FARHAN pimpin tangan isterinya sehingga ke dapur. Aisy rasa terharu pula dengan layanan suaminya itu. Kenapa tiba-tiba Farhan berlembut dengannya? Bukan ke Farhan tak suka dia? Entahlah, Aisy pun tak faham dengan suaminya sendiri.
"Abang dah makan?" Aisy menanya, ingin mengambil berat. Tak manis pula kalau dia tak pelawa suami makan sekali.
"Dah tadi."
"Oh. Mama dengan papa mana?" Aisy tertanya. Selalunya bila dia turun ke bawah, suara ibu mentuanya itu pasti akan kedengaran. Tapi kali ini, tak pula.
"Mama papa tak balik lagi. Dating la kot." Farhan buat tanggapan. Bukannya dia tak tahu, kalau mama papanya tak muncul-muncul lagi, sudah tentu mereka meluangkan masa bersama.
Aisy ketawa kecil. Saat itu, dia tengok suaminya tersenyum, menongkat dagu dengan mata yang tertumpu padanya. Serta-merta Aisy jadi berdebar. Lain macam Izz Farhan bin Mikail hari ni.
"Kenapa abang tengok Aisy macam tu?" Aisy menegur akhirnya. Dalam sangat tenungan Farhan. Itu yang dia berani tegur.
"Saja. Tak salah kan tenung muka bini?" Farhan menggariskan senyuman di bibir.
Aisy tak balas apa-apa. Dia mengambil makanan lalu beralih ke meja makan. Ketika itu dia lihat Fakhri ada di situ. Mujur Farhan ada, jadinya Farhan duduk di sebelahnya. Lega terus jiwa raganya.
"Sayang, minum air banyak-banyak. Sayang dehydrated tu." Farhan peluk bahu isterinya. Saja dia nak tengok reaksi Fakhri.
Fakhri tak pula buat muka cemburu walau hakikatnya dia sedang menahan rasa. Farhan rasa pelik dengan reaksi selamba adiknya. Dah hilang ke perasaan Fakhri pada Aisy?
Macam biasa, Aisy hanya mengangguk sebagai jawapan untuk kata-kata suaminya. Lagipun dia tengah makan, tak elok pula bercakap semasa makan.
Fiya muncul di situ dengan agenda barunya. Sengaja nak buat Aisy dan Fakhri sakit hati.
"Sayang..."
Mulanya Fakhri ingat Fiya panggil dia, tapi rupanya wanita itu memanggil abangnya. Rasa nak meletus kemarahannya saat ini.
"Sayang, jom kita keluar nak? Jalan-jalan jom? Bosan la dekat rumah je..." Fiya duduk di sebelah abang iparnya dengan rasa tak bersalah.
Farhan terkejut juga bila Fiya tiba-tiba bercakap begitu. Sudahlah wanita itu memanggilnya dengan panggilan 'sayang.'
"Kalau nak keluar, cakap ngan I. Tak payah cakap ngan suami orang." Fakhri tak sengaja malukan Fiya. Dia betul-betul tak tahan dengan sikap isterinya.
"Suka hati I lah. I sayang Farhan. And dia pun sayang dekat I. I tak sangka juga, lepas beberapa bulan dia kahwin, dia still simpan perasaan kat I sorang je. Setia pada yang satu betul you kan, Han? I terharu tau."
Kata-kata Fiya bukannya makin menyejukkan hati, tapi makin mendidihkan hati Fakhri. Farhan pula, dihimput rasa bersalah bila tengok wajah isterinya berubah mendung. Mesti Aisy sedih dengan kata-kata Fiya.
Aisy tak sangka Fiya akan melawan kata-kata Fakhri. Dia cuba bayangkan dia berada di tempat Fakhri. Ya Allah, sakitnya! Sudahlah sekarang pun dia makan hati dengan kata-kata Fiya.
"You ceraikanlah Aisy cepat-cepat. You kata you nak ceraikan dia and kahwin ngan I kan?"
Dari tadi asyik Fiya saja yang bersuara, Farhan tak pun membalas bicaranya. Bukannya dia tak mahu, tapi keadaan yang tak mengizinkan. Aisy ada pada saat ini, sedang menahan luka di hati.
Aisy cuba menghabiskan makanannya secepat mungkin. Dia dah tak boleh tahan lagi dah. Tangisannya betul-betul rasa nak pecah dengan kata-kata Fiya. Jadi benarlah, Farhan berhasrat untuk bercerai dengannya lalu bernikah dengan Fiya?
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomantikAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...