Sesampainya di hotel milik Dato' Mikail, Aisy dan Farhan keluarkan barang-barangan mereka dari bonet kereta. Kereta Fiya dan Fakhri pula cuma bersebelahan dengan mereka. Nampaknya mereka pun tengah mengeluarkan bagasi dari kereta. Ketika itu, mata Fiya dan Farhan bertembung. Farhan senyum kepadanya.
"Ni je ke barang kita, sayang?" Fakhri menanyakan isterinya.
Fiya tersentak dengan soalan itu. Dia terus melihat ke arah suaminya. Dia perasan, Farhan selalu senyum kepadanya semenjak dua menjak ini. Dia pun tak faham apa sebabnya. Dulu lelaki itu serius memanjang, tapi sekarang senyum memanjang pula padanya.
"Ya. Tu jelah."
Aisy sibuk mengeluarkan barangan dari bonet kereta. Farhan bukan nak tolong. Asyik merenung ke arah bekas tunangnya saja sejak tadi. Aisy perasan, mata Farhan tak lari daripada memandang Fiya. Aisy cuba kentalkan hati, walaupun ada sedikit rasa cemburu yang bermain di dadanya.
"Abang."
"Hmm?" Farhan kini memandang isterinya.
"Abang tolong bawa yang ni boleh?" Aisy beri sebuah beg kepada Farhan.
"Biar saya bawa yang ni." Farhan menawarkan diri untuk membawa bagasi besar itu.
Fiya jadi hairan bila Farhan membahasakan dirinya sebagai 'saya'. Bukan ke selama ni Farhan menggunakan perkataan 'abang' bila berkomunikasi dengan Aisy?
"Erm, biar abang bawa." Farhan membetulkan ayatnya semula.
"Okey."
Aisy senyum kelat. Dia sudah jemu dengan lakonan Farhan yang sememangnya berunsurkan sandiwara semata-mata. Dia tahu, sampai sekarang Farhan tak punya hati dengan dia. Dia cuma menghitung masa untuk berpisah dengan lelaki itu.
Mereka masuk ke dalam lobi hotel bersama-sama. Boleh tahan riuh juga suasana di situ. Almaklumlah, ahli keluarga Datin Fatiha ramai. Dato' Mikail pula anak tunggal.
Aisy bersalaman dengan adik beradik dan juga anak-anak buah Datin Fatiha. Dia ternampak dua orang adik beradik kembar, Nana dan Nini. Kedua-duanya menutup aurat dengan sempurna. Sedap mata memandang.
"Hai Kak Aisy! Lama tak nampak akak. Last jumpa akak pun masa akak kahwin hari tu," kata Nana lalu mencium tangan Aisy. Kemudian, Nini pula yang mencium tangannya.
Aisy tak dapat bezakan yang mana satu Nana, yang mana satu Nini. Wajah mereka memang serupa. Cuma seorang ada tahi lalat di dagu, seorang lagi tahi lalat di pipi.
"Erm, yang mana Nana, yang mana Nini?"
"Ni nana. Nana ada tahi lalat dekat pipi." Nana menunjukkan tahi lalatnya yang berada di pipi kanan.
"Nini ada tahi lalat dekat dagu. Dah boleh beza kan?" Nini bersuara.
"Oh, okey akak dah boleh beza. Nana dengan Nini umur berapa?" Aisy agak teruja dapat berjumpa dengan dua beradik kembar itu. Comel saja perabgai mereka.
"Last teen," jawab Nini laju.
"Kak Aisy ni cantiklah kan Nini? Walaupun tak pakai make up tebal, tapi still cantik," ujar Nana.
"Betul! Kak Aisy ni cantik sangat. Nak cantik macam Kak Aisy jugaaaa." Meleret suara Nini.
"Alhamdulillah. Semuanya datang daripada Allah. Nana dengan Nini pun apa kurangnya."
Aisy tak mahu meninggi diri apabila dipuji. Itulah yang ibunya pesan selalu, jangan berbangga diri bila dipuji, sebaliknya lemparkan semula pujian itu kepada Yang Esa.
"Best lah dapat jumpa dengan Kak Aisy. Nanti kita borak panjang-panjang boleh tak kak?" Nini begitu berharap dapat berbual panjang dengan Aisy.
"Mestilah boleh. Insya-Allah nanti kita borak sama-sama."
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...