"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM."
Aisy menghidupkan enjin kereta Perodua Kancilnya. Semenjak dia bekerja sebagai pengusaha 'homemade cake', kereta itu sudah banyak berjasa kepadanya. Dia sering ulang-alik menghantar tempahan kek ke sana dan ke sini. Sebenarnya, dia bukannya bekerja seorang diri. Dia berganding bahu dengan sahabatnya, Dahlia, dalam perniagaan kecil-kecilan ini.
Betul kata orang, bukan senang nak senang. Perniagaan keknya ini pun, ada jatuh, ada bangunnya. Tak sering naik dan tak juga sering jatuh. Tapi, usahanya tak pernah putus.
"Kan aku dah kata, coffee cake yang terlaris setakat ni. Mana taknya, dia punya rasa tu Ya Allah. Bukanlah nak angkat bakul sendiri, tapi rasa dia tu memang hingga menjilat jari," kata Dahlia dengan sengihan yang tak berkesudahan sejak tadi. Di ribanya ada dua kotak besar coffee cake, salah satu jualan mereka yang terlaris abad ini.
"Kiranya dapat penerimaan ramailah coffee cake kita ni, Lia. Alhamdulillah." Aisy jenis tak suka cakap banyak, cukup itu sahaja yang dibalasnya.
"Alhamdulillah. Aku happy, tak sangka perniagaan kecil-kecilan kita ni berkembang jugak akhirnya," kata Dahlia. Siapa sahaja yang tak gembira bila bisnes mereka membuahkan hasil yang lumayan?
Aisy cukup membalasnya dengan senyum. Dia membelokkan keretanya ke simpang masuk hotel lima bintang yang tidak jauh dari rumahnya.
"Majlis perkahwinan Ifrad dan Auni. Ya Allah, meriah betul kenduri kahwin diorang ni! Bersusun kereta. Ni mesti ramai ni," ujar Dahlia dengan sedikit teruja.
"Lia, lepas hantar kek ni kita balik terus tau. Malulah nak makan. Lagipun, kita bukannya ada hubungan pun dengan keluarga diorang," kata Aisy yang berasa tidak selesa.
Dahlia berkerut hairan. Hairan betul dengan sahabatnya yang satu itu.
"Aisy, Aisy. Kau ni tolak rezeki betullah. Dah Puan Diana ajak makan, kita makan je lah. Buat apa nak malu-malu bagai. Yang malunya bila orang tak pelawa, kita gi menyibuk makan. Ha tu barulah tak tahu malu orang kata," respon Dahlia dengan yakin. Perutnya sudah berkeroncong, mengalunkan muzik lapar.
"Aku pun dah lapar ni. Cepatlah Aisy, cari parking."
Selesai sahaja mencari tempat letak kereta, mereka pantas saja keluar dari perut kereta itu.
"Meh sini aku bawa satu." Usai mematikan enjin kereta, Aisy mengambil dengan cermat sekotak kek dari pegangan Dahlia.
"Jom. Aku dah lapar ni." Dahlia membuka pintu keretanya. Dia dan Aisy keluar perlahan-lahan, sambil memegang kotak kek yang berisi coffee cake.
"Aisy, Lia. Sampai pun korang." Puan Diana menyambut mesra kedatangan mereka.
"Assalamualaikum, aunty." Aisy dan Dahlia mencium tangan wanita yang berusia 50-an itu.
"Waalaikumussalam Warahmatullah."
Masuk sahaja di dalam lobi hotel, terbentang luas panorama indah majlis jamuan makan dan persandingan itu. Cantik sungguh pelaminnya, dihiasi dengan bunga orkid putih dan biru cair. Aisy dan Dahlia ternganga sedikit kerana penangan keindahannya.
"Letak je atas meja ni, Aisy, Lia. Nanti aunty suruh anak aunty bukakkan," ujar Puan Diana dengan nada lemah-lembutnya.
Sejurus Aisy dan Dahlia meletakkan dua buah kotak berisi kek itu ke atas meja, Puan Diana terus menghulurkan sejumlah wang kepada Aisy.
"Seratus dua puluh ringgit kan?"
"Haah. Terima kasih, aunty."
Aisy mengangguk dan menyambut huluran itu. Sememangnya kek yang dijual oleh dia dan Dahlia tidak pernah mahal. Sudahlah murah, sedap pula tu. Memang tak hairan kalau dapat sambutan ramai.
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomansaAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...