Bab 47 | Tersakiti

3.4K 136 11
                                    

TAK seperti yang dirancang, Aisy dan Farhan pulang lebih awal ke rumah mama dan papa. Mana taknya, Farhan tak boleh duduk diam bila keadaan di pejabat mula riuh-rendah tanpa kehadirannya. Baru cuti tiga hari, pekerja sudah buat onar. Tak senang duduk Farhan dibuatnya.

Telefon pintar Farhan berbunyi saat dia baru saja masuk ke dalam bilik bersama Aisy.

"Hello, Fal." Farhan sahut.

"Han. Tak payahlah kau susah-susah pergi office. Aku boleh settle lah. Ala, hal kecil je pun. Kau tak payah risau."

"Kau biar betul, Fal? Serius kau boleh ke settle benda ni?"

"Ha'ah. Kau tak payah risaulah. Tadi pun aku dah bagi warning dah dekat diorang. Sorrylah, semenjak big boss cuti nikah, aku pula yang ganti tempat bos." Naufal terketawa.

"Aku okey je. Tak ada hal lah." Farhan tak kisah kalau Naufal nak berlagak seperti bos di tempat kerjanya. Lagipun, dia memang percayakan Naufal. Kalau tak percaya, masakan lelaki itu boleh jadi PAnya.

"Okeylah kalau macam tu. Aku nak sambung buat kerja."

"Okey. Thanks, Fal."

"Alright. No hal." Sejurus itu, Naufal mematikan panggilan lalu menyambung kerjanya. Dia boleh dilabelkan sebagai pekerja yang cukup amanah. Tak pernah lengah-lengah buat kerja.

Farhan senyum nipis. Nampaknya, tak payahlah dia susah-susah pergi pejabat. Punat aircond ditekan. Farhan terjun ke atas katil. Mahu bergegar satu bilik. Terperanjat Aisy dibuatnya.

"Abang tak pergi office?"

"Tak." Itu saja jawapan Farhan.

"Abang, erm.. Aisy tak ingat nak ambil beg dalam kereta." Aisy baru teringat dia lupa nak ambil beg silangnya. Macam manalah dia boleh terlupa.

"Nah. Pergilah ambil." Farhan berikan kunci kereta kepada Aisy.

Aisy tak terkejut mana pun. Dia tahu, Farhan bukan ada hati pun dengan dia. Layanan lelaki itu terhadap dirinya pun tak berapa baik. Tak apalah, Aisy reda.

"Okey."

Aisy keluar dari bilik lalu turun ke tingkat bawah. Garaj rumah ditujuinya. Pada waktu itu, Fakhri baru balik dari kerja. Dia senyum pada Aisy, walaupun dia tahu Aisy takkan memandang wajahnya.

"Baru balik, Aisy?" Fakhri memulakan perbualan.

"Ha'ah, ya." Aisy jawab tanpa memandang Fakhri. Matanya hanya menghala ke arah kereta Farhan.

"Aisy, Ri nak cakap sesuatu boleh?"

"Awak nak cakap apa?"

"Pasal awak dengan Farhan."

"Kenapa dengan kitaorang?" Aisy menyertakan kerutan di dahinya tanda hairan.

"Han kahwin ngan awak bukan atas dasar cinta kan?" Berat hati Fakhri untuk menanyakan hal itu, tapi tetap diluahkan jua.

Aisy membisu tanpa sebarang respon. Ya, dia tahu Farhan tak mencintainya walau sedikitpun dan dia terima hakikat itu.

"Aisy, saya kesian dengan awak. Han cuma pergunakan awak untuk balas dendam pada saya." Fakhri meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

"Saya tak faham. Kenapa pula dia kahwin dengan saya untuk balas dendam pada awak?" Aisy menanya. Dia belum tahu apa-apa jawapan kepada persoalan itu.

"Sebab dia tahu... saya sukakan awak."

Aisy terdiam lama dengan respon Fakhri yang dianggap tak masuk akal. Fakhri sukakan dia? Aisy rasa macam tengah bermimpi saja.

"Saya tak faham." Aisy geleng.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now