IPHONE Xs Max itu dicapai. Fiya mencari nombor telefon Fakhri dalam kenalannya. Dia memang menyimpan nombor lelaki itu sebelum ini. Jadinya, nombor telefon Fakhri sudah tersimpan elok dalam kenalan Fiya. Fiya memberanikan dirinya menelefon Fakhri. Tak sampai sepuluh saat, Fakhri menyambut panggilannya.
"Hello, Ri. I nak jumpa you."
Fiya terus saja m eluahkan hasratnya untuk bertemu dengan Fakhri. Sebenarnya, dia sudahpun menyimpulkan keputusan bahawa dia mahu menjadi isteri kepada Fakhri. Walau dia pernah beranggapan bahawa Fakhri hanyalah seperti adiknya sendiri, dia tidak kisah dengan semua itu.
Sebenarnya, Fiya sudah termakan dengan kata-kata ibunya. Beberapa hari setelah Fakhri menyampaikan hajat untuk meminangnya, Puan Zalina tak henti-henti menghasut dirinya untuk bernikah dengan Fakhri. Dia yang mulanya menolak, terus saja bersetuju kali ini.
"Nak jumpa? I datang rumah you boleh?" Teragak-agak Fakhri menanyakan tentang itu. Sejujurnya, dia memang tak suka keluar berdua-duaan dengan perempuan bukan mahram.
"Err, boleh. Lagipun daddy I ada. Selesa sikit you nak berbual kan?"
Fiya menggaru pelipisnya. Baru dia ingat, sikap Fakhri bukannya serupa dengan Farhan. Kalau Farhan, boleh saja keluar berdua dengannya. Seperti langit dengan bumi sungguh perangai dua beradik itu. Cuma yang tak ada bezanya, dua-dua memandang rupa bila ingin memilih calon isteri.
"Kalau macam tu, kejap lagi I datang rumah you. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam," jawab Fiya.
Fakhri berura-ura mematikan panggilan itu. Dia bangun dari katilnya untuk mempersiapkan diri. Turun saja ke bawah, dia nampak mamanya sedang berada di ruang tamu. Semenjak dua menjak ini, Datin Fatiha amatlah jarang berbual dengannya, apatah lagi nak berborak mesra. Tipulah kalau Fakhri kata dia tak rindu untuk berbual mesra dengan ibunya. Sebagai anak bongsu, dia amat merindukan semua itu.
"Ma, Ri nak keluar kejap," beritahunya kepada sang ibu lantas berjalan ke pintu rumah.
"Nak pergi mana?"
Soalan daripada Datin Fatiha seolah-olah menghentikan gerak-geri Fakhri. Dia menoleh, memandang ibunya.
"Rumah Fiya. Ri pergi dulu," pamit Fakhri. Dia keluar sepantas mungkin dari dalam rumah.
"Nak buat apa?" Datin Fatiha mengejar langkah anak bongsunya itu.
Fakhri yang baru seledai menyarungkan kasutnya itu terus mengangkat wajahnya.
"Fiya nak jumpa. Tapi mama jangan risau, ayah dia ada dekat rumah. Kitorang bukan berdua."
Fakhri tak mahu ibunya rasa tak selesa, sebab itulah dia berikan penjelasan dengan lebih terperinci.
"Mama nak ikut." Tegas suara Datin Fatiha.
"Mama nak ikut?"
Fakhri cuak. Kalau mamanya ikut, agak-agaknya apalah yang terjadi. Fikirnya, pasti Datin Fatiha akan buat sesuatu luar jangkaannya. Boleh jadi ibunya tarik balik pinangan Fakhri terhadap Fiya. Habislah!
"Yes, mama nak ikut. Kejap, mama nak naik atas, nak bersiap." Datin Fatiha segera naik ke tingkat pertama.
"Aduh, mama nak ikut pulak dah." Fakhri menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Tak sampai sepuluh minit, kelihatan Datin Fatiha sudah turun dari tingkat atas. Laju betul. Walaupun begitu, dia tetap berpakaian mematuhi syariat. Menutup aurat dengan sempurna, tak pernah dilupakannya.
"Jomlah."
Datin Fatiha menegur Fakhri yang masih lagi duduk di atas sofa. Dia tahu, anaknya runsing memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini. Apa-apapun, Datin Fatiha takkan melakukan perkara yang memalukan Fakhri.
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...