Bab 22 | Sentuh

3K 119 6
                                    

FARHAN keluar dari biliknya tepat jam 12 malam. Bukan main lama dia terperap dalam bilik. Perutnya pun sudah lapar. Dia bukannya boleh tahan lapar. Kalau lapar, dia akan makan terus. Tapi, semenjak dua menjak ini seleranya hilang. Almaklumlah, kecewa dengan perkara yang terjadi.

Sampai sekarang, dia cuba menelan peritnya hakikat bahawa dia sudah memutuskan pertunangan dengan Fiya. Perkahwinan mereka pula dibatalkan begitu saja. Sakit hatinya.

Sudah jam 12 malam, Mak Cik Zati pun sudah lama dibuai lena. Terpaksalah Farhan mencari makanan sendiri di dapur. Peti sejuk dibuka. Dia mengeluarkan kek Aisy dari peti. Bila melihat kek itu, dia terus teringat tentang apa yang terjadi beberapa hari lepas. Tapi apakan daya, dia tetap mahu menjamah kek itu.

Duduk saja Farhan di atas kerusi, pintu lif berbunyi. Siapa pula yang turun? Farhan buat tidak tahu saja. Dia memakan kek itu dengan berselera. Kalau sedap, siapa saja yang tak berselera?

Fakhri menarik kerusi lalu duduk di hadapan abangnya. Farhan hanya buat muka toya.

"Pandai juga kau turun. Ingatkan nak berkurung dalam bilik aje." Ada sahaja modal Fakhri untuk mengenakan abangnya.

"Macam aku tak ada kaki," jawab Farhan, selamba.

"Weh, kau makan sorang je. Aku nak jugak kek tu!" Fakhri terliur pula bila melihat kek air tangan Aisy itu.

"Ambillah sendiri," kata Farhan. Dia menyuapkan kek itu ke mulutnya sehinggalah ke suapan terakhir. Cepat betul dia habiskan kek itu.

"Berselera betul kau makan. Sedap sangat ke kek tu?" Fakhri jadi terkejut bila melihat abangnya menghabiskan kek itu dalam masa beberapa minit saja. Cepat betul!

"Dah tu, kalau tak sedap tak adalah aku habiskan." Sesudah piring itu licin, Farhan melepaskan sendawa. Kenyang habiskan tiga potong kek sekaligus.

"Weh, aku nak tanya pasal..." Fakhri harap, abangnya tak meroyan bila dia tanya tentang insiden beberapa hari lepas.

Farhan mengerutkan dahi.

"Err, aku nak tanya pasal hari tu. Macam mana kau boleh ingat yang Aisy tu Fiya? Beza gila kut badan diorang? Yang sorang kecil, yang sorang besar sikit. Macam mana kau boleh tersilap?" Fakhri hairan.

Farhan menghembus nafas berat. Pedih betul hatinya bila insiden itu berlegar dalam fikirannya.

"Kau saja nak tambah stres aku lagi kan?"

"Aku tanya je kut. Tak payah nak melenting." Fakhri mahu abangnya bertenang.

"Dah kereta Fiya je yang ada dalam garaj hari tu, so mindset aku, memang tak ada orang lain dah selain dia," jelas Farhan, ringkas saja namun Fakhri mampu memahaminya.

"Okey. Aku dah faham. Kesian weh kau dengan Aisy. Korang tak bersalah pun dalam hal ni." Fakhri menyebelahi Farhan dan Aisy. Ternyata, memang tidak ada yang bersalah di antara mereka berdua.

"Kau lupakan je si Fiya tu. Dia bukan sayang kat kau pun. Eh kalau betullah dia sayangkan kau, mesti dia percayakan kau," kata Fakhri. Sengaja dia mendorong abangnya untuk melupakan Fiya.

"Malas aku cakap pasal benda ni." Farhan ingin menutup cerita, tetapi Fakhri kembali bersuara.

"Aku kesian weh dengan Aisy. Dia nampak risau sangat hari tu."

"Cakap pasal perempuan tu. Kau dah syok dengan dia ke apa? Aku perasan kau asyik pandang dia je hari tu," tutur Farhan, mengalih cerita.

"Ha? Aku pandang dia? Bila masa pula?" Fakhri menipu dirinya sendiri.

"Dia tu tak setaraf dengan kita. Kalau kau suka kat dia, gelak besar aku. Peliklah taste kau ni." Farhan tak sangka Fakhri akan menyukai Aisy.

"Pelik apanya? Kalau aku suka dia pun, apa salahnya kan?" Fakhri memilih untuk tak berbohong dengan hatinya sendiri.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now