Bab 62 | Mengapa?

3.6K 148 4
                                    

AISY terkejut bila ketukan di muka pintu rumah mula menjengah. Seketika, dia memandang ke arah jam dinding. Sudah pukul 11.30 malam. Siapa yang datang rumah malam-malam begini? Hairan dia. Ibu dan ayahnya pula sudah tidur.

Dia melangkah ke biliknya, menyelak langsir tingkapnya sedikit untuk melihat siapa yang datang. Membulat matanya bila dia perasan bahawa lelaki tinggi lampai itu adalah suaminya.

"Abang?"

Aisy cepat-cepat memakai tudungnya lalu menuju ke pintu semula. Pintu itu dibukanya.

"Assalamualaikum." Farhan mengucapkan salam. Dia melontarkan senyuman buat Aisy. Sejuk hati dia dapat tengok isterinya.

"Waalaikumussalam." Aisy menyalami suaminya.

"Abang masuklah. Ibu ngan ayah dah tidur. Abang tak cakap pun nak datang?" Aisy hairan sebenarnya. Farhan langsung tak beri tanda-tanda yang dia nak datang ke situ.

"Saya rindu awak, tu yang datang sini." Farhan memilih untuk berkata benar.

"Erm, abang dah makan?" Sepantas kilat Aisy menukar topik. Tak selesa, janggal bila Farhan mengungkap rindu padanya. Aisy bukannya tak percaya dengan suaminya, tapi dia rasa ucapan rindu itu hanya manis di bibir saja. Farhan bukannya sayang pada dia pun. Apatah lagi nak rindu.

"Dah kat rumah tadi. Nak masuk bilik awak boleh?"

Aisy mengangguk. Farhan tengok katil Aisy yang sememangnya katil bujang. Dia teringat, ibu dan ayah mentuanya pernah cakap nak tukar katil baru, tapi sampai sekarang tak tukar-tukar. Mereka lupa agaknya.

"Kenapa tak balas mesej saya?" Farhan bertanyakan soalan itu sambil dia duduk di atas katil Aisy.

"Aisy minta maaf. Tak ingat nak balas." Mulanya memang Aisy tangguh untuk membalas mesej itu, tapi tak sangka pula dia boleh lupa sampai ke malam hari.

"Takkan tak ingat sampai ke malam?"

Ha sudah, Aisy tak tahu nak jawab apa. Yang pasti, dia bukannya buat-buat tak ingat, tapi dia betul-betul tak ingat.

"Maaf, abang. Aisy betul-betul tak ingat."

"It's okay." Farhan sengih sedikit.

"Abang nak tidur sini malam ni?"

"Haah. Tapi, saya tak ingat nak bawa baju. Ada tak awak simpan baju saya kat sini?" Farhan tergesa-gesa betul tadi, sampaikan lupa nak bawa pakaiannya.

"Tak ada rasanya. Erm, nanti esok Aisy minta pinjam ayah baju." Aisy lupa, ayahnya lebih kecil berbanding suaminya.

Farhan tersengih nak ketawa.

"Kenapa tak cakap pinjam baju awak terus? Ayah tu kan kecil dari saya. Manalah muat kalau saya nak pakai baju dia."

Aisy sengih tepi. Baru dia teringat. Macam manalah dia boleh lupa akan perbezaan saiz badan ayahnya dengan Farhan.

"Oh, ye kan."

"Tak apalah. Never mind." Farhan malas pula nak fikir pasal pakaian. Sekarang ini, dia nak luangkan masa dengan Aisy. Dia mahu melupakan peristiwa yang asyik terngiang-ngiang di kepalanya.

"Tetiba rasa lapar pulak."

"Aisy dah simpan lauk dalam peti. Tapi kalau abang nak makan, Aisy boleh masak." Tak sanggup pula Aisy mahu membiarkan suaminya ikat perut kerana lapar.

Farhan hanya memerhatikan wajah isterinya, membuatkan Aisy rasa teramatlah janggal.

"Erm, Aisy pergi masak dulu."

"Okey." Farhan beri senyuman nipis. Dia pun bangun, mengikut jejak isterinya. Tapi dia tidak ke dapur, sebaliknya dia duduk di ruang tamu. Leka dengan telefonnya. Sedang sibuk dia scroll Instagram, dia terlihat gambar dia bersama Fiya.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now