Bab 9 | Usaha

2.3K 142 3
                                    

Selesai membeli barang serta membuat pembayaran, Aisy melangkah keluar dari kedai itu. Keretanya dituju. Sewaktu itu, Fiya dan Liana baru siap membuat pembayaran. Mereka sempat melihat Aisy masuk ke dalam Perodua Kancil miliknya.

"Pfft. Kan aku dah kata, dia orang susah. Pakai kereta buruk aje. Hahahahaha." Liana ketawa sakan.

"Sesuailah dengan penampilan dia tu." Fiya menyengih. Nampaknya seperti menahan tawa saja.

Fiya dan Liana menerobos masuk ke dalam BMW X6 milik Fiya. Fiya cuba menghidupkan enjin, tapi tak boleh. Berkali-kali dia hidupkan, hasilnya tetap sama.

"Weh, napa doh tak hidup?"

Fiya cuba menghidupkannya lagi. Tetap tidak hidup.

"Balasan kita kut, sebab mengata Aisy tadi..." Liana membuat andaian. Dia menggigit bibir. Macam logik saja andaiannya itu.

Fiya buat-buat tak layan.

"Eee, kenapa tak hidup ni? Buat hal betullah!"

"Jomlah cari bengkel dekat-dekat sini. Alahai, kereta mahal pun buat hal jugak rupanya." Selamba Liana mengutuk kereta kawannya.

Fiya diam. Serabut benaknya.

"Jomlah keluar kejap. Kata nak cari bengkel."

"Ha, jomlah." Liana membuka pintu kereta.

Tiba saat Fiya yang membuka pintu kereta, bahagian hujung pintu itu merempuh kuat pintu kereta sebelah. Panik terus dia.

"Alamak.... aduh, banyak betul dugaan hari ni," rintihnya.

Rupanya, ada orang dalam kereta sebelah. Lelaki itu terus membuka pintu keretanya, lalu berdepan dengan Fiya.

"Macam mana kamu buka pintu kereta ni? Bercalar habis kereta saya!" Getus lelaki berusia 30-an yang bernama Amir itu.

"Maaf, encik. Saya betul-betul tak sengaja. Em, bayar ganti rugi ke encik?" Fiya mengeluarkan dompetnya awal-awal. Nampak gaya Amir itu seperti mahu tuntut ganti rugi saja.

"Eh, mestilah!" Encik Amir menyilangkan tangannya ke dada.

"Berapa, encik?" Fiya garu kepalanya yang dilitupi dengan tudung.

"Seratus."

"Mahalnya? Bukan banyak sangat pun calar." Fiya protes.

"Amboi, kedekutnya? Pakai kereta BMW, takkan duit tak ada?" Encik Amir mengejek.

Fiya terus menghulurkan seratus ringgit kepadanya.

"Nah, ambillah."

"Ha, terima kasih." Encik Amir menyambut wang itu. Cepat saja dia masuk ke dalam keretanya semula.

Fiya menutup pintu keretanya. Liana menuju ke arahnya.

"Dah, jomlah pergi bengkel."

"Jomlah. Ish, lesap cash aku. Lelaki tu punya pasallah ni. Lepas ni teman aku pergi bank!" Marah betul Fiya. Berjalan pun hentak kaki kuat-kuat. 

"Okey, okey. Relaxlah, babe," pujuk Liana. Dia kemudiannya mengikut sahaja langkah Fiya dari belakang.

.
.
.

Dua biji kek dimasukkan ke dalam oven. Almaklumlah, oven di rumah Aisy besar, boleh memuatkan dua biji kek dalam satu masa. Sambil menunggu kek masak, Aisy menelefon Dahlia. Rindu betul dia pada sahabatnya yang satu itu. Pejam celik, pejam celik, sudah sebulan mereka tak bersua.

"Assalamualaikum, Lia!" Teruja betul Aisy ketika Dahlia mengangkat panggilannya.

"Waalaikumussalam, Aisy. Ya Allah! Sumpah aku rindu kau!" Ceria kedengaran suara Dahlia di hujung talian. Hanya Allah saja yang tahu betapa besarnya rindu dia pada Aisy.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now