FAKHRI duduk berhadapan dengan kawan baiknya, tak lain tak bukan, Faiz lah orangnya. Dia nampak tertekan, langsung tak ada riak ceria di wajahnya. Faiz lepaskan keluhan, murung terus lepas nampak wajah masam mencuka sahabatnya itu.
"Kenapa kau ni? Baru seminggu kahwin, tak ada rupa bahagia pun aku tengok?" Faiz menyapa.
"Nak bahagia macam mana, isteri tak sukakan kita. Tidur sekatil dengan aku pun dia tak nak, Iz." Fakhri menceritakan tentang Fiya. Dia tak tahu nak buat macam mana lagi untuk melembutkan hati Fiya.
"Lah, kenapa pula? Bukan ke dia pun beria nak kahwin dengan kau hari tu?" Faiz tak mengerti. Setahunya, Fiya cepat saja memberi respon setuju terhadap pinangan Fakhri sebelum mereka bernikah.
"Entahlah. Aku bukan paksa dia untuk terima aku pun. Dah dia setuju, aku ingat dia betul-betul nakkan aku. Tapi bila dah nikah, lain pula jadinya." Fakhri betul-betul tertekan.
"Sabar je lah. Dah jodoh, nak buat macam mana? Kau tu pun, tak bolehlah duduk diam je. Usahalah buat Fiya jatuh cinta kat kau," pesan Faiz. Dia menghirup kopinya.
"Macam-macam dah aku cuba, Iz. Rasa nak putus asa pun ada," ucap Fakhri yang sememangnya mudah mengalah.
"Aku menyesal tho, kahwin dengan si Fiya tu. Kenapalah aku tak fikir elok-elok dulu sebelum aku buat keputusan?" Fakhri menyalahkan dirinya sendiri. Kalaulah dia boleh undur masa, memang Fiya bukan pilihannya.
"Tak apalah. Ni ketentuan Allah untuk kau. Allah dah tetapkan, Fiya tu memang jodoh kau," kata Faiz sambil menyandarkan badannya di kerusi.
"Yalah. Cuma kita tak tahu, jodoh aku dengan dia panjang ke tak. Boleh jadi sekejap je jodoh kitaorang berdua kan?"
"Amboi, cara kau cakap macam tahu-tahu je jodoh kau dengan dia tak panjang?" Faiz mempersoalkan tentang itu. Takkan begitu mudah Fakhri mengalah dalam perhubungannya?
"Entahlah, Iz. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Kalau dia mintak cerai, aku ikutkan jelah." Fakhri merebahkan kepalanya ke atas meja. Nampak macam orang mengalah saja.
"Semudah tu kau mengalah? Wei, kalau kau betul-betul sayang dia, kau kena usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan cinta dia. Kenapa? Kau dah tak ada hati dengan dia? Jangan cakap, hati kau dah beralih pada orang lain?" Faiz menegakkan tubuh. Matanya difokuskan pada Fakhri.
Fakhri tarik nafas dalam-dalam, lalu menghembuskan nafas berupa keluhan berat.
"Aku sukakan Aisy."
Faiz tergamam.
"Kau gila? Hei, dia tu dah jadi kakak ipar kau dah pun."
"Ya, ya, aku tahu. Actually aku sukakan dia sebelum aku nikah dengan Fiya lagi. Tapi, aku buat pilihan untuk nikah dengan Fiya, sebab aku sayang dia sepenuh hati aku. Masa tu cinta aku pada Fiya lebih besar daripada cinta aku pada Aisy. Tapi sekarang ni..."
Fakhri sendiri kelu, tak sanggup menyambung bicaranya.
"Kau lebih sukakan Aisy berbanding isteri kau?" Faiz menekankan perkataan 'isteri', membuatkan Fakhri menelan kata-kata itu dengan pedih.
"Ish, tak fahamlah aku dengan kau ni. Tak payahlah simpan hati dekat bini orang. Bini kau yang selayaknya kau sayang, kau cinta. Bukan bini orang." Faiz sendiri pening kepala dengan perasaan sahabatnya.
"Nak buat macam mana? Dah hati aku jatuh cinta kat Aisy?"
"Buanglah perasaan tu wei. Move on. Apa susah? Kau tak usaha, memanglah susah." Faiz tak mahu kalah dengan Fakhri. Memang selayaknya Fakhri tewas dengan kata-katanya.
Fakhri diam sejenak sebelum dia membuka kembali mulutnya.
"Kau nak tahu tak?"
"Apa?" Faiz menyahut malas. Kopinya dihirup sampai habis.
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...