Jadi, agak susah untuk mereka mencari Aisy.

Waktu itu, Dahlia ingin menuju ke tandas. Terserempak pula dengan Datin Fatiha dan Fakhri. Dia melontarkan senyuman.

"Eh, Aunty Fatiha? Assalamualaikum aunty."

Dahlia menegur dengan ramah. Tangan wanita itu diciumnya.

"Waalaikumussalam, Dahlia kan? Lama tak jumpa. Lia kerja sini juga rupanya ya?" Datin Fatiha jadi teruja. Fikirnya, mesti Aisy gembira dapat bekerja bersama-sama sahabat sendiri.

"Ha'ah. Lia dengan Aisy baru aje kerja sini," terang Dahlia. Dia sendiri tak tahu, sama ada Datin Fatiha tahu atau tidak tentang keberadaan Aisy di situ.

"Aisy ada kat dapur ke?" Datin Fatiha sudah tak sabar-sabar lagi hendak bersua dengan Aisy.

"Ha'ah. Dia kat dapur."

"Aunty nak pergi jenguk dia," tutur Datin Fatiha. Dia berura-ura ingin berganjak dari sana.

"Okey, aunty." Dahlia mengokeykan saja. Dia terus melangkah ke bilik air untuk melunaskan hajatnya yang lama disimpan.

Takdir DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang