Bab 19 | Salah Faham

2.6K 136 2
                                    

AISY langsung tak menyangka bahawa Dato' Mikail merupakan pemilik kepada Rennaisance Hotel, hotel lima bintang yang terkenal di ibu kota itu. Kini, dia baru sahaja selesai sesi temu duga bersama Dato' Mikail di hotel tersebut. Syukur ke hadrat Ilahi, dia diterima untuk berkhidmat sebagai tukang masak bahagian pastri di hotel mewah tersebut. Tak sangka betul suami Datin Fatiha menjadi majikannya sendiri.

Datang temu duga tadi Aisy menaiki Grab, kini Aisy terpaksa menempah Grab lagi untuk ke rumah Datin Fatiha. Sebelum ini, ke mana-mana pun dia pasti akan menaiki keretanya. Tapi hari ini, keretanya buat hal pula.

Selesai menempah Grab, Aisy duduk di perhentian bas yang disediakan berhampiran dengan kawasan tempat letak kereta.  Ada seorang lelaki yang juga menunggu di situ. Mulanya Aisy baik-baik saja. Tapi, bila ekor matanya mula perasan akan pandangan lelaki itu yang asyik merenungnya. Dia jadi takut pula. Rasa nak lari terus pun ada.

"Datang interview ke?"

Terkejut Aisy saat disapa begitu oleh lelaki yang tak dikenalinya itu.

"Ya." Aisy mengangguk tanpa sedikitpun melihat ke arah lelaki itu. Dia rasa tak selesa.

"Oh, samalah. Saya pun datang interview juga," kata Rasydan.

Aisy tak balas apa-apa. Sebenarnya, dia malas nak jadi peramah. Apatah lagi dengan lelaki yang tak dikenalinya.

Sampai sahaja Grab, Aisy terus masuk ke dalam tanpa mengatakan apa-apa kepada lelaki itu. Tak perlulah mengirimkan kata-kata jika tak ada perkara penting yang hendak disampaikan.

"Lawa jugak perempuan ni. Nanti kerja sekali bolehlah aku try tackle. Harap-harap dia tak berpunya lagi," monolog Rasydan. Dia menggaris senyuman sinis di bibirnya.

Sesudah Aisy sampai di rumah Datin Fatiha, Aisy menekan loceng. Tak lama kemudian, dia nampak Datin Fatiha berjalan ke pintu pagar rumah.

"Aisy!" Teruja betul dia melihat Aisy. Setelah pintu pagar kecil dibuka, terus dipeluknya tubuh Aisy erat-erat. Rindu sungguh dia akan gadis itu.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam. Mari sayang, kita masuk dalam. Rindunya mama pada Aisy!" Datin Fatiha tak henti mengukirkan senyuman manis. Tengok wajah Aisy pun sudah mampu membahagiakan harinya.

"Aisy pun rindu mama..." Aisy membalas senyuman Datin Fatiha. Mulanya dia betul-betul kekok untuk memanggil Datin Fatiha sebagai 'mama'. Tapi, dia kentalkan jiwa saja.

"Kejap, mana kereta Aisy?" Datin Fatiha tercari-cari akan kereta Perodua Kancil milik Aisy. Tak ada pula di situ. Hairan dia.

"Aisy datang naik Grab. Kereta Aisy rosak. Biasalah kereta lama," jelas Aisy.

"Lah, ya ke? Maaflah, menyusahkan Aisy pula kena tempah Grab. Kenapa tak bagitahu mama yang kereta Aisy rosak? Kalau tak, mama boleh ambil Aisy aje kat rumah." Datin Fatiha rasa bersalah.

"Tak apa, ma. Tak menyusahkan pun." Aisy menceriakan wajah. Datin Fatiha memegang lengannya lalu membawanya masuk ke dalam rumah agam itu.

Aisy duduk bersebelahan dengan Datin Fatiha di atas sofa.

"Aisy, boleh mama tanya something?" Datin Fatiha hela nafas panjang. Nampak berat betul hatinya untuk bertanya.

"Boleh, mama." Aisy menganggukkan kepalanya. Nampak dari raut wajah Datin Fatiha itupun dia sudah tahu apa yang hendak dibicarakan oleh wanita itu.

"Aisy okey ke dengan keputusan Fakhri?" Datin Fatiha mengumpul sejuta kekuatan untuk menanya soalan itu.

"Okey. Mama jangan risau, Aisy okey aje." Aisy tidak mahu menambahkan kerisauan Datin Fatiha. Lagipun, dia baik-baik saja dengan keputusan itu. Buat apa mahu memberontak, sedangkan aturan Allah itu indah?

Takdir DiaWhere stories live. Discover now