FIYA keluar dari fitting room. Di tubuhnya tersarung sehelai baju pengantin berona putih yang ketat sendat menampakkan bentuk tubuhnya. Dia tak kisah langsung gaun itu tak menepati syariat Islam. Dia mendekati Farhan dan Datin Fatiha yang sedang duduk di atas sofa, menunggunya untuk memadankan gaun pengantin yang sesuai.
"Mama, cantik kan gaun ni? Fiya suka!" Fiya memusing-musingkan badannya di depan bakal ibu mentua dan tunangnya.
Terjegil mata Datin Fatiha tatkala melihat Fiya menggayakan gaun itu. Ketat sungguh! Ternganga mulutnya.
"Astaghfirullahalazim, ketatnya!" Datin Fatiha membuat muka protes. Gila ke pakai ketat-ketat macam tu?
"Erm, okey apa mama? Design dia cantik." Fiya sebenarnya tak mampu menafikan bahawa gaun itu sememangnya ketat, tapi dia tetap suka memadankannya.
Farhan memandang tunangnya dari atas sampai bawah. Dalam hati, dia sudah melontarkan pujian kepada tunangnya. Cantik! Dia bukannya kisah gaun itu ketat atau tidak.
"She looks so pretty in this gown, ma," puji Farhan. Tersengih sampai ke telinga Fiya dibuatnya. Apatah lagi bila Farhan mula kenyit mata padanya.
"Cantik apanya kalau ketat macam ni?" Datin Fatiha meneliti gaun yang dipakai oleh bakal menantunya itu. Sudah terang lagi bersuluh gaun itu ketat. Apa yang cantiknya kalau pakai ketat-ketat depan orang? Tambah dosa saja.
Fiya menjeling ibu mentuanya. Hatinya membebel. Ada saja yang tak kena di mata Datin Fatiha. Sedangkan gaun itu begintu indah di matanya.
"Tukar gaun lain," arah Datin Fatiha.
"Ala, tapi mama... Fiya suka gaun ni." Fiya merengek. Macam gedik pula gayanya. Hairan Datin Fatiha.
"Dosa pakai ketat-ketat macam ni!" Datin Fatiha meninggikan sedikit suaranya.
Fiya mencebik, protes.
"Fine. Kalau Fiya nak pakai juga, boleh. Tapi, Fiya jangan mimpi boleh kahwin ngan Han."
Kata-kata Datin Fatiha itu jelas memeranjatkan Fiya dan Farhan. Mereka saling berpandangan. Farhan terlebih dahulu meluahkan kehairanan.
"Apa ni, ma? Sampai macam tu sekali?" Tegas suaranya.
"Kalau mama tak cakap macam tu, Fiya still akan pilih gaun ni. Mama tak suka. Seksi tahu tak!" Datin Fatiha memberikan respon yang lebih tegas.
"Fine, Fiya tukar." Kendur suara Fiya. Dia menyalin gaun yang lebih longgar. Harapnya, Datin Fatiha suka kali ini.
"Yes, ni kan cantik. Loose."
"Tapi tak secantik gaun yang tadi," kata Fiya. Dia masih tak boleh lupakan gaun pengantin yang dipadankan olehnya tadi.
"Tak juga seketat gaun yang tadi." Pedas respon Datin Fatihan Terdiam terus Fiya, mati kata.
"Nanti kahwin, Fiya pakai tudung labuh ya?"
Fiya menelan air liurnya. Tudung labuh? Seumur hidupnya dia tak pernah suka pakai tudung labuh. Baginya, rimas, panas dan selekeh. Dia tak suka! Sebab itu dia sering menggayakan tudung yang singkat.
"Tak naklah, ma. Fiya tak suka. Selekeh. Lepas tu nampak macam ustazah." Fiya buat muka geli.
"Apa pula macam tu? Jadi Fiya nak cakap mama ni selekehlah?" Datin Fatiha menanya. Memang dia sering menggayakan tudung labuh. Baginya, tudung labuh sangat-sangat selesa untuk dipakai. Aurat terjaga, maruah juga terjaga.
Fiya jadi gugup. Lupa pula bakal ibu mentuanya itu memakai tudung labuh.
"Err, bukan macam tu. Tapi Fiya rimaslah pakai tudung labuh."
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...