FARHAN penat malam itu, tapi dia tetap tak dapat lelapkan diri awal daripada kebiasaannya. Dia tengok Aisy sudah nyenyak di sebelahnya. Telefon pintarnya dicapai. Satu per satu notifikasi diperiksa. Dia terkejut bila membaca mesej yang dihantar oleh Fiya.
'Han, jom jumpa kat garden area jap? I tak boleh tidurlah, sebab teringatkan you. Don't worry, Fakhri dah tidur dah.' — Fiya Razila
Farhan sengih seorang diri bila membaca mesej itu. Dia sememangnya nak sangat jumpa berdua dengan Fiya. Tentang hal ikhtilat, dia memang tak peduli kalau orang tu ialah orang yang disayanginya. Tak sepatutnya begitu, kerana dia dengan Fiya bukan mahram, maka ikhtilat juga harus dijaga.
'Okey. Jom <3' — Izz Farhan
Sejurus itu, Farhan segera menyiapkan diri. Sepanjang dia bersiap-siap, Aisy langsung tak tersedar. Penat sangat barangkali. Bahkan waktu Farhan sudah lengkap menyiapkan diri, Aisy masih tak menunjukkan ura-ura untuk bangun.
Farhan mengatup pintu bilik, lalu dikuncinya siap-siap. Bukan apa, takut ada yang menerjah bilik itu tiba-tiba. Tak sangka, Farhan bertembung dengan Fiya yang turut berjalan ke kawasan taman.
"Eh, Han?" Fiya mendekati Farhan. Senyuman manis tergaris di bibirnya.
"You rindu I ke?" Farhan menanya.
"Of course I miss you." Fiya memeluk lengan abang iparnya itu.
"I miss you too."
Farhan membiarkan pula Fiya memeluk lengannya dengan rela hati. Kedua-duanya berdosa sebab tak jaga batas-batas pergaulan dan berdua-duaan tanpa adanya mahram.
Daripada Saidina Abdullah Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
"Ketahuilah bahawa tidaklah berdua-duaan seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan yang ketiganya adalah syaitan." Riwayat Al-Tirmizi (2165)
Fiya agak terkejut. Lelaki itu langsung tak menolak pelukannya. Sesampainya di taman, mereka duduk bersebelahan di bangku.
"Han, I tahu you still sayangkan I kan?"
"Yes, I love you so much Fiya."
"But how? Selepas sebulan you nikah dengan Aisy, you masih ada perasaan dengan I? So how about her?"
"I don't love her. I cuma cintakan you sorang. Trust me." Farhan mengharapkan kepercayaan Fiya sekali lagi. Dia ingin menyentuh tangan wanita itu, tapi imannya menegah.
"Really?"
"Yes. I love you. Only you, Fiya."
"So you nak tak kahwin ngan I?" Fiya bertanya.
"Of course. But jangan risau, I takkan jadikan you yang kedua," jawab Farhan tanpa rasa berat hati.
"So means, you akan lepaskan Aisy then kahwin ngan I?"
"Yes. Exactly," jawab Farhan dengan mudah.
"Like seriously? I macam tak percaya. I mean, I happy sangat!" Fiya senyum-senyum.
Kebetulan saat itu, Nana dan Nini juga baru tiba di taman. Mereka terdengar suara Fiya. Mereka sangatlah mengenali suara wanita itu.
"Eh, tu Kak Fiya kan?" Nana menegur kembarnya dengan tangannya dituding ke arah Fiya yang membelakangi mereka.
"Ha'ah, Nana. Tapi tu bukan Abang Ri. Tu— Abang Han kan?" Nini terkejut beruk lalu menekup mulutnya.
"Eh, yalah... Ya Allah kenapa diorang berdua-duaan kat sini?" Nana rasa tak sedap hati. Agaknya, Aisy tahu ke tentang ini?
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...