DI sepertiga malam yang akhir, Fiya menghamparkan sejadahnya ke atas lantai. Fakhri yang sedang nyenyak tidur dikerling sekilas. Lelaki itu sepertinya sudah lama tenggelam dalam lautan mimpi.
Tanpa berlengah, Fiya memusingkan badan ke arah kiblat. Solat sunat taubat didirikan sebanyak dua rakaat. Usai solat, Fiya menjadi sebak tidak semena-mena. Mungkin dia sedar, bahawa dosanya pada Allah terlalu banyak. Itu yang menyesakkan hati dan fikirannya tatkala ini.
"Ya Allah.." Nama Tuhan terluncur di bibirnya. Dia berasa malu dengan Allah atas segala dosa yang dilakukannya selama ini. Melewatkan solat, tak menutup aurat dengan sempurna, menganiayai dan menyakiti orang lain.
Kala ini, dia menyesal sungguh-sungguh dengan perbuatannya.
"Ampunilah dosa hamba-Mu ini ya Allah. Aku banyak sangat buat dosa. Aku selalu lewatkan solat. Aku selalu melawan suami aku. Aku selalu remehkan perintah-Mu, Ya Allah. Ya Allah, berikanlah keampunan kepada hamba-Mu yang hina ini." Air mata Fiya kini berjuraian di pipi. Dia mahu bertaubat dengan taubat yang ikhlas dan penuh penyesalan.
"Ya Allah, aku nak berubah. Aku tak nak terus berbuat maksiat dan dosa. Ya Allah, Engkau berikanlah pertolongan kepadaku. Tunjukkanlah aku jalan yang benar."
"Ya Allah, andai Fakhri bukan lagi jodohku, maka jauhkanlah hati kami. Tetapi andai dirinya masih tertulis untukku, satukanlah ikatan kami kembali ya Allah. Cenderungkanlah hatinya untuk rujuk aku semula...
"Aku tak mampu hidup tanpa dia, Ya Allah. Lagi-lagi bila aku melahirkan anak kami nanti. Aku tak sanggup kalau dia tak ada di sisi aku ketika itu, Ya Allah. Aku perlukan dia. Aku sayang dia sungguh-sungguh.
Tapi sekarang ini, dia ragu dengan hati dan perasaan aku. Dia tak percaya bila aku kata aku sayang dengan Dia. Dia masih anggap aku ada perasaan dengan Farhan walaupun aku dah berjaya lupakan lelaki itu.
Sekarang ini hanya ada Fakhri dalam hati ini, Ya Allah. Engkau cenderungkanlah hatinya untuk merujukku kembali. Aku janji selepas ini, aku akan jadi isteri yang solehah buat dia. Ya Allah makbulkanlah doa hamba-Mu ini..."
Fakhri dengar rintihan doa bergaul esakan itu. Sejak Fiya mula solat lagi dia terbangun. Tapi dia hanya pura-pura lena saja. Dia ingin tahu, apakah benar Fiya ingin berubah?
Namun soalan ini sudahpun terjawab saat mendengar rintihan Fiya pada Ilahi. Sungguh menyayat kalbu. Fakhri juga tersentuh dengan bait-bait luahan ikhlas itu. Mengalir air mata lelakinya. Tak sangka Fiya benar-benar ingin mencari Ilahi. Terharu dia. Ingin saja dia memeluk Fiya ketika ini, namun dia tahan saja perasaanya itu. Matanya dipejam kembali.
"Amin ya rabbal alamin." Fiya menyapu wajahnya yang sudah basah dengan air mata. Kemudian dia duduk di atas sejadah. Menangis tanpa mengeluarkan suara.
Dia bangun lalu mengambil kitab suci Al-Quran yang sudah lama tidak dipegangnya, apatah lagi dibelek dan dibaca. Sungguh, Fiya merasakan dirinya sudah begitu jauh dari Allah. Dibawa kitab suci itu ke dalam pelukannya lantas dicium berkali-kali.
"Ya Allah, lamanya aku tak pegang Quran. Fakhri selalu ajak aku baca sama-sama, tapi aku selalu tolak. Ya Allah berdosanya aku..."
Sesal dan sesal. Itu yang Fiya rasakan. Al-Quran itu dibeleknya.
"Bismillahirrahmanirrahim..."
![](https://img.wattpad.com/cover/236818742-288-k52324.jpg)
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...