AISY rasa tak puas bermalaman di vila mewah ini. Sedar tak sedar hari ini hari terakhir dia dan Farhan menetap dan bermalam di sini. Sungguh, tempat ini bakal dirinduinya.
Sedang asyik Aisy merenung ombak kecil yang memukul pantai, telefon pintarnya berdering. Dikerling sekilas nama si pemanggil. Puan Salma yang menelefonnya. Tanpa ragu, terus disambutnya panggilan itu.
"Assalamualaikum, aunty."
"Waalaikumussalam, Aisy. Aunty call ni sebab nak cakap pasal Lia." Habis-habisan Puan Salma mengawal suara serak basahnya dek menangisi apa yang terjadi pada anak tunggalnya.
"Lia macam mana sekarang, aunty?"
Aisy jadi berdebar. Tambah pula mendengar nada sendu Puan Salma. Tapi, dia cuba kuatkan hati menerima apa jua respon daripada Puan Salma terhadap pertanyaannya.
"Dia accident."
Bukan setakat hati yang terkejut, mata Aisy juga terbeliak dengan berita yang disampaikan. Serta merta hatinya yang ceria bertukar gundah.
"A- accident?"
"Ya, Aisy. Kena langgar dengan kereta. Dia cuma luka dekat bahagian kepala. Sekarang ni dia dekat dalam wad, keadaan dia stabil tapi sampai sekarang tak sedar-sedar lagi. Risau aunty dibuatnya," luah Puan Salma sambil melabuhkan duduk di atas kerusi tempat menunggu. Haiqal pula seperti cacing kepanasan, sedikitpun dia tak duduk diam.
"Allahu akbar..." Aisy tekup mulut. Bimbang di hatinya memang tak boleh bawa bincang. Tubir matanya mula berkolam.
"Dah tiga jam dah ni, tak sedar-sedar lagi. Kita doa banyak-banyak untuk Lia ya." Puan Salma membiarkan saja air matanya jatuh ke pipi.
"Insya-Allah, aunty. Ikutkan, Aisy nak pergi sana juga. Tapi sekarang ni Aisy dekat Maldives."
"Aisy bercuti dengan Farhan ke?"
"Ha'ah aunty. Esok kitaorang balik Malaysia. Kalau Lia belum discharge, esok juga Aisy nak pergi melawat Lia kat hospital." Aisy bercakap dengan suara yang kian serak angkara perasaan sedih yang menghuni jiwa.
"Okey, Aisy. Aunty nak tutup dulu, nak solat hajat. Apa-apa update pasal Dahlia, aunty bagitahu," tutur Puan Salma yang sepertinya sudah mahu menamatkan panggilan.
"Baik, aunty. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Sejurus panggilan itu berakhir, Aisy letak telefonnya di tepi. Perasaan risaunya terhadap Dahlia, sudah mencapai infiniti tahapnya. Sedih dan risau, bergaul dalam raga.
"Ya Allah, sedarkanlah sahabat aku, Dahlia Annisa. Berikanlah kekuatan pada dia." Sedang khusyuk Aisy menitipkan doa buat Dahlia, terasa ada bunyi tapak kaki yang ingin mendekatinya. Siapa lagi kalau bukan Farhan?
"Sayang, kenapa dengan Lia?" Soalan pertama yang ditanya oleh Farhan. Dia sendiri buntu kenapa doa yang dititip Aisy berbunyi begitu.
"Lia accident. Sekarang dia kat hospital, tak sedar-sedar lagi. Risaulah abang.." Aisy meluahkan rasa risaunya yang cuba dikawal sedaya mungkin ketika ini. Kalau dia tak kawal, memang tersedu-sedanlah dia di sini.
Farhan terkejut. Dalam masa yang sama, dia berasa kasihan juga dengan Dahlia. Harapnya wanita muda itu tak apa-apa. Bahu Aisy diusap perlahan, nampaknya isterinya itu sedang menahan tangis. Berkaca-kaca matanya.
"Tak pe. Kita doa supaya dia cepat sedar."
"Amin..." Laju Aisy mengaminkan doa suaminya. Dia tak nak menangis sekarang ini. Segera ditenyeh matanya dengan jemari kecilnya.
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...